{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


198 pegawai JPJ pantau 23 lokasi

Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
utusan.johor@gmail.com

Johari Yusof sempat beramah mesra dengan penumpang bas dalam Operasi Penguatkuasaan JPJ menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 30 Jan. - Seramai 198 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri telah ditugaskan memantau di 23 lokasi sempena operasi penguatkuasaan sempena Tahun Baharu Cina ini yang bermula sejak 24 Januari lalu sehingga 9 Februari ini.

Pengarahnya, Johari Yusof berkata, sebahagiannya ditugaskan mengadakan pemeriksaan bas di depot serta Terminal Larkin dan Bentayan untuk memastikan keadaan brek, tayar dan fizikal bas dalam keadaan baik dan selamat digunakan di atas jalan raya.

"Sebahagian lagi akan mengadakan penguatkuasaan secara statik dengan memasang 'tuntun mata' di 120 lokasi iaitu setiap jarak 30 kilometer di jalan utama negeri agar pengguna jalan raya lebih berhati-hati bagi mengurangkan jumlah kemalangan.

"Penguatkuasaan 24 jam sehari yang dijalankan sepanjang musim perayaan dibuat secara rawak ke atas kenderaan yang lalu-lalang di lokasi statik tanpa mengadakan sekatan jalan raya," katanya selepas menyertai operasi di Terminal Larkin, di sini malam tadi.

Operasi itu turut mendapat kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom), dan Bahagian Narkotik Polis Diraja Malaysia.

Johari memberitahu, pihaknya juga menjalankan operasi ke atas penunggang motosikal serta penyamaran bergambar dan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres.

"Sehingga kini, hasil daripada 465 pemeriksaan bas di depot dan terminal tiada saman dikeluarkan dan tiada pemandu yang didapati positif dadah," katanya.

Bagi penguatkuasaan penyamaran bergambar, kata beliau, sebanyak 769 kesalahan dicatatkan manakala bagi penyamaran penumpang pula dua pemandu dikenakan saman kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Sementara itu, bagi operasi ke atas motosikal, sebanyak 354 notis dan 134 saman dikeluarkan serta tiga kes positif dadah.

"Sempena operasi yang dijalankan serentak di seluruh negara ini, seramai 500 ahli Skuad Muda 1JPJ bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) melaksanakan kempen keselamatan jalan raya pusat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)," katanya.

MBJB kutip cukai RM248.11 juta tahun lalu

Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST

JOHOR BAHRU 30 Jan. - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berjaya mengutip hasil sebanyak RM248.11 juta sepanjang tahun lalu, sekali gus melepasi sasaran ditetapkan RM192.895 juta.

Datuk Bandar Johor Bahru, Ismail Karim berkata, kutipan hasil berkenaan juga jauh lebih tinggi berbanding hasil pada 2012 iaitu sebanyak RM196.09 juta.

"Peningkatan hasil sebanyak 129 peratus itu didorong tahap kesedaran dan tanggungjawab pembayar cukai terdiri daripada individu dan pemilik premis di bawah kendalian MBJB yang semakin meningkat.

"Malah, jumlah kutipan itu juga disebabkan oleh perancangan MBJB yang dibuat pada awal tahun iaitu memperbanyak dan memudahkan orang awam membayar cukai harta iaitu dengan menyediakan kaunter bergerak atau e-nobas di tempat strategik," katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB di sini semalam.

Ismail berkata, semua hasil yang diperoleh itu akan digunakan dalam membangunkan lagi bandar raya ini, selain memberi perkhidmatan berkualiti dan menyediakan prasarana serta kemudahan kepada orang ramai.

Rentetan sambutan menggalakkan untuk program cabutan bertuah cukai harta yang diadakan buat pertama kali tahun lalu, MBJB akan meneruskan program itu tahun ini supaya terus menjadi pemangkin untuk menggalakkan orang ramai menjelaskan cukai harta pada tahun semasa.

"Jadi, tahun ini MBJB memperuntukkan sebanyak RM100,000 berbanding RM50,000 tahun lalu untuk hadiah cabutan bertuah dengan hadiah utama Proton Preve serta hadiah-hadiah lain.

''Syarat bagi menyertai cabutan ini adalah sama iaitu warganegara Malaysia, tidak mempunyai tunggakan tahun 2014, harta merupakan milik persendirian atau individu serta melengkapkan maklumat yang dikehendaki MBJB," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar