{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Tiada kompromi kualiti makanan

Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

Harun Rawi

IPOH 30 Jan. - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak akan berkompromi dalam memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan berada dalam keadaan terbaik, lebih-lebih lagi ketika menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014).

Datuk Bandar, Datuk Harun Rawi berkata, sepanjang tahun lalu, bilangan pemeriksaan telah dipertingkat kepada 6,346 premis berbanding 5,488 pada 2012, dengan tawaran kompaun berjumlah RM91,350.

"Sebanyak lapan premis makanan yang tidak bersih dan kotor telah diarah untuk ditutup oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 sewaktu operasi bersepadu dijalankan dengan kerjasama MBI.

"Kompaun juga dikeluarkan kepada pengusaha serta pengendali makanan yang melanggar syarat-syarat perlesenan dikuatkuasa oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan MBI," katanya ketika berucap mempengerusikan mesyuarat penuh MBI di sini hari ini.

Dalam pada itu, Harun berkata, sehingga 28 Januari lalu, sebanyak 203 buah restoran, kedai makan dan kafe di bandar raya ini telah dianugerahkan sijil gred A.

Menurut beliau, daripada jumlah berkenaan, 60 premis telah diberi insentif rebat sebanyak 20 peratus melibatkan sejumlah RM6,540 untuk bayaran lesen premis tahunan kerana berjaya mengekalkan sijil gred A selama setahun.

Malah katanya, sejak pelaksanaan program sijil gred A pada 2009, pihaknya berjaya memperoleh pencalonan premis dan tandas restoran terbersih pada peringkat negeri dan kebangsaan.

"Restoran Foh San Sdn. Bhd., misalnya telah berjaya memperoleh emas bagi pertandingan Anugerah Tandas Bersih - 1Malaysia 2012 peringkat kebangsaan bagi kategori tandas premis makanan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Harun berkata, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) ditubuhkan MBI di 24 zon akan ditambah baik bagi menyokong program pembangunan masyarakat di samping menangani isu-isu perbandaran.

Selain itu, beliau turut menggesa supaya Ahli-ahli Majlis MBI yang dilantik supaya memainkan peranan secara lebih berkesan untuk membantu ke arah kesejahteraan bandar raya ini sekali gus memperkembangkan pertumbuhan ekonominya.

RM300,000 majukan usahawan tani

Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST

Maslin Sham Razman (kanan) menyerahkan mesin jahit kepada Zalman Abdulah Halim yang menerima bantuan tersebut menerusi program Azam Tani di Pejabat Mardi Kuala Kangsar, Perak, semalam.

KUALA KANGSAR 30 Jan. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan sejumlah RM300,000 di bawah program Azam Tani bagi memajukan usahawan tani di daerah ini.

Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Perak, Zukifli Abdul Malik berkata, penerima geran berkenaan perlu berusaha menjadi seorang usahawan tani berjaya sekali gus mampu keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Bantuan ini benar-benar mencapai matlamat berasaskan penerimanya kerana mereka yang terlibat adalah terdiri daripada pengusaha-pengusaha kecil, namun golongan ini sebenarnya kekurangan keperluan peralatan.

"Oleh sebab itu, melalui peruntukan daripada kementerian ini, telah disalurkan kepada MARDI untuk diagihkan kepada mereka yang terpilih di bawah program e-Kasih selain turut diproses oleh pejabat daerah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penyerahan peralatan Azam Tani peringkat negeri di sini hari ini yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman.

Yang turut hadir ialah ADUN Manong, Mohamad Kamil Shafie dan Penolong Pegawai Daerah (Pengurus Projek Pembasmian Kemiskinan), Tajul Hasnu Mohd. Rashdi.

Antara peralatan yang diserahkan termasuklah mesin pemotong jubin lantai, mesin pembancuh simen, gerai bergerak bersama dapur dan ketuhar serta pembakar kuih, generator, acuan labu sayung, mesin jahit, mesin parut kelapa serta kerusi dan meja.

Dalam pada itu, Zulkifli memberitahu, program berkenaan merupakan yang kedua selepas kali pertama diadakan pada Mei tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM207,000.

Beliau berkata, 25 individu yang terpilih dalam program kali ini merupakan pengusaha yang berpotensi untuk lebih berdaya saing dalam pelbagai bidang masing-masing.

''Bagaimanapun, kesemua penerima akan dipantau selama setahun bagi mempastikan peralatan yang diterima telah digunakan sepenuhnya selain mampu menjana pendapatan serta memperkembang ekonomi keluarga," katanya.

Usahawan wanita perlu tingkat ilmu pemasaran

Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST

PULAU PINANG 30 Jan. - Kekurangan rangkaian dan keupayaan pemasaran menjadi antara masalah utama usahawan wanita yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sehingga membantutkan usaha mereka mencipta peluang lebih besar.

Menyedari hakikat itu, program Memperkasa Keusahawanan Hawa (Muah) Ke-9 anjuran Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang diadakan di Bayan Baru dekat sini, baru-baru ini.

Pengarah program, Siti Huraizah Abdul Rahman berkata, Muah dianjurkan sebagai medan perkongsian maklumat dalam kalangan usahawan wanita serta membina rangkaian dengan pengusaha pelbagai latar belakang dan cabang perniagaan.

Katanya, usahawan lelaki sebelum ini lebih banyak ditonjolkan meskipun terdapat usahawan wanita berjaya dan mampu menjadi contoh kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

"Pemasaran sering menjadi agenda utama perbincangan dalam kalangan usahawan wanita, jadi hari ini kita bawa beberapa tokoh yang berjaya seperti Pengerusi Persatuan Usahawan Muda Bestari Malaysia, Dr. Azlina Ahmad, pengasas produk Nurellys, No Aini Othman, pengedar produk Purtier dan DrK Skincare, Ferial Makarim dan ramai lagi," katanya di sini baru-baru ini.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar