{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tenggaroh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tenggaroh - Google Blog Search


Kemalangan Jalan Raya: Pelajar SMK <b>Felda Tenggaroh</b> A Maut

Posted: 08 May 2011 08:20 AM PDT


FELDA TENGGAROH 2 - Hasrat seorang remaja perempuan yang ingin ke rumah saudaranya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di KM 9.8 Jalan Simpang Felda Tenggaroh 2, Tanjung Leman, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang berkenaan, mangsa, Nor Hafawati Radzuan, 13, dari Felda Tenggaroh 7 dalam perjalanan ke rumah saudaranya di Felda Tenggaroh 2 dengan menaiki motosikal dan berlanggar dengan sebuah kereta Suzuki Vitara semasa hendak masuk ke persimpangan Felda Tenggaroh 2.

Mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Tenggaroh A, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Saksi, Nasmi Mazlan, 25, berkata, dia sedang memasang iklan di tempat kejadian dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman.

"Pada waktu itu, saya melihat mangsa terlibat dalam kemalangan dan terbaring di atas jalan serta cedera parah menyebabkan dia meninggal di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai kemalangan maut.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Bilik Mayat Hospital Mersing untuk dibedah siasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat