{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


10 bom ikan dirampas

Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

MOHAMED Mat Saman (kanan) bersama Shahimi Ali (tengah) menunjukkan bahan letupan yang dirampas dalam sidang akhbar Jabatan Perikanan Kelantan di Tawang, Bachok, semalam.

BACHOK 30 Jan. - Sebanyak 10 bom ikan buatan sendiri dirampas sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Perikanan Kelantan dalam serbuan berhampiran sebuah sungai di Kampung Kuala Sungai Mahligai, Kemubu, Dabong, Kuala Krai, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Datuk Mohamed Mat Saman berkata, bagaimanapun dalam serbuan tersebut tiada tangkapan dibuat apabila pihak terbabit yang bertanggungjawab memasang bom ikan itu berjaya menghidu kehadiran pihak berkuasa di kawasan berkenaan.

Kata beliau, pihaknya membuat serbuan itu selepas mendapat maklumat daripada orang ramai mengenai aktiviti haram yang sering kali berlaku di kawasan terbabit.

Katanya lagi, sebelum ini pihaknya menerima banyak aduan mengenai kegiatan haram yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti mengebom ikan menggunakan bahan letupan terutama untuk menangkap ikan bernilai tinggi.

"Lazimnya, mereka menggunakan bom buatan sendiri untuk menangkap ikan Kelah yang mendapat permintaan tinggi dan laris dijual dengan harga yang mahal.

"Mereka menggunakan bahan letupan ini dengan sokongan arus elektrik yang lazimnya dijana daripada bateri bervoltan tinggi. Kaedah ini adalah salah mengikut Seksyen 26 Akta Perikanan 1985. Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka yang tidak bertanggungjawab itu boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM500 atau penjara.

"Jabatan Perikanan percaya kegiatan itu dilakukan oleh penduduk setempat yang menunggu air sungai surut sebelum meletup bahan letupan itu ke dasar sungai Mahligai," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Kompleks Perikanan Tawang, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Unit Penguat Kuasa Jabatan Perikanan Negeri Kelantan, Shahimi Ali dan Timbalan Pegawai Perikanan Kelantan, Yusoff Zakaria.

Selain bom yang siap dibungkus, Mohamed berkata, pihaknya juga merampas dua unit enjin (generator) yang digunakan untuk disambungkan ke bateri sebagai punca arus elektrik bagi tujuan berkaitan dan setengah guni yang mengandungi bahan mentah seperti habuk kayu, pasir dan belerang.

Beliau berkata, Jabatan Perikanan memberi tumpuan kepada penguatkuasaan iaitu menangkap pemburu ikan kelah yang menjalankan aktiviti mengebom lubuk ikan di beberapa lokasi pedalaman negeri ini termasuk di Sungai Lebir dan Sungai Nenggiri di Gua Musang.

Mohamed berkata, pihaknya juga kerap mendapat aduan orang awam mengenai kes sedemikian dan ini adalah rampasan pertama bom ikan tahun ini.

"Kegiatan yang menyalahi undang-undang ini dilakukan apabila harga sekilogram ikan Kelah mencecah sehingga RM200 menyebabkan ia menjadi kegilaan pembuat bom ikan di sungai berarus deras di kawasan hulu Kelantan," katanya.

Terengganu akan laksana kajian akhir ETA

Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST

KUALA TERENGGANU 30 Jan. - Satu kajian menyeluruh berhubung tahap keberkesanan program Pembantu Bahasa Inggeris (ETA) yang dirintis di negeri ini sembilan tahun lalu akan dijalankan bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, kajian secara komprehensif itu bagi mengenal pasti secara terperinci impak ETA terhadap perubahan tingkahlaku dan persepsi pelajar berhubung bahasa dunia itu.

"Memandangkan ETA sudah dilaksanakan dalam tempoh yang lama, jadi kita jangka kajian akhir program itu dapat dijalankan pada tahun ini," ujarnya selepas merasmikan majlis penyerahan peserta Fulbright ETA 2014, di sini hari ini.

Seramai 20 daripada 100 ETA dari Amerika Syarikat yang dihantar ke negara ini pada tahun ini akan ditempatkan di sekolah-sekolah terpilih di setiap daerah.

ETA adalah program jaringan kerjasama yang diwujudkan bagi mempromosi pertukaran dalam bidang pendidikan antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang sehingga tahun ini seramai 126 guru berkenaan telah ditempatkan di negeri ini.

Program yang awalnya diletakkan di bawah seliaan kerajaan negeri telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan sejak 2012.

Menurut Ghazali, pihaknya optimis kumpulan terbaharu ETA itu mampu meneruskan usaha memperkasa dan membudayakan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar negeri ini dengan komitmen yang ditunjukkan selama ini.

"Bagi program kali ini, kesemua ETA akan berkhidmat selama sembilan bulan bermula Februari hingga Oktober depan," katanya.

Sementara itu, seorang guru Bahasa Inggeris, Emily Elizabeth Rivard, 23, berkata, dia telah mengumpul maklumat tentang sistem pendidikan Malaysia dan budaya rakyat negeri ini supaya tugasnya nanti berjalan lancar, sekali gus membantu mencapai matlamat program berkenaan.

"Terpilih untuk program ini, sesuatu yang mengujakan dan saya akan gunakan sebaik mungkin pengalaman sebagai guru ketika di Massachusetts untuk disesuaikan dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok, Kemaman.

"Walaupun pada permulaan saya lihat akan wujud masalah komunikasi kalangan pelajar tetapi saya yakin menerusi pendekatan aktiviti santai seperti drama, muzik dan lain-lain, ia akan dapat diatasi," ujarnya.

Graduan Sains Kesihatan dan Pendidikan dari Universiti Massachusetts ini berharap kehadirannya dapat membantu memberi keyakinan kepada para pelajarnya kelak untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Pembayaran siling padi bagi kawasan IADA Februari ini

Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST

PASIR PUTEH 30 Jan. - Bayaran harga siling padi untuk setiap tan sebanyak RM1,200 bagi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin-Semerak akan dibuat lebih awal iaitu pada Februari ini.

Penolong Setiausaha, Bahagian Industri Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mardhiah Ismail Niza berkata, keputusan itu dibuat pihak kementerian selepas para petani memohon agar pembayaran yang sebelum ini ditetapkan pada Mac, dipercepatkan.

Beliau berharap keputusan itu mampu menggembirakan lebih 1,000 petani yang mengusahakan tanaman padi seluas 3,000 hektar di kawasan berkenaan.

"Sebelum ini, kawasan tersebut menetapkan jadual penyeragaman harga padi bagi Kelantan bermula pada bulan Mac. Namun, timbal balas dan kajian semula telah dibuat dengan mengambil kira penanam yang mengusahakan tanaman itu pada bulan Oktober dan terpaksa menuai dalam tempoh yang terdekat, kita bersetuju mengikut hasrat petani," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas daripada pihak kementerian berhubung penyelarasan harga padi yang menimbulkan kekecewaan petani IADA Kemasin-Semerak seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP), Zawawi Othman ketika dihubungi berkata, reaksi kementerian terhadap keluhan petani di kawasan terbabit membuktikan keprihatinan kerajaan membela nasib petani terutama mereka yang mengusahakan tanaman padi di luar musim.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat