{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda palong - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda palong - Google Blog Search


PJL <b>Felda Palong</b> 12, Negeri Sembilan

Posted: 25 Apr 2011 05:22 AM PDT

Sejarah :

Felda Palong 12 terletak antara Felda palong 9 & 14.Felda Palong 12 merupakan satu kawasan kecil berkeluasan 241.70 Hektar.Felda Palong 12 telah di tubuhkan sekitar tahun 1986.Menurut cerita orang-orang dahulu nama "PALONG" tercipta daripada kisah bijih timah yang mana salur bijih timah itu di panggil "PALONG".Ketika dahulu Palong merupakan kawasan bijih timah. Jarak antara Palong 12 ke Pekan Bahau lebih kurang 50 Km. BACA LAGI..


Felda Palong 12 telah mengadakan Hari Terbuka dan Galakan Membaca, pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk semua pengunjung yang hadir pada hari tersebut. Pada pagi tersebut berlangsung aktiviti di dalam dan luar PJL Felda Palong 12 ,antaranya pertandingan bagi golongan tadika, sekolah rendah, golongan wanita, kuiz terbuka, games, cabutan bertuah dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik dijalankan. Turut sama membantu pada hari terbuka ialah staf dari PJL Serting Ulu, Rumah Rakyat, Sri Rompin dan Felda Lui Selatan .

Majlis Penutup dan Perasmian Hari Terbuka dan Galakan Membaca berlangsung pada jam 3.30 petang, majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Tuan Imam En. Salman bin Sarijan . En. Nazaruddin bin Abu Bakar [ Wakil TM sns ] turut sama berucap dalam majlis tersebut. Majlis Penutup Hari Terbuka dan Galakan membaca telah disempurnakan oleh En. Mustafa Bin Nagoor [Naib Ketua UMNO Bahagian Jempol]. Tetamu jemputan yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Azman bin Idris [Pegawai Perpustakaan Daerah Jempol], En. Baharom bin Ahmad [Tim. Pengerusi JKKR Felda Palong 12/13], Puan Saemah bt Hj Said [Pengerusi GPW Felda Palong 12/13], Haji Mohd Sofee bin Ibrahim [Guru Besar SK Felda Palong 12] dan Cik Suraya bt Md Jau [ Pengetua SMK Palong 11]. Majlis diteruskan lagi dengan Deklamasi Sajak oleh Tuan Imam En. Salman bin Sarijan.

Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh En. Baharom bin Ahmad [Tim. Pengerusi JKKR Felda Palong 12/13] dan En. Mustafa Bin Nagoor [Naib Ketua UMNO Bahagian Jempol] . Antara kategori pertandingan :

  1. Futsal
  2. Explorace
  3. Tabika – Tulisan Abjad
  4. Permainan Rakyat
  5. Gubahan
  6. Cenderahati kepada juri Futsal dan Gubahan

Seterusnya penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan oleh En. Nazaruddin bin Abu Bakar. Majlis tamat dan bersurai pada jam 5.00 petang, kepada tetamu dan pengunjung yang hadir disediakan jamuan . Diharap hari terbuka seperti ini akan diadakan lagi dan menambahkan lagi bilangan ahli menyertai Perpustakaan Jalur Lebar dan Galakan Membaca.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat