Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
- Permintaan yang keterlaluan
- Kim Swee: Masih ada tugas yang belum selesai
- PSM anjur Terbuka Kebangsaan
Posted: Permintaan yang keterlaluanOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI TROUSSIER dikatakan meminta keistemewaan yang lebih banyak menguntungkan dirinya sahaja daripada misi membentuk skuad Harimau Malaya. NAMPAK gayanya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah tidak berminat lagi untuk mendapatkan khidmat jurulatih asing, Phillipe Trousiier. Ia gara-gara FAM dikatakan enggan lagi meneruskan perbincangan dengan Troussier selepas bekas pengendali Jepun itu dikatakan banyak 'songeh'. Semalam, menurut sumber wartawan Perancis, Troussier yang ditawarkan kontrak tiga tahun untuk dilantik sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya, telah berunding dengan pihak teratas FAM bagi membincangkan hala tuju bola sepak negara di ibu negara. Begitupun, perbincangan tersebut tidak menemui jalan penyelesaian apabila syarat yang ditetapkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. "Troussier enggan FAM meletakkan sebarang KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) terhadapnya. Baginya, beliau sendiri yang mahu meletakkan hala tuju bola sepak negara. "Selain itu, jika beliau tidak berpuas hati dengan permukaan padang, prestasi pemain mahupun pasukan atau mana-mana perkara berbangkit, Troussier mahu kontrak tersebut ditamatkan dengan segera. "Lebih memeranjatkan, sebagai contoh; jika FAM bersetuju melantiknya dan kemudiannya Trous- sier melepas jawatannya dalam tempoh setahun bersama Harimau Malaya, beliau mahu FAM tetap membayar gaji untuk baki kontrak biarpun Troussier sendiri yang menamatkan kontrak tersebut. "Kini, apa yang pasti, FAM sudah tidak 'berselera' dengan Troussier apabila perjanjian itu dilihat hanya menguntungkan Troussier sahaja," kata sumber itu kepada Kosmo!, semalam. Kosmo! sebelum ini melaporkan, FAM telah hampir pasti telah untuk mendapatkan sentuhan Troussier selepas mengadakan dua pertemuan tidak formal di China (Jun lalu) dan di Singapura pada November lalu. Selepas itu, FAM hampir pasti untuk mendapatkan khidmat Troussier selepas badan persatuan induk bola sepak negara itu bersetuju untuk memenuhi tuntutan gaji yang dimahukan oleh bekas jurulatih FC Ryukyu sebanyak gaji AS$1.52 juta (RM4.9 juta) setahun menerusi penajaan. Buat masa ini, Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya dan FAM enggan membuat keputusan terburu-buru untuk mencari calon pengendali import baharu selepas kesal dengan sikap Troussier. Selain Troussier, jurulatih AS Roma, Zdenek Zeman; bekas jurulatih Liverpool, Alex Miller; bekas pemain Perancis, Marcel Desailly dan bekas jurulatih China dan Uzbekistan, Bob Houghton dikatakan berada dalam radar FAM. | ||
Kim Swee: Masih ada tugas yang belum selesai Posted: Kim Swee: Masih ada tugas yang belum selesaiOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
SAMBUTAN Tahun Baru Cina kali ini pastinya ditunggu-tunggu pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee. Menurut Kim Swee, beliau telah mula bercuti di kampung halamannya di Melaka semalam dan anak-anak buahnya hanya akan kembali menjalani latihan Ahad ini. "Saya kini sudah bersama keluarga di Melaka dan pemain juga telah dilepaskan bercuti. "Di kesempatan ini, saya juga mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada kesemua peminat Harimau Muda yang menyokong perjuangan kami selama ini," katanya kepada Kosmo! semalam. Bagaimanapun jelas Kim Swee, beliau dan anak-anak buahnya tidak akan 'beraya sakan' memandangkan masih ada tugasan getir mengharumkan nama negara di temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September depan. "Raya pun raya juga, tetapi masih ada tugas yang belum selesai. "Selain temasya Sukan Asia, kami juga perlu bersedia mengharungi saingan Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland di Brisbane selama lima bulan bermula Mac depan. "Jadi, saya harap kesemua pemain Harimau Muda A dapat mengekalkan kecergasan masing-masing sebelum kembali menjalani latihan Ahad ini," kata beliau. Mengulas lanjut, Kim Swee juga ingin melupakan kekecewaan selepas gagal mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA di Myanmar tahun lalu. "Mana-mana jurulatih pastinya kecewa dengan kegagalan tetapi ia akan dijadikan pembakar semangat untuk melakar kejayaan yang lebih bermakna pada masa depan. "Saya juga berharap sambutan Tahun Baru Cina kali ini membawa tuah buat skuad Harimau Muda A pada temasya Sukan Asia kelak," katanya yang turut mendapat kepercayaan sebagai pengendali sementara skuad Harimau Malaya ketika ini. | ||
Posted: PSM anjur Terbuka KebangsaanPERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Kebangsaan Piala Datuk Ahmad Ismail Siri Kedua bagi menggantikan pusingan akhir Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2013/14 yang sepatutnya berlangsung pada 12 hingga 16 Februari depan. Siri kedua Piala Presiden PSM itu akan mengisi kekosongan di venue kejohanan dan akan berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga Februari depan. Sebanyak tiga kategori akan dipertandingkan namun apa yang lebih menarik ialah penganjuran aksi berpasukan lelaki yang memerlukan setiap pasukan menampilkan dua regu iaitu regu terbuka dan regu bawah 21 tahun (B-21). Begitupun, kategori itu hanya dikhaskan untuk ahli gabungan PSM yang perlu menyenarai tujuh hingga 10 pemain dalam satu pasukan. Ketua Seranta PSM, Yusuff Ali berkata, penganjuran kategori berpasukan lelaki itu bagi menjadikan kejohanan 'Piala Tok Mad' lebih menarik sebagaimana sasaran PSM untuk menarik minat peminat sukan tempatan. "Ini kali pertama kami menganjurkan kategori itu apabila hanya dua regu bagi mewakili satu pasukan dan mengikut peraturan regu terbuka akan menentang regu terbuka dan regu B-21 bertemu B-21. "Jika perlawanan seri maka setiap pasukan dibenarkan untuk menggandingkan pemain-pemain regu terbuka dan B-21 untuk set ketiga, jadi pemain-pemain boleh bermain dua kali. "Hadiah yang ditawarkan juga menarik iaitu RM5,000 beserta piala pusingan dan pingat bagi juara kategori berpasukan itu," tambah Yusuff. Tempat kedua akan meraih RM3,000, manakala dua pasukan yang berkongsi di tangga ketiga akan meraih RM2,000. Dua lagi kategori yang dipertandingkan ialah Lelaki Terbuka dan Lelaki Veteran yang dibuka penyertaan untuk ahli gabungan dan kelab-kelab sepak takraw dari seluruh negara. Kelab-kelab sepak takraw yang mahu menyertai kategori Lelaki Terbuka akan dikenakan bayaran RM80, manakala RM 50 untuk regu Veteran. Pemain-pemain yang mahu beraksi dalam kategori Veteran perlu berumur 40 tahun ke atas dan jumlah bagi ketiga-tiga pemain itu melebihi 130 tahun. Juara bagi Lelaki Terbuka akan membawa pulang RM4,000, manakala pemenang aksi Veteran bakal meraih RM3,000. Dalam pada itu, pusingan akhir Siri Super Istaf pula ditunda pada 5 hingga 9 Mac depan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |