{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rencana

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rencana


GiatMara jamin masa depan belia

Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST

ARAHAN kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor supaya GiatMara Selayang di Taman Selayang Baru ditutup baru-baru ini mengundang bantahan pelbagai pihak. Ramai yang mahu arahan tersebut ditarik balik.

Bagi GiatMara Selangor, arahan tersebut diterima dalam 'linangan air mata' kerana terkedu apabila usaha menyediakan peluang kedua kepada golongan belia

di negeri ini sejak sekian lama diketepikan begitu sahaja, tiada penghargaan atau pembelaan sewajarnya daripada pentadbiran kerajaan negeri. Kepada wartawan Utusan Malaysia, ABDUL YAZID ALIAS dan jurugambar, SAHARUDDIN ABDULLAH, Timbalan Pengarah GiatMara Selangor, Mejar (B) Akhamad Muthari Dholla berkongsi perasaan pihaknya berhubung isu yang melanda institusi tersebut di Selangor ketika ini.

Pelatih pusat GiatMara menjalani latihan membaik pulih kenderaan di GiatMara Klang di Jalan Rantau Panjang, Meru, Klang di Selangor.

Boleh tuan terangkan fungsi GiatMara dan peranannya kepada rakyat terutama golongan belia di Selangor?

AKHAMAD MUTHARI: GiatMara merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia di luar bandar dan bandar. Belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

GiatMara ditubuhkan untuk membantu anak bangsa yang tercicir dalam bidang akademik dan tidak dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi tumpuan GiatMara adalah mendampingi anak-anak bangsa selain memberi peluang kedua kepada mereka dengan menyediakan latihan kemahiran supaya mereka boleh berdikari dan terlibat dengan bidang keusahawanan.

Bagaimana tuan melihat perkembangan GiatMara di Selangor ketika ini?

Pusat latihan GiatMara di negeri ini mendapat sambutan yang amat baik daripada kalangan masyarakat khususnya belia. Setakat ini kita menawarkan lebih 40 kursus dalam pelbagai bidang melibatkan hard skill dan soft skill seperti jahitan dan fesyen, automotif, pembuatan peralatan mesin, percetakan serta fotografi. Kesemua bidang ini diperlukan oleh industri tempatan.

Dari segi tumpuan latihan, GiatMara menitikberatkan pendedahan kepada bidang kemahiran itu sendiri iaitu 80 peratus dalam bentuk praktikal manakala 20 peratus lagi secara teori. Penumpuan ini bagi membolehkan para pelatih berdikari selepas menamatkan latihan mereka sama ada bekerja dengan syarikat atau berniaga sendiri.

Dari segi penerimaan industri pula, para pelatih GiatMara boleh diibaratkan sebagai 'goreng pisang panas' kerana belum sempat mereka keluar, banyak firma menawarkan pekerjaan sama ada dalam bidang teknikal atau penjagaan kesihatan. Kursus dan pelatih kita memenuhi kehendak industri.

Bagaimana dengan syarat pengambilan para pelatih GiatMara dan apakah manfaat yang diterima oleh mereka ?

Proses pengambilan pelatih GiatMara amat mudah. Syaratnya berumur 16 hingga 45 tahun, pandai membaca dan mengira dan minat terhadap bidang yang diceburi. Selain itu, pelatih juga tidak dikenakan sebarang yuran latihan, semuanya diberikan secara percuma.

Cuma di peringkat pendaftaran dikenakan sedikit bayaran permulaan untuk baju, insurans. Lepas itu tiada yuran dikenakan terhadap mereka malah para pelatih turut diberikan elaun sebanyak RM200 sebulan.

Jangka masa kursus pula bergantung kepada bidang latihan yang diikuti oleh para pelatih. Sebagai contoh, kalau kursus jahitan dan fesyen jangka masanya minimum enam bulan. Kalau kursus hard skill atau kemahiran berat seperti elektrik, pembuatan dan peralatan mesin mengambil masa dua tahun.

Para pelatih GiatMara juga berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke tahap lebih tinggi dengan sijil kemahiran yang diperolehi. Sijil kemahiran GiatMara sememangnya diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi.

Bagaimana dengan penetapan kursus-kursus yang ditawarkan di GiatMara dan apakah menepati keperluan semasa?

Kursus-kurus latihan yang ditawarkan oleh GiatMara adalah mengikut keperluan semasa dan kehendak pasaran kerja serta industri. Begitu juga dengan kursus-kursus baharu yang ditawarkan, bergantung kepada permintaan. Kalau tiada permintaan, kita tidak akan wujudkan kursus baharu.

GiatMara telah menawarkan satu kursus baharu kepada pelatih yang berminat dalam bidang animasi di GiartMara Kota Raja. Ini perkembangan terbaharu dalam penyediaan latihan kita kepada para pelatih dan memecahkan tradisi GiatMara yang selama ini mungkin dianggap lebih banyak tertumpu kepada kemahiran teknikal dan bengkel semata-mata.

Kita juga berusaha untuk memberikan pinjaman kepada pelatih kursus animasi membangunkan siri animasi sendiri.

Setakat ini, berapa ramai pelatih yang telah berjaya dikeluarkan oleh GiatMara di Selangor?

Sejak GiatMara diwujudkan di negeri ini pada 1986, sehingga kini sebanyak 27,226 pelatih mengikuti latihan dalam pelbagai bidang kemahiran. Daripada jumlah itu, sebanyak 22,389 berjaya menamatkan latihan mereka. Bakinya iaitu 4,837 orang ada yang tidak sempat menghabiskan kursus kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di tempat lain.

Latarbelakang pelatih yang mengikuti latihan di GiatMara adalah pelbagai antaranya keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Bagaimanapun, tumpuan kita adalah memberi peluang kepada mereka yang tidak mendapat peluang melanjutkan pengajian di universiti dan institusi pengajian tinggi.

Ada pihak cuba menyulitkan usaha GiatMara khususnya di Selangor membangunkan pendidikan kemahiran di kalangan belia termasuk arahan kerajaan negeri supaya GiatMara Selayang ditutup.

Memanglah kita menerima bermcam-macam tekanan dalam usaha kita untuk membangunkan GiatMara termasuklah dari segi politik. Namun, kita tidak mudah mengalah, kita akan teruskan matlamat kita memberi peluang kepada anak-anak bangsa kita mendapatkan hak pendidikan dari segi latihan kemahiran.

Perlu diingat bahawa para pelatih kita bukan terdiri daripada satu ideologi semata-mata begitu juga kita tidak terhad kepada belia bumiputera, belia kaum lain pun turut mengikuti latihan di bawah Program Latihan 1Malaysia GiatMara.

Jadi sekiranya ada pihak yang mahu menutup GiatMara, ke mana anak-anak kita nak pergi?

Itu masalahnya sekarang ini. Atas dasar itu, kita tidak akan mengalah dengan sebarang tekanan yang kita hadapi. Sepatutnya kerajaan sama ada di peringkat Pusat atau negeri bekerjasama dengan kita membangunkan latihan kemahiran untuk belia kerana ini adalah demi negara, bangsa dan rakyat. Saya harap jangan dipolitikkan GiatMara ini.

Boleh tuan jelaskan isu sebenar di sebalik arahan penutupan GiatMara Selayang seperti yang dilaporkan sebelum ini?

Mengenai GiatMara Selayang, sebenarnya kita telah mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri sebelum ini (ketika pentadbiran Barisan Nasional). Sekarang ini, pentadbiran negeri telah berpindah ke tangan pihak lain, Walaupun dari segi undang-undang kerajaan negeri ada hak untuk berbuat demikian, walaupun pentadbiran negeri bertukar, kita masih berada dalam satu negeri yang sama.

Kalau dulu kita boleh dapatkan kebenaran, mengapa sekarang kebenaran itu tidak boleh diberikan? Saya rasa tidak ada masalah jika kebenaran terus diberikan kerana GiatMara Selayang ini adalah untuk rakyat tempatan juga, bukan untuk orang lain.

Sepatutnya, kerajaan negeri mempermudahkan urusan tanah kepada GiatMara. Contoh GiatMara di Taman Selayang Baru, tapak tersebut sebenarnya strategik kerana anak-anak kita mudah ulang alik ke pusat latihan itu kerana ada kemudahan pengangkutan awam. Anak-anak kita bukan semuanya ada pengangkutan sendiri, ada yang naik teksi, bas untuk ke pusat latihan.

Sekiranya tanah itu diambil, kemungkinan kita terpaksa berpindah ke kawasan lain yang kedudukannya lebih terpencil. Ini akan menyukarkan anak-anak kita untuk datang ke pusat latihan tersebut. Kita bimbang mungkin menyebabkan kekurangan pelatih. Kita tidak mahu jadi keadaan macam itu.

Menteri Besar Selangor memberi syarat kepada GiatMara supaya menaik taraf premis di Taman Selayang Baru jika mahu terus beroperasi di kawasan berkenaan.

Itu yang saya pelik, apa yang dimaksudkan (menteri besar)? Arahan itu (syarat kepada GiatMara kekalkan operasi) perlu ada hitam putih. Jika tiada, bagaimana kita mahu patuhi kehendak mereka? Kalau kita buat (menaik taraf kemudahan) mengikut kehendak dia, apa jaminan dia tidak tarik balik tanah tersebut? Jangan nanti apabila kita dah buat cantik, lepas itu mereka kata apa yang kita buat itu tidak ikut standard, mereka tarik balik pula.

Sejak isu GiatMara Selayang ini dibangkitkan, kita belum membuat sebarang permohonan lagi kepada kerajaan negeri. Sebelum ini kita ada perjanjian dengan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak untuk menggunakan tanah tersebut namun perjanjian itu tamat pada 2009 sejak bermula 1993.

Sebelum ini kita bercadang untuk memperbaharui perjanjian tersebut namun pentadbiran kerajaan negeri pada masa itu telah bertukar maka sejak itu tertangguh. Sekarang kita cuma mahu perjanjian itu diperbaharui. Kalau diarahkan keluar sekalipun, kita berharap dapat digantikan dengan tanah lain yang sama strategiknya dengan tanah asal bersama-sama pampasan, bukannya keluar tanpa sebarang alternatif. Kalau kerajaan negeri beri peluang kita mohon tanah itu, kita akan mohon.

Apa perancangan pihak GiatMara Selangor pada masa depan?

Kalau diikutkan perancangan kita tambah lagi pusat latihan GiatMara. Begitu juga dengan kursus-kursus yang ditawarkan kepada para pelatih. Kita nak naik taraf kursus latihan kemahiran yang ada dari tahap satu ke tahap dua. Kalau diikutkan dengan pusat latihan lain yang ada di negara ini, mereka banyak mengambil contoh latihan yang dijalankan oleh GiatMara. Sebab itu kita kena naik taraf dan transformasi kursus-kursus yang ada supaya kita dilihat mendahului orang lain.

Pelan damai Anwar suatu muslihat

Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST

DARI JENDELA TOK KI

USAHA berdamai dan muafakat adalah usaha baik. Manusia rasional dan matang akan bersetuju dengannya. Syariat Islam juga tidak menghalang usaha ini. Tapi kalau ianya datang daripada Anwar Ibrahim, kewaspadaan harus lebih tinggi.

Kalau isunya berhubung keharmonian agama dan kaum, siapakah yang sekian lama melakukan provokasi mengenai kalimah Allah di Malaysia? Anwar memulakannya atas nama kebebasan beragama dan ianya menyentuh sensitiviti umat Islam.

Dulu Anwar terkenal sebagai pejuang agama, bahasa Melayu dan juga dasar pendidikan negara. Kini bila pluralisme agama berbangkit, Anwar semacam mengiyakannya. Ucapan Anwar di London School of Economics menjadi bukti. Bila Dong Zong membangkitkan isu bahasa, Anwar tidak setegas semasa menjadi Menteri Pendidikan dulu. Bila proses transformasi pendidikan berlaku Anwar tidak memberi sebarang respon.

Lazimnya dalam politik praktis pelawaan untuk berdialog terkandung helah. Ada suasana terdesak yang menyebabkan ianya terjadi. Imej pembangkang sudah tercalar dengan pelbagai isu. Dialog diharap dapat melonjakkan kembali imej ini atas asas mereka ini berjiwa besar untuk melakukan dialog.

Telah sekian lama para blogger pembangkang menimbulkan fitnah untuk menghina individu dan kelompok sehingga menyebabkan sebahagian yang emosional dan mati-mati percaya. Anwar tidak pula mengecam perbuatan mereka ini yang menyebabkan krisis terjadi dan salah faham berlaku.

Anwar pernah terlibat dalam pemerintahan negara. Tetapi bila kritikan terhadap Perlembagaan terjadi, dia tidak menyatakan pendirian. Bila hak istimewa orang Melayu dipertikai, Anwar begitu juga. Bila pandangan mufti dan ulama terhadap isu agama diberi, Anwar tidak memberi respons.

Apa maksud ingin mengadakan dialog nasional kalau isu-isu yang berbangkit berpunca daripada pembangkang? Menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa masuk 40,000 orang Bangladesh adalah suatu helah. Anwar tidak rasa bersalah dengan tuduhan itu.

Dialog harus bermula dengan niat yang jelas. Faham politik boleh berbeza tetapi asas-asas fundamental dalam negara berasaskan Perlembagaan harus didukung dan dihormati. Bila Perkara 3(1) dalam Perlembagaan yang memperuntukkan kedudukan dan kebebasan beragama ianya harus dipertahankan.

Orang lain jadi berani mempertikai asas-asas fundamental ini kerana pembangkang tidak mengambil sikap yang tegas dan jelas. Bila perpecahan di kalangan umat Islam terjadi, kenyataan sensitif di kalangan kelompok evangelis Kristian semakin menjadi-jadi. Anwar tidak berbuat apa-apa untuk meleraikan perkara pokok seperti beliau dalam ABIM dan kerajaan dulu.

Anwar harus terlebih dulu memperbetulkan sikap dan pendirian dalam banyak isu. Apa yang berlaku pada Anwar tidak seperti Anwar suatu ketika dulu. Ada ketika Anwar menjadi pragmatik kerana muslihat politik dan ada ketika menampilkan kecenderungan yang pelik dan menyebabkan imejnya tercalar.

Anwar berada dalam kepimpinan organisasi sejak awal 70-an. Sejak mengepalai demonstrasi di Universiti Malaya, memimpin ABIM, terlibat dengan kerajaan agak lama, mengepalai demonstrasi jalanan dan mengetuai pembangkang, pendirian Anwar tidak konsisten.

Cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri masih membara. Pilihan raya lalu tidak mengizinkan ianya berlaku. Penulis percaya Anwar tidak akan berdiam diri bermain dengan isu politik dan isu terakhirnya adalah mengajak orang yang dimusuhinya untuk berdialog dan bertanding sebagai DUN Kajang.

Bagi penulis, hasrat Anwar itu suatu muslihat politik. Anwar ingin menunjukkan kepada kerajaan dan dunia bahawa dia mampu mengembalikan keharmonian dan keamanan semula bukannya kerajaan yang ada pada hari ini.

Kerajaan tidak harus terjebak dengan perangkap yang dipasang oleh Anwar. Sekiranya Anwar ikhlas menyelesaikan masalah hubungan kaum dan agama, pakatan pembangkang boleh melakukannya.

Isu kalimah Allah tidak datang dari kerajaan atau pun UMNO. Keberanian kelompok evangelis Kristian mempertikai peruntukan Perlembagaan dan enakmen negeri tentu ada pihak lain di belakangnya. Keberanian setengah pihak mempertikai isu hak asasi manusia sehingga COMANGO kian lantang tentu ada perancangnya. Inilah isu sebenar yang harus diselesaikan oleh Anwar terlebih dulu sebelum dialog boleh terjadi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat