felda serting hilir - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda serting hilir - Google Blog Search |
<b>felda serting hilir</b> - Google Blog Search | Warga Felda Posted: 28 Mar 2011 12:00 AM PDT F'Best Homestay Serting Hilir,di bawah pentadbiran Felda Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan bermula pada Januari 2004 di mana para pengunjung akan merasai dan mengalami pengalaman kehidupan harian peneroka felda. F'Best Homestay mempunyai tarikannya yang tersendiri dan keunikannya yang semulajadi. Kedudukan F'Best Homestay, Serting Hilir kira-kira 100 kilometer dari Bandar Seremban dan ia merangkumi 7 rancangan felda yang meliputi 6805.29 hektar kawasan perkampungan dan ladang. Rancangan tanah ini lengkap dengan kemudahan asas untuk keselesaan kehidupan harian setiap peneroka di tanah rancangan ini. Para pelancong boleh menikmati suasana kampung dan pertanian komersial hanya di F'Best Homestay ini. CUIT SIKIT: Matlamat penubuhannya adalah untuk memberi pendapatan " non farm " kepada peneroka menerusi sewaan bilik homestay, penyediaan sajian, program sampingan lainnya, sebagai tambahan kepada pendapatan dari sawit / getah demi melihat mereka menjadi masyarakat yang mempunyai pendapatan kelas pertengahan dan tidak lagi dikaitkan dengan kemiskinan. Itu adalah cerita tahun 2004 hingga Jun 2006 semasa aku bertugas sepenuh masa di sana. Dengan bantuan idea hebat En.Mohd Arif dan Pn. Fadzliyaton serta kesungguhan Tuan Haji Mohd Nor Kailani, homestay berkenaan mampu mencatat pendapatan kasar sehingga RM 300,000.00 setahun, pada tahun 2005. Selepas aku bertukar ke Suara Felda Negerifm, khabarnya homestay berkenaan diurus oleh seorang Pengurus yang bijakpandai secara sembrono ( pandir ) sehingga sukar untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa pelancongan negeri. Mengusahakan projek pelancongan tanpa mendapat sokongan dan kerjasama pihak berkuasa pelancongan negeri, samalah seperti tidur bertilam tetapi tidak berbantal. Kenapa sekarang tiada lagi program anjuran Tourism Malaysia berlangsung di sana ? Mengapa tidak lagi kedengaran promosi Program E - Puyu yang semasa aku di sana berlangsung setiap bulan April dengan sokongan padu MTPN dan Tourism Malaysia ? Sepatutnya semakin lama beroperasi, F'Best Homestay semakin maju kerana berada di bawah tadbiran Felda, tetapi, hari ini F'Best Homestay sudah jauh ketinggalan berbanding Homestay Kg. Lonek yang pada tahun 2004 hingga 2006 itu, jauh ditinggalkan oleh F'Best Homestay. Bagi aku, kalau kita bertugas dengan nawaitu membodek dan iri hati dengan kejayaan rakan, inilah yang kita dapat, sehinggakan nombor perhubungan pun gagal ditukar. Pegawai Usahawan Wilayah takkan menyibuk dengan GMN je..jenguk - jenguklah ke Serting Hilir....tu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda serting hilir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |