felda jengka - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda jengka - Google Blog Search |
Kamalati Aida: Zaliki Dan Hanis di <b>Felda Jengka</b> Satu. Posted: 04 Feb 2014 11:18 AM PST Bisingnya si Moon terjerit-jerit nak masuk. Betul-betul menganggu tidur ku. Tak boleh berenggang betul dengan ke tiga-tiga anaknya. Macam nak runtuh zing rumah dibuatnya...... . Gara-gara dah terjaga .....aku sambunglah kembali kisah pasangan Zaliki dan Hanis ni....Kali ini kami 7 buah kereta berkomboi menuju ke Temerloh pada pagi 29hb Novembar 2013. Laluan ini sudah menjadi kebiasaan bagi aku dan famili sejak menjenguk Almarhumah Mak Esah dahulu.........Sg. Pahang di BERA Perjalanan kami juga terganggu oleh kejadian Kemalangan Jalan raya.... mengekori kumpulan lori membawa kayu Balak sepanjang jalan. Risau juga kerana lama dan kami pun berkomboi. Rasa jemu di jalan tambah pula buka jalan yang kecil begitu sukar untuk memotong deritan lori berat ini. Sampai di Kg. Buntut Pulau kami melajukan kenderaan kerana dapat memotong Deritan lori balak. akhirnya kami berehat sementara di sini....Temerloh rumah sepupu suami ku Ijam. kami dilayan mesra. Terima kasih semua ahli kerabat di Temerluh...Idah( isteri Ijam) dan Mila kakak Ijam serta anak-anak. Bermacam-macam juadah tersedia. Terima kasih Mila dan Idah....bersusah payah menyediakan kami makanan. Macam best je.... Sepanjang perjalanan ke Jengka satu lama juga kami ditemani oleh pelangi senja. Inilah homestay tempat kami menumpang. Pagi 30 Novembar 2013...... Rumah tumpangan kami....langit mendung pagi ini. Waktu Sarapan pagi..... Sempat juga kami mengambil gambar kenangan. Kami bergambar ramai bersama Pengantin Lebatkan hujan ?. Berderai menyentuh deras ke Daun Kunyit. Pengantin kami basah oleh hujan yang tidak dapat dibendung. Hujan berenti sekejab...memberi ruang untuk kami menjamah hidangan Sayu Ayah Hanis (Hj. Ibrahim ) untuk meninggalkan anak perempuannya di rumah mertuanya. Bersalaman dengan keluarga Zaliki sebelum kami pulang. Berduyun-duyunlah kami menuju ke kereta balik ke Muar ...sementara aku menuju ke Gambang untuk bertemu dengan Hafiz anak ke 2 ku. Tinggal lah Hanis ku Sayang di Felda Jengka Satu Pahang.........!. |
You are subscribed to email updates from felda jengka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |