felda jenderak - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda jenderak - Google Blog Search |
Bot Penambang Pengangkutan Utama Penduduk <b>Felda Jenderak</b> <b>...</b> Posted: 10 Dec 2013 06:20 AM PST Bot Penambang Pengangkutan Utama Penduduk Felda JenderakTEMERLOH – Bot penambang menjadi pengangkutan utama kira kira 3,000 penduduk di Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau di sini berikutan beberapa laluan tidak boleh dilalui akibat banjir semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tanah rancangan berkenaan, Othman Abu Bakar berkata, sebanyak lima bot dan satu perahu panjang digunakan untuk mengangkut penduduk yang ingin ke pekan Kuala Krau. "Penumpang dikenakan bayaran RM2 seorang untuk tambang sehala kerana air melimpah di atas jalan sehingga paras tiga meter menyebabkan laluan masuk ke tanah rancangan ini ditutup kepada semua jenis kenderaan. "Banjir kali ini lebih buruk berbanding 2002 kerana kami terputus hubungan hampir empat hari apabila air mulai naik sejak Khamis lalu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurutnya, keadaan menjadi lebih teruk apabila bekalan elektrik terputus sebanyak tiga kali di tanah rancangan itu. Sementara itu, Othman berkata, pihak berkuasa telah menambak tanah untuk meninggikan jalan yang dinaiki air sedalam enam meter selepas banjir 2002 namun masih belum mencukupi. "Saya rasa jalan yang digenangi air perlu ditinggikan sekali ganda supaya kami tidak terputus hubungan selepas ini," ujarnya. Katanya, paras air bagaimanapun dilihat semakin surut dan keadaan akan pulih seperti sedia kala sekiranya tiada hujan dalam tempoh terdekat. – Utusan Malaysia NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com Artikel disiar pada December 11, 2013 - 3:33 am oleh Nor Azlina Shaari |
You are subscribed to email updates from felda jenderak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |