felda taib andak - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda taib andak - Google Blog Search |
Penyair iDANRADZi@BlogSpot: Mat Belia VS Mat Nakal 12 April, 2011 Posted: 12 Apr 2011 10:08 PM PDT Sebut sahaja Mat Belia, sudah pasti RAQIB menjadi sasarannya. Dalam konsert minggu lepas, Raqib telah diberikan perubahan penampilan dan muncul tanpa kaca mata. Penampilan baru ini menjadi topik hangat hinggakan ada di antrara mereka yang mengumpat Raqib mengenai penampilannya. Pelajar lelaki tidak suka Raqib memakai kanta lekap kerana Raqib nampak tampan tanpa kaca mata dan mereka sangat cemburu dengan ketampanan Raqib. Apa pula pendapat pelajar wanita? Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria. Hari ini Raqib mendapat tempat kedua Afundi tertinggi, Erul mengambil alih tempat Aida menjadi pelajar paling popular. Lena yang pernah mendapat tempat kedua kini jatuh ke tangga yang ketiga. Masalah undian ini aku yakin amat perempuan akan lebih sanggup berkorban berbanding lelaki, pastinya pelajar lelaki akan mendapat undian lebih tinggi kecuali para juri dapat melebihkan penilaian terhadap pelajar perempuan. Jika kita perhatikan dalam sejarah AF pun ramai pelajar lelaki dinobatkan juara berbanding pelajar perempuan. Nampak diawal persembahan Erul & Raqid punyai harapan cerah. Tapi jangan diperkecilkan pelajar lain lantaran mereka jua punyai bakat tersendiri. Mungkin bakat mereka belum habis digilap lagi. Juara tahun AF8 orang kampungku Shahir pun pada peringkat awal bakatnya tidak menonjol sangat tetapi di penghujung pertandingan dia dapat berentap sebaiknya. Arkib Berita AF TUJUH tahun lalu, program realiti ini pernah melakar sejarah apabila ia berjaya mencetuskan kegilaan di kalangan penggemar program seperti ini. Diperkenalkan kepada penonton sekitar 2003, tidak dinafikan rancangan realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian, Akademi Fantasia (AF) berjaya membawa satu dimensi baru terhadap program Sana-sini orang memperkatakan mengenai program yang mengangkat Vince sebagai juara sulungnya itu. Kehangatan AF berterusan sehinggalah pada saat kemuncaknya iaitu sewaktu AF musim ketiga yang menyaksikan jejaka dari Felda Taib Andak, Kulai Johor, Asmawi Ani atau Mawi dinobatkan sebagai juara. Ketika itu, AF boleh dianggap sebagai sebuah program hiburan yang sangat popular .Namun selepas kemenangan Mawi, AF bagaikan sudah hilang kilauannya. Kemunculan AF4 sehinggalah musim kelapan yang disiarkan tahun lalu, AF terus menjadi sasaran pengkritik. Saban tahun, ada saja yang tidak kena pada mata penonton dan media. Semua kejutan yang dirancang tidak menjadi. Mangsa paling teruk dihentam pula ialah pengetua dan peserta, kerana tidak mencapai piawaian seperti yang diharapkan sehingga ada yang meminta Astro menghentikan saja program yang didakwa sudah tidak lagi mempunyai aura sehebat awal-awal penganjurannya dulu. Selepas beberapa musim permintaan seperti itu disuarakan, akhirnya program yang diadaptasikan daripada sebuah program realiti dari Mexico berjudul La Academia kini sudah pun berada pada garisan penamat apabila musim kesembilan yang akan mula disiarkan April depan bakal menjadi AF yang terakhir. Justeru, sewaktu mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media baru-baru ini, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, berkata memandangkan AF9 adalah yang terakhir, mereka akan memastikan program itu menjadi yang terhebat dan menghadiahkan kenangan terindah buat penggemarnya. "Ia bukanlah dihentikan sementara, tetapi memang ini adalah keputusan kami untuk menjadikan AF9 sebagai program yang terakhir. Lagipun selepas lapan musim bersiaran, AF banyak melahirkan artis pelapis kepada industri hiburan dan kami amat bangga dengan pencapaian itu. "Keputusan ini dibuat juga bagi memberi laluan kepada Astro untuk meneroka format baru untuk diperkenalkan kepada penonton," ujar Azlin sekali gus menolak dakwaan kononnya keputusan untuk menamatkan program AF dilakukan kerana disebabkan rating yang semakin menjunam serta mengambil kira kritikan yang dilontarkan terhadap rancangan itu sebelum ini. Tambahnya, sebagai program penutup, pasukan produksi kali ini memerah otak bagi memastikan AF kali ini berbeza serta lebih hangat daripada biasa. "Untuk musim kali ini, kami memilih tema keraian (celebration) dan kami akan mengembalikan semula nostalgia sewaktu zaman kegemilangan AF terdahulu. Mungkin kami akan mengumpulkan kembali tenaga pengajar sebelum ini untuk memeriahkan lagi program ini," kata Azlin yang turut membayangkan pengacara nombor satu, Aznil Nawawi, akan kembali mengendalikan program itu. Hadir sama dalam sidang media itu ialah Eksekutif Produser AF9, Mohd Irwan Abdul Rauf. Ada banyak pembaharuan yang dilakukan untuk musim kali ini, antaranya memperkenalkan sesi uji bakat menerusi atas talian (online) yang bertujuan memberi kemudahan kepada peserta. "Saban tahun kita akan dapat melihat peserta akan beratur panjang sebelum bakat mereka dinilai juri. Justeru, untuk mengelakkan situasi itu berulang, kami memperkenalkan sistem uji bakat atas talian. Peserta hanya perlu memuat naik klip video nyanyian mereka untuk disaring. "Selepas berjaya, barulah mereka dipanggil untuk menghadiri sesi uji bakat peringkat kedua dan seterusnya, sebelum tersenarai sebagai finalis," terang Irwan sambil memberitahu, untuk AF kali ini, hanya dua lokasi uji bakat dipilih iaitu di Kota Kinabalu, Sabah dan juga Kuala Lumpur. Erwin Gutawa atau Ahmad Dhani? TERDENGAR desas desus kononnya untuk musim kesembilan ini, AF akan mengambil pengetua dari luar. Ada angin lintang membawa perkhabaran kononnya Astro memilih komposer dan penerbit terkenal, Erwin Gutawa, sebagai peneraju akademi. Malah, dalam ucapannya sebelum itu Azlin ada menyebut bahawa individu yang bakal menerajui akademi itu ialah seorang yang cukup terkenal di rantau Asia. Apakah mungkin ada kebenarannya Erwin atau Ahmad Dhani bakal diberi amanah itu? Namun, berdasarkan sumber dari seberang, Erwin menafikan yang pihaknya ada menerima tawaran untuk menjadi pengetua seperti yang digembar-gemburkan. Andai benar seorang daripada dua figura itu dipilih sebagai pengetua baru AF, pastinya ia akan menimbulkan satu lagi kontroversi. Semangat patriotisme Astro bakal dipersoalkan. Akan timbullah juga nanti isu kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana Astro terlalu mementingkan karyawan luar berbanding anak tempatan. Bagaimanapun, ketika diajukan pertanyaan apakah benar Astro akan mengambil Erwin atau Ahmad Dhani sebagai pengetua, Azlin enggan mengulas lanjut. "Tapi saya rasa tak salah jika kita mencuba tenaga dari luar. Lagipun ini bukan kali pertama kita guna orang luar sebagai pengetua. Datuk Ramli MS dan Ramli Sarip juga dari Singapura. Apapun, siapakah pengetua dan juga tenaga pengajarnya, kita tunggu saja pengumumannya dalam masa terdekat ini," ujar Azlin separuh berahsia. Sebagai program dengan elemen kontroversinya dianggap sebagai perencah, tidak mustahil jika Astro mempunyai perancangan untuk mengambil pengetua dari Indonesia. Lebih ramai yang bercakap dan mempersoalkan, lebih tinggi rating diperoleh program ini. Lagipun, kredibiliti Ahmad Dhani atau Erwin dalam bidang muzik memang tidak dapat dinafikan lagi. Kedua-duanya dianggap sifu oleh pencinta muzik di sana. Apatah lagi AF kali ini adalah yang terakhir, tentunya produksi Astro mahukan sesuatu yang ekstravaganza. Dan jika membawa dua insan seni ini ke dalam akademi mampu menaikkan lagi rating, menyuntik keistimewaan sekali gus mengembalikan semula kegemilangan AF yang sudah semakin pudar itu, mengapa harus kita persoalkan? Mungkin tindakan itu juga sebagai tamparan buat karyawan tempatan kerana tidak mampu menjadikan AF sehebat zaman AF2 dan AF3 sehingga Astro terpaksa kembali menagih khidmat karyawan dari seberang. Biarlah Astro membuat keputusan itu. Usah ditentang kerana selepas lapan musim penganjurannya, mereka sudah cukup matang untuk memilih mana kaca dan mana satu permata. Cuma harus diingat, biar dari planet manapun pengetua itu didatangkan, jika cara pemilihan peserta masih mengutamakan soal personaliti dan mengetepikan bakat semula jadi, terutama vokal yang sehingga kini masih dipertikaikan, tak mustahil walau sehebat manapun AF9, kualiti peserta yang dihasilkan pasti berada di takuk yang sama. Fikir-fikirkanlah. INFO Sinarai Juara AFKenapa agaknya AF akan dihentikan, apakah ada pergolakan politik di sebaliknya atau pun adakah AF nak ikut jejak Maharaja Lawak akan diperdagangkan Artis yang pernah dinobatkan Bintang oleh Astro. Hanya pihak Astro sahaja yang tahu. Hiburan itu jika tidak dikawal memang melekakan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Akademi_Fantasia ♠ Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda taib andak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |