Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 26 Mar 2014 03:31 PM PDT Jika remaja lain lebih gemar keluar melepak bersama rakan, gadis berusia 19 tahun ini akan meluangkan masa di studio bapanya menjalani rutin kecergasan kickboxing yang sudah sebati dengan jiwanya. Tingkah lakunya matang kerana saban hari bergaul dengan pelajar bapanya, Prof Dr Abdul Razak Othman yang mengikuti kelas Muay Thai dan menjadi kegilaan warga kota yang menginginkan gaya hidup aktif. Walaupun lasak, anak tunggal berdarah campuran Jawa dan Cina itu tetap bergaya ranggi dengan rambut panjang hingga ke pinggang, selain gemar mengenakan aksesori, sekali gus mencerminkan kewanitaannya. Saya masih lagi memakai skirt, kasut tumit tinggi dan gemar bersolek. Kebanyakan peminat aktiviti ini adalah gadis feminin yang tertarik mendalami seni mempertahankan diri. Bukan hanya latihan untuk mahir kickboxing, bapa juga menggalakkan saya belajar silat yang juga membabitkan penggunaan senjata supaya warisan Melayu tidak ditelan zaman, katanya yang mesra disapa Puteri. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |