{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda taib andak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda taib andak - Google Blog Search


Showdown 2011: Dejavu Breakerz Tersingkir

Posted: 18 May 2011 10:54 PM PDT

Selepas dikritik teruk pada persembahan minggu lepas, akhirnya krew berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Dejavu Breakerz terpaksa akur meninggalkan pentas Showdown 2011 malam tadi. Dejavu Breakerz yang berada di kedudukan empat kumpulan terendah melalui undian SMS tewas pada sesi 'battle' bersaing dengan Stepholic, Borneo Crew dan Bounce Stepperz.


Bertemakan 'Replicate & Represent', Dejavu Breakez yang dianggotai oleh enam anak muda ini mempersembahkan aksi tarian lagu nyanyian Justin Bieber berjudul Somebody To Love. Gagal memikat hati para juri iaitu Maple Loo, Joe Flizzow serta juri jemputan, Joe Lee, Dejavu Breakerz akhirnya tersingkir mengikut jejak langkah Soulution.

"Kami tak jangka akan terkeluar. Apa yang juri nak kami buat minggu lepas, kami dah lakukan minggu ini. Kami dah ubah koreografi kami dan buat yang terbaik pada persembahan tadi. Jadi kami tak tahu kenapa juri masih memberi komen yang sama," ujar Dexston Alinton mewakili Dejavu Breakerz.

"Walaupun mendapat kritikan pedas minggu lepas, kami masih tak jangka akan masuk 'Bottom 4'. Kami juga tak percaya yang kami akan tersingkir kerana kami tengok okay saja persembahan kami. Malah, Joe Flizzow pun komen persembahan kami dah baik sikit."

Apabila ditanya krew manakah yang mereka rasakan patut tersingkir pada minggu tersebut, Dejavu Breakerz menjawab, "Kami jangka Stepholic tersingkir. Tapi, tak apalah, kami akan teruskan perjuangan kami dengan terus menari. Tersingkir bukan bermaksud kami kalah," ujar krew yang sudah menari bersama selama tiga tahun ini.

Menurut rapper popular, Joe Flizzow yang merangkap juri tetap Showdown 2011, beliau memberitahu tidak menjangkakan Dejavu Breakerz akan tersingkir namun mengakui krew tersebut akan tersingkir jika tidak membuat sesuatu pada persembahan tarian mereka.

"Saya memang tak jangka namun saya tahu jika mereka tidak buat perubahan drastik untuk memperbaiki diri mereka, mereka mungkin akan tersingkir. Dejavu Breakerz tak semuanya negatif. Memang mereka bagus, tapi ada yang lebih bagus. Bagi saya, jika mereka tak bagus, mereka tak akan berada di Top 12.

"Malah, masa 'battle' pun mereka nampak bersemangat. Bagi saya, mereka memang dah ada peningkatan. Namun, mereka selalu ambil jalan mudah, tidak seperti krew lain yang banyak pergerakan," jelas Joe yang berharap krew lain akan membuat persembahan terbaik pada minggu depan.

Kesemua sembilan krew yang terselamat minggu ini akan beraksi pada minggu depan dengan tema 'Malaysia Hip Hop'. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kehebatan gerak tari energetik krew Showdown 2011 pada setiap Rabu, jam 9.30malam secara eksklusif di saluran hip 8TV.

Bagi yang ketinggalan menonton Showdown 2011, anda juga boleh menonton kesemua episod di www.tonton.com.my. Ikuti juga perkembangan terkini krew di www.facebook.com/8TVshowdown dan kisah-kisah menarik sebalik tabir serta info terkini di 'Showdown 2011-Diaries...From The Streets' yang disiarkan setiap Selasa, jam 11.30malam di 8TV.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat