{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Keluarga

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Keluarga


Derita rakyat Syria

Posted: 30 Jan 2014 06:07 AM PST

PELARIAN yang menghuni kem di Lubnan.

KRISIS politik berdarah terus menekan kehidupan rakyat Syria menyebabkan semakin ramai rakyat negara ini terpaksa melarikan diri dan menjadi orang pelarian di negara-negara jiran.

Ironinya Syria pada satu ketika adalah negara kedua terbesar dunia menjadi tuan rumah kepada orang pelarian iaitu pelarian Palestin.

Namun kini negara ini pantas bertukar menjadi negara pengeluar orang pelarian.

Situasi ini menyebabkan ketidakstabilan politik kepada negara yang terpaksa menanggung orang pelarian Syria.

Meskipun hampir tiga tahun perang saudara melanda Syria dan mengorbankan lebih 100,000 nyawa, masih belum ada tanda-tanda krisis itu akan berakhir.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, dalam ucapan pembukaan pada Persidangan Ikrar Kemanusiaan Antarabangsa Kedua untuk Syria yang diadakan di sini baru-baru ini berkata konflik yang berpanjangan di Syria telah bertukar menjadi krisis serantau.

"Lebanon, Jordan, Turki, Iraq dan Mesir kini menjadi rumah kepada lebih tiga juta rakyat Syria yang lari meninggalkan tanah air mereka," katanya.

Menurut beliau, lebih 80 peratus rakyat Palestin yang berada di Syria memerlukan bantuan kemanusiaan dan beliau amat bimbang dengan laporan berlakunya kebuluran.

Krisis orang pelarian itu, katanya, telah mencetuskan penderitaan teruk dan ia ada kaitan dengan ketidakstabilan serta konflik di rantau ini.

Keadaan itu boleh dilihat menerusi insiden letupan bom kereta dan keganasan sektarian di Iraq dan Lebanon.

"Ketidakstabilan itu menjejaskan pembangunan ekonomi negara sekitar. Untuk itu, kita perlu membantu negara yang menjadi tuan rumah kepada orang pelarian ini," katanya, sambil menambah tiada negara dan tiada sesiapa perlu mengalami penderitaan atau bencana kerana membantu rakyat Syria yang memerlukan pertolongan.

Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres dalam ucapannya pada persidangan yang dihadiri perwakilan dari 62 negara dan lebih 29 pertubuhan serantau ini memuji ajaran Islam berhubung dengan perlindungan untuk orang pelarian.

Menurut beliau, kemurahan hati serta kesediaan negara Islam yang berjiran dengan Syria memberi perlindungan kepada orang pelarian negara ini terkandung dalam ajaran serta tradisi Islam.

"Sebenarnya, ayat paling indah yang pernah saya baca mengenai perlindungan pelarian bukan dari Konvensyen Orang Pelarian 1951 tetapi dari Surah At-Taubah, ayat 6. Ayat itu bermaksud "Jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia mendengar firman Allah, kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman.

"Ini adalah contoh luar biasa toleransi serta komitmen agama untuk perlindungan orang pelarian dalam Islam," kata Guterres yang juga mantan perdana menteri Portugal.

Beliau berkata kemurahan hati jiran-jiran Syria perlu diganjari dengan sokongan besar-besaran antarabangsa dalam semangat tolong menolong yang amat penting bagi memastikan perlindungan bagi mereka yang melarikan diri daripada konflik berdarah itu.

"Negara-negara di rantau ini bukan semata-mata memerlukan bantuan kewangan yang kukuh, mereka juga memerlukan pihak lain membantu menanggung beban mengambil dan memberi perlindungan kepada orang pelarian," katanya, sambil menyeru semua negara supaya cuba membuka sempadan mereka untuk orang pelarian.

Spa kasih sayang untuk bayi

Posted: 30 Jan 2014 06:07 AM PST

Oleh Siti Aishah Yusof
Gambar Ghazali Basri

Dua kakitangan Hippopo Baby Spa and Wellness, melakukan urutan pada bayi.

KETIKA menyaksikan bayi-bayi comel tersenyum dan ketawa riang bermain air di dalam tab mandi di Hippopo Baby Spa and Wellness, naluri keibuan terdetik rasa teruja dan gembira.

Gelagat mereka menendang-nendang kaki sambil tangan kecil cuba mengapai bola-bola kecil di permukaan air, membuatkan ibu bapa yang berada di sekeliling mereka tersenyum bangga dan puas.

Di satu sudut lain pula, kelihatan beberapa orang fisioterapi profesional sedang melakukan urutan manja pada beberapa bayi yang telah selesai sesi mandian.

Kemudian di sudut paling hujung, kelihatan pula seorang bayi yang berusia dalam lingkungan enam bulan sedang nyenyak tidur di atas tilam, selepas selesai melakukan sesi memanjakan diri.

Pengasas Hippopo Baby Spa and Wellness, Nick Goo, berkata, idea asal beliau bersama isteri menubuhkan spa tersebut bermula hasil pengalaman sendiri membawa bayi mereka berusia tiga bulan di spa bayi di Singapura.

"Di Singapura terdapat lebih daripada 10 spa untuk bayi yang menyediakan pakej mandian kolam dan urutan.

"Semasa melihat sendiri keseronokan anak bermain air di dalam kolam dan melalui terapi urutan yang dilakukan selama 30 minit di spa tersebut, perasaan teruja dan puas sangat dirasai ketika itu.

"Rasa gembira yang sukar diungkapkan ketika melihat bayi kami seronok bermain air sambil menendang-nendang kaki dan tersenyum setiap kali melihat wajah kami berdua," jelas Nick

Dia menambah, daripada pengalaman tersebutlah dia dan isteri bersepakat membuka sebuah spa yang menawarkan pakej mandian dan urutan bayi, iaitu yang pertama seumpamanya di negara ini.

Spa bayi tersebut beroperasi di Centrepoint Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.

"Sebelum bayi melalui proses memanjakan diri, mereka akan melakukan sesi regangan selama lima minit sambil dibantu oleh fisioterapi.

"Kemudian mereka akan dipakaikan dengan lampin mandian khusus.

"Terdapat dua saiz tab mandi disediakan di sini untuk keselesaan bayi. Tab mandi kecil dikhususkan untuk bayi berusia satu hingga enam bulan, sementara tab lebih besar digunakan untuk bayi berusia tujuh bulan hingga tiga tahun. Jumlah berat minimum bayi untuk mandi dalam kolam ini pula bermula dari 4.5 kilogram.

"Ibu bapa juga tidak perlu risau tentang tahap kebersihan tab mandi. Bagi memastikan kualiti air yang digunakan bersih dan selamat, air akan ditukar setiap hari bagi tab mandi besar air dan bagi tab mandi lebih kecil air akan ditukar setiap kali selepas digunakan.

"Selain itu, ia juga dilengkapi dengan penapis air dan kandungan ioniser bagi mengelakkan bau dan bakteria.

"Kebiasaannya kami menggunakan air suam daripada 33 hingga 37 darjah celcius. Begitupun ibu bapa diberi pilihan sama ada untuk memilih air mandian sejuk atau suam untuk bayi mereka.

"Tidak cukup dengan itu, sebelum memasukkan bayi ke dalam tab mandi, kami akan meminta keluarga menyentuh dahulu air tersebut," katanya.

Nick berkata, selepas sesi mandian bayi -bayi tersebut akan dimanjakan dengan urutan yang dilakukan oleh fisioterapi berpengalaman dengan menggunakan teknik-teknik urutan yang lembut dan santai.

Menurutnya, urutan tersebut menggunakan minyak biji anggur, minyak premium centella dan minyak musk yang diimport dari Taiwan.

Minyak tersebut katanya, sangat baik untuk urutan bayi yang lahir pramatang kerana ia dikatakan membantu mempercepatkan pertumbuhan dan tumbesaran bayi.

"Tempoh urutan adalah 30 minit, namun ia juga bergantung kepada keadaan serta mood bayi kerana tidak semua bayi suka disentuh dan diurut dalam masa yang lama," jelasnya.

Menurut Nick, bayi yang menjalani pakej rawatan mandian dan urutan di spanya diyakini mempunyai tahap kecergasan yang lebih baik selepas selesai memanjakan diri.

Bahkan katanya, menurut kajian, bayi yang selalu didedahkan dengan aktiviti sihat seperti berenang dan bermain air dalam kolam akan membantu menyihatkan jangtung dan paru-paru, selain meningkatkan pertumbuhan minda.

Pada masa sama, ia turut meningkatkan sistem ketahanan dalam badan, membantu bayi mengenali sentuhan, pendengaran, kemahiran komunikasi dan baik untuk perkembangan serta pertumbuhan bayi yang lahir secara pramatang.

"Kebaikan urutan manja untuk bayi pula membantu dari aspek interaksi non verbal dan verbal, perasaan sayang dan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pada diri.

"Bayi yang selalu diurut juga akan mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, tidak mudah terekan dengan keadaan sekeliling mereka dan lebih rilek dan tenang," katanya.

Nick menambah, harga untuk satu sesi renang adalah RM48 dan urutan pula RM38. Sementara harga untuk pakej rawatan ini adalah RM86.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat