Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD NAJIB Tun Razak (sembilan dari kanan) mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil 34 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam bagi membincangkan isu semasa negara di bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA PUTRAJAYA 30 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan merupakan tindakan yang membebankan rakyat. Malah, Perdana Menteri turut percaya pengosongan kerusi DUN tersebut semata-mata merupakan satu usaha untuk menyelesaikan masalah dalaman serta kemelut yang agak serius sedang melanda parti berkenaan. Dalam masa sama, Najib secara sinis menempelak saranan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya beliau bertanding di Kajang menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ini bukan masalah saya, ini PKR punya masalah, saya tak ada apa-apa masalah dan masalah yang berhubung kait dengan pengosongan Dewan Undangan Negeri Kajang ini membabitkan PKR. "Mesej saya jangan libatkan saya dalam isu ini kerana ia merupakan masalah dalaman PKR," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu di bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Kerusi DUN Kajang kosong setelah Chin Cheh meletakkan jawatannya Isnin lalu. Berikutan kekosongan tersebut, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon yang akan mewakili pakatan pembangkang di kerusi itu. Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, rata-rata pengundi Kajang tidak senang hati dengan pilihan raya kecil yang akan diadakan berikutan peletakan jawatan wakil rakyatnya. "Rata-rata (pengundi) tidak senang hati apabila terpaksa mengadakan pilihan raya dan sebab itu jika kita lihat reaksi-reaksi sekarang ini kebanyakan lebih negatif daripada positif," ujarnya. |
Anwar licik alih tumpuan rakyat Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID KUALA LUMPUR 30 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai seorang pemimpin licik yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mengalih tumpuan rakyat daripada masalah dalaman yang semakin meruncing dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Menurut penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, Anwar akan melakukan apa sahaja bagi mengalih tumpuan rakyat, termasuk menawarkan dirinya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang walaupun Pilihan Raya Umum Ke-13 baru diadakan tidak sampai setahun. Beliau berkata, tindakan terbaharu Anwar ini sebenarnya semata-mata ingin mengalih tumpuan rakyat berikutan perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali serta isu tuntutan fasakh anaknya, Nurul Izzah. Katanya lagi, tindakan Anwar menawarkan diri untuk bertanding itu jelas merupakan satu helah politik dan pengkhianatan besar kerana mandat yang diberikan oleh pengundi DUN Kajang begitu mudah ditukar ganti. "Berdasarkan latar belakangnya sebelum ini, tidak mustahil Anwar akan menggunakan pendekatan populis seperti ini bagi memastikan agenda untuk memegang jawatan tertinggi dalam negara tercapai. "Dia berani bertindak sedemikian walaupun perlu berbohong kerana menyedari penyokongnya telah dididik untuk menerima dan menganggap pembohongan itu sesuatu yang benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Beliau mengulas kenyataan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhammad Rahimi Osman yang mendakwa tindakan Anwar bertanding di DUN Kajang merupakan langkah politik untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam rayuan kes liwat beliau. Dalam pada itu Zainal Abidin berpendapat, tindakan Anwar itu sengaja dirancang bagi mewujudkan konflik dalam kalangan rakyat terhadap Sultan Selangor. "Ini kerana beliau perlu mendapat perkenan Sultan, dan jika Sultan mengambil laluan kiri, pastinya Anwar akan mengajak orang ramai turun menentang Sultan," katanya. Sementara itu Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Jeniri Amir berkata, tindakan PKR mencadangkan Anwar untuk bertanding kerusi DUN berkenaan seolah-olah mempersia-siakan mandat yang diberikan oleh rakyat sekali gus memperlekehkan sistem demokrasi negara. Menurutnya, walaupun terdapat dalam kalangan parti komponen pembangkang yang membantah tindakan Anwar, perkara itu tidak akan dipedulikan oleh PKR demi mempertahankan kuasa parti itu. "PKR kini dalam keadaan terdesak. Atas sebab itu mereka tidak berbincang dengan parti pakatan lain kerana jika mereka berbincang terlebih dulu, pasti hasrat Anwar untuk bertanding ini akan dibantah," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |