felda chiku - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda chiku - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search - Blogger Posted: 09 Jan 2014 12:00 AM PST PAS Di Gugusan FELDA Chiku Berkubur Selepas Semua Ahli Sertai UMNOGUA MUSANG – Pas Cawangan Chiku 7 berkubur selepas 20 ahlinya yang menggerakkan parti itu secara aktif di Gugusan Felda Chiku sejak tahun 1990 mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ahli UMNO dan menyokong Barisan Nasional (BN). Kesemua mereka membuat keputusan tersebut bersama ahli keluarga masing-masing selepas kecewa dengan pemimpin Pas yang tidak menghargai perjuangan mereka malah pemimpin tertinggi Pas didakwa langsung tidak pernah melawat ahlinya di situ. Wakil mereka, Ayob Jaafar, 51, berkata, tingkah laku pemimpin Pas Kelantan itu berbeza dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Norzula Mat Diah daripada BN yang bukan sahaja tinggal di kawasan berhampiran sebaliknya seorang yang sangat mesra dan berkhidmat untuk rakyat. "Saya datang ke sini pada tahun 1989 dan menjadi penyokong kuat Pas ketika kali pertama mengundi setahun selepas itu lalu terus berjuang bersama Pas tetapi pemimpin atasan pula tidak melakukan kerja. "Saya sokong Pas sebab Tok Guru (Datuk Nik Aziz Nik Mat) tetapi lama-kelamaan saya tengok apa yang Pas lakukan semua tidak betul, malah mereka meniru apa sahaja yang UMNO lakukan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. Bikri Samad, 50, berkata, meskipun baru hendak menjadi ahli UMNO namun sejak beberapa tahun lalu dia bersama keluarga sudah jatuh hati dengan sikap pemimpin UMNO yang cakna kepada rakyat dan sentiasa memberi sokongan. "Jadi kali ini saya akan mengisi borang untuk menjadi ahli UMNO supaya penduduk kampung lain percaya kerana memang selama ini saya sudah memilih UMNO dan menyokongnya," jelasnya. Sementara itu, seorang ibu tunggal, Rohani Yahya, 47, berkata, dia memilih menjadi ahli UMNO sebagai ucapan terima kasih kepada pelbagai bantuan yang diterimanya daripada Kerajaan Pusat. "UMNO tidak pernah mengabaikan saya dalam apa sahaja perkara. Saya dapat bantuan kebajikan untuk ibu tunggal, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai lagi bantuan persekolahan untuk anak-anak. "Kali ini sokongan saya kepada BN. Saya akan memberi undi kepada calon BN dalam pilihan raya nanti untuk membalas budi mereka," katanya. Ahli Pas sejak 1989, Suhaibah Abdul Rahman, 43, berkata, dia kecewa dengan Kerajaan Pas Kelantan yang langsung tidak pernah memberi sebarang bantuan serta menjaga kebajikan keluarganya. "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikan durian runtuh kepada semua peneroka dan banyak lagi. Ini semua saya hargai dan bersyukur kerana dapat membantu keluarga saya. "Saya tidak pernah merasa sedikit pun bantuan daripada Pas Kelantan, tidak kiralah dalam apa bentuk sekalipun," ujarnya. – UTUSAN Artikel disiar pada April 3, 2013 - 9:26 pm oleh Darlina Shasha |
Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search - Blogger Posted: 02 Jan 2014 12:00 AM PST 4 Penjenayah Sempat Sahur Di Rumah Peneroka FELDAGUA MUSANG – Empat penjenayah sempat bersahur di rumah sebuah keluarga yang dipecah masuk sebelum mereka bertindak melarikan wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM15,000 di Rancangan Felda Chiku 1 di sini awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, penjenayah berkenaan turut bertindak kejam dengan mengikat tangan lima anggota keluarga berkenaan sebelum meninggalkan mereka. Menceritakan detik cemas itu, Ab. Hani Mamat, 38, berkata, kejadian berkenaan disedari isterinya, Hasro Mohzin, 34, yang ternampak kelibat penjenayah berkenaan sedang berlegar-legar di ruang tamu ketika mereka sedang tidur di situ. Kata beliau, isterinya kemudian memaklumkan kepadanya sebelum dia bangun dan pergi ke arah penjenayah berkenaan. "Tiba-tiba suspek mengeluarkan parang dan mengacukan ke leher saya sebelum mengikat tangan saya, isteri dan seorang adik ipar, Azizul, 21, serta mengarahkan kami duduk di ruang tamu. "Pada masa sama, dua daripada suspek masuk ke bilik bapa mertua saya, Mohzin Abdullah, 60, yang sedang nyenyak tidur. Dia cuba melawan tetapi tidak berdaya lalu diikat tangannya bersama ibu mertua, Ramlah Arifin, 51, dan seterusnya kami dikumpulkan di ruang tamu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. Menurut Ab. Hani, kesemua suspek kemudian merampas barang kemas dipakai ibu mertua, wang tunai berjumlah RM4,000, beberapa utas rantai emas dan dua buah komputer riba. "Mereka kemudian pergi ke dapur dan makan juadah yang kami sediakan untuk bersahur sebelum bergegas keluar menerusi pintu dapur. "Mengikut dialek percakapan, empat penjenayah itu dipercayai warga Indonesia," katanya. tetapi kami semua bernasib baik tidak diapa-apakan walaupun menerima beberapa kali ugutan jika berbuat bising," katanya. Mohzin berkata, kejadian itu merupakan kali ketiga melibatkan keluarganya termasuk dua daripadanya berlaku pada tahun ini. Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan siasatan lanjut akan dijalankan. – Utusan Malaysia Artikel disiar pada July 24, 2013 - 3:51 pm oleh Nor Azlina Shaari |
You are subscribed to email updates from felda chiku - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |