{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Serah kepada kebijaksanaan pemimpin BN

Posted: 31 Jan 2014 06:44 PM PST

HULU LANGAT 1 Feb. - Keputusan Barisan Nasional (BN) bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang perlu diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pucuk kepemimpinan parti itu untuk menentukannya.

Pengerusi Biro Publisiti Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, jika parti memutuskan untuk bertanding, rakyat juga wajar menyerahkan kepada pemimpin tertinggi BN membuat keputusan sama ada mahu meletakkan calon daripada MCA atau UMNO.

Katanya, Dewan Tertinggi BN akan menentukan keputusan berkenaan dalam mesyuaratnya selepas pengumuman tarikh PRK DUN Kajang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Februari ini. - UTUSAN ONLINE

Dr. M: Beri peluang MCA di Kajang

Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST

NAJIB Tun Razak dan isteri Rosmah Mansor, bersama Muhyiddin Yassin serta isteri, Noorainee Abdul Rahman, Dr. Mahathir Mohamad dan Mah Siew Keong (dua dari kanan) bersama-sama menggaul Yee Sang semasa Majlis Rumah Terbuka Gerakan sempena Tahun Baru Cina di Menara PGRM, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang supaya memberikan peluang kepada MCA untuk berkhidmat dan mewakili mereka semula di peringkat negeri.

Beliau berkata, parti itu berhak diberikan peluang kerana telah berjuang bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk membela nasib rakyat selepas mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada tahun lalu.

"Saya berpendapat Barisan Nasional (BN) wajar bertanding dan tidak memberikan laluan mudah kepada pihak lawan untuk menang di DUN Kajang.

"Apa yang dilihat kini, MCA mahu menarik semula sokongan daripada pengundi dan parti itu wajar diberikan peluang," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka MCA sempena Tahun Baharu Cina di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang akan diadakan selepas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Tindakan PKR dan Anwar itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk rakyat yang mempersoalkan kewajaran langkah tersebut dalam keadaan rakyat terbeban dengan peningkatan harga barang dan kos sara hidup pada masa ini.

Pencapaian MCA mula merosot sejak pilihan raya umum 2008 apabila berlaku penolakan oleh pengundi Cina sehingga menyebabkan parti itu hanya memenangi sebanyak 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi negeri pada tahun berkenaan, jauh lebih sedikit berbanding 32 kerusi parlimen dan 70 kerusi negeri pada pilihan raya umum 2004.

Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, MCA terus mengalami kekalahan apabila hanya memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat