Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Posted: Hai-O mangsa 'tarik tali'Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
KAPTEN The Gladiators, Hairuddin Omar jelas berada di persimpangan dilema. Segala-galanya bermula apabila penyerang veteran itu menjadi mangsa 'tarik-tali' antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Felda United musim depan. Namun, Hairuddin yang mesra dengan panggilan Hai-O enggan kemelut itu berpanjangan dan menyerahkan perkara tersebut untuk diselesaikan kedua-dua pihak dalam masa terdekat. "Susah saya nak cakap sebenarnya... jadi ada baiknya saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. "Yang pasti, pihak pengurusan ATM dan Felda United tahu apa sebenarnya yang berlaku ketika ini. "Jadi, saya menyerahkan kepada kedua-dua pihak pengurusan untuk menyelesaikan perkara itu," katanya kepada Kosmo! semalam. Polemik mula tercetus selepas Felda United dikatakan kecewa apabila Hai-O tidak bersama pasukan itu mengharungi saingan Liga Premier musim depan. Difahamkan, Hai-O pada mulanya bersetuju menyertai The Settlers sebaik kontraknya bersama ATM tamat penghujung bulan ini. Ia dikatakan berpunca apabila penyerang berusia 34 tahun itu tidak menerima sebarang tawaran lanjutan oleh pihak pengurusan The Gladiators sebaik kempen Piala Malaysia 2013 tamat baru-baru ini. Pada masa sama, Hai-O juga dikatakan berada dalam radar juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan. Kekal mengambil pendekatan 'mengunci mulut' berhubung perkara itu, Hai-O sebaliknya menjelaskan ada baiknya perkara itu diselesaikan secara baik terlebih dahulu oleh kedua-dua pihak. "Buat masa ini, saya hanya mahu berehat seketika di kampung. "Saya mencari rezeki dengan bola sepak, jadi saya harap perkara ini dapat diselesaikan sebelum pendaftaran pemain ditutup pada 15 Disember depan," jelas Hai-O yang sedang bercuti di Terengganu. | |
Misi hidup mati Harimau Malaya Posted: Misi hidup mati Harimau MalayaOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE PERTAHANAN Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Radzak (kanan) mengekang gerakan pemain Bahrain, Sami Mohamed Saeed Alhusaini pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam bulan lalu. TUGAS getir menanti Harimau Malaya ketika berdepan Bahrain dalam aksi Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional, Manama Jumaat ini. Pengkritik bola sepak, Reduan Abdullah berkata, situasi kali ini pastinya berbeza buat skuad kendalian Datuk K. Rajagobal berbanding ketika seri 1-1 dengan pasukan yang sama di Stadium Shah Alam pada 15 Oktober lalu. Menurut beliau, Bahrain yang dikendalikan Anthony Hudson kini kembali diperkuatkan dengan pemain utama yang diketepikan ketika di Shah Alam tempoh hari gara-gara kecederaan. "Pada masa sama, faktor bermain di depan penyokong sendiri juga dilihat memberikan kelebihan buat Bahrain. "Saya percaya perlawanan ini pastinya lebih sukar berbanding di Shah Alam namun itu bukan alasan buat Harimau Malaya mengaku kalah sebelum berjuang kerana ini misi hidup mati kita untuk layak ke Piala Asia," katanya kepada Kosmo! semalam. Skuad Harimau Malaya kini menduduki tangga ketiga kumpulan dengan empat mata selepas tiga perlawanan, ketinggalan di belakang Bahrain dan Qatar yang mengutip tujuh dan enam mata. Selain seri 1-1 dengan Bahrain, Malaysia terlebih dahulu tumpas 0-2 kepada Qatar sebelum kembali bangkit menewaskan Yemen 2-1 di laman sendiri, Mac lalu. Selepas berdepan Bahrain, Malaysia bakal melayan kunjungan Qatar di Stadium Shah Alam empat hari kemudian sebelum berdepan Yemen di tempat lawan dalam aksi penutup tirai kumpulan pada 5 Mac tahun depan. Justeru, Reduan mendesak Rajagobal supaya merencana strategi terbaik ketika berdepan Bahrain kelak. "Hanya Rajagobal yang memiliki jawapan mengenai kemampuan kita mengatasi Bahrain atau tidak. "Bagi saya, skuad kebangsaan tidak sewajarnya mempamerkan corak taktikal yang mudah dibaca lawan terutamanya hantaran jauh yang tidak berkesan. "Sebaliknya, hantaran pendek yang efektif wajar dipamerkan kali ini bagi menjerat Bahrain sekali gus membawa pulang tiga mata berharga," jelas beliau. Pada masa sama, Reduan juga kekal optimis mengenai kemampuan Harimau Malaya melangkah lebih jauh pada kempen kelayakan kali ini. "Kita harus bersikap patriotik... pandangan dan kritikan sebelum ini juga bukan bersifat menghentam semata-mata. "Pada masa sama, saya juga menyokong tindakan Rajagobal yang dilihat gemar menguji lawan seperti Kuwait sebelum berdepan Bahrain. "Ini kerana aksi persahabatan sedemikian mampu mengenal pasti kelemahan pasukan. "Jadi, sepatutnya tiada lagi eksperimen pemain ketika berdepan Bahrain nanti, sebaliknya kita perlu mempamerkan corak taktikal yang lebih berkesan supaya tidak mudah dibaca lawan," katanya. | |
Posted: Wang ringgit bukan segalanyaOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE ISU perpindahan pemain terus menggamit perhatian majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan ketika ini. Lebih menarik, tindakan sebahagian pemain membuat 'pusingan U' apabila membuat keputusan untuk kekal dengan pasukan asal juga mewarnai jendela perpindahan kali ini sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain pada 15 Disember depan. Ternyata, senario itu jelas menafikan faktor wang ringgit yang dikatakan menyebelahi mana-mana pasukan yang mampu menawarkan gaji lebih tinggi dan ia diakui pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee. "Bagi saya, ia satu perkembangan yang sihat. Ini kerana saya difahamkan ada pasukan yang sanggup menawarkan gaji mencecah RM100,000 sebulan. "Apabila pasukan asal sanggup membuat tawaran balas (mengatasi tawaran pasukan lain), ini menunjukkan pemain itu cukup berkualiti. "Jadi, saya harap mana-mana pemain wajar membuktikan kehebatan mereka di atas padang sejajar dengan nilai yang sanggup dikeluarkan mana-mana pasukan bagi mendapatkan khidmat mereka," katanya kepada Kosmo! semalam. Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim tertanya-tanya sama ada Amirulhadi Zainal mahu kekal bersama Pahang ataupun menyertai Johor Darul Takzim (Johor DT) musim depan. Selain Amirulhadi, kapten Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar juga dikatakan lebih cenderung kekal bersama The Gladiators berbanding berhijrah ke Felda United. Pada masa sama, peminat fanatik Kelantan juga mahu Norfarhan Muhammad mempertimbangkan hasrat untuk kekal bersama pasukan itu musim depan berbanding menyertai Johor DT. Mengulas lanjut, Kim Swee juga tidak menolak kemungkinan tekanan peminat menerusi media sosial seperti Facebook dan Twitter ketika ini juga memainkan peranan besar dalam mempengaruhi keputusan pemain supaya kekal bersama pasukan sedia ada. "Pemain merupakan idola pemain muda... jadi mereka perlu tahu bukan aksi di atas padang sahaja dijadikan perhatian, sebaliknya pengaruh media sosial juga cukup besar pada zaman sekarang. "Apa yang pasti, pemain perlu membuktikan mereka cukup bernilai dengan gaji yang ditawarkan memandangkan ia membuktikan kepada pemain muda bahawa bola sepak kini merupakan satu karier yang menjamin masa depan. "Pada masa sama, peminat juga perlu menghormati keputusan pemain kerana keputusan menyertai mana-mana pasukan terletak di tangan pemain sendiri," jelas Kim Swee. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |