Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Taufan Haiyan ragut lebih 10,000 nyawa di Filipina
- Gengster Malaysia balik kampung
- Komplot bunuh penggempur Syiah
Taufan Haiyan ragut lebih 10,000 nyawa di Filipina Posted: Taufan Haiyan ragut lebih 10,000 nyawa di Filipina
MANILA - Pulau Leyte, wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini dengan meragut lebih 10,000 nyawa, kata seorang pegawai kerajaan semalam. Angka tersebut diumumkan ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus dalam usaha untuk menyelamatkan bilangan mangsa Taufan Haiyan yang terus meningkat. Taufan yang bertiup selaju 315 kilometer sejam (km/j) itu mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Gengster Malaysia balik kampung Posted: Gengster Malaysia balik kampungOleh AHMAD SYAHIR KASSIM BUKIT KAYU HITAM - Anggota kumpulan kongsi gelap yang bersembunyi di negara jiran kerana tertekan dengan Ops Cantas Khas yang dilancarkan polis pada pertengahan Ogos lalu dikesan mula pulang ke negara ini. Berikutan itu, Penolong Pengarah (Tahanan) Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi memburu mereka kini tertumpu di kawasan sempadan negara termasuk di pintu-pintu masuk lain sempadan. "Maklumat yang pihak kita peroleh mendapati anggota kumpulan kongsi gelap yang sebelum ini lari merentasi sempadan negara mula balik ke Malaysia," kata beliau kepada pemberita selepas mengetuai Ops Cantas Khas di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Kastam (CIQ) di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Komplot bunuh penggempur Syiah Posted: Komplot bunuh penggempur SyiahOleh HAFIZ ABBAS KUANTAN – Sekumpulan tiga lelaki berjubah hitam dan berkopiah putih bertindak kejam apabila berkomplot menembak mati seorang ustaz yang terkenal dengan ketegasannya dalam menggempur ajaran Syiah dan maksiat di negeri ini dalam kejadian di Indera Mahkota 2 di sini semalam. Kejadian menggemparkan pada pukul 1.55 petang itu mengakibatkan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik, 49, terbunuh selepas terkena tembakan dari jarak dekat di dada dan kerongkongnya. Difahamkan, mangsa merupakan seorang yang tegas terutama dalam membanteras isu Syiah dan maksiat di negeri ini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |