{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai tengi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai tengi - Google Blog Search


Haji Khairudin Sempurnakan Majlis Penutup Program Bakti Siswa <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2014 04:10 AM PST

Haji Khairudin Sempurnakan Majlis Penutup Program Bakti Siswa Di FELDA Sungai Tengi

IMG-20140216-WA0004

PROGRAM Bakti Siswa Sukarelawan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertempat di FELDA Sungai Tengi bermula pada 13hb Februari telah berakhir pada 16hb Februari 2014 lalu dan program ini telah berjaya melibatkan 220 orang mahasiswa/i UPSI.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang berjalannya Program Bakti Siswa oleh para mahasiswa/i bersama keluarga angkat FELDA masing-masing adalah; merasai pengalaman sebagai peneroka, sukaneka, tazkirah, BBQ, malam seni budaya, diskusi masyarakat dan motivasi pelajar UPSR dan lain-lain.

Majlis Penutupan Program Baktisiswa Perdana Kolej-Kolej Kediaman UPSI 2014 di FELDA Sungai Tengi telah disempurnakan oleh Pengarah Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri, Tuan Haji Mohamad Khairudin Mohamad.

IMG-20140216-WA0003

IMG-20140216-WA0004

IMG-20140216-WA0005

IMG-20140216-WA0006

IMG-20140216-WA0007

Wartawan: Mohd Radzi

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada February 22, 2014 - 8:10 pm oleh Shazuein Azmaini

Bakti Siswa Bawa Bakal Pendidik Dari UPSI Ke Ladang <b>FELDA</b> <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2014 06:32 AM PST

Bakti Siswa Bawa Bakal Pendidik Dari UPSI Ke Ladang FELDA Sungai Tengi

IMG-20140214-WA0027

PROGAM Bakti Siswa membawa para mahasiswa dan mahasiswi dari Institusi Pengajian Tinggi Awam ke kawasan tanah rancangan FELDA seluruh negara.

Program Bakti Siswa Sukarelawan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di FELDA Sungai Tengi bermula pada 13hb Februari sehingga 16hb Februari 2014 dan melibatkan 220 orang orang mahasiswa/i.

Majlis perasmian telah diadakan pada 13hb Februari dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Datuk Rosni Sohar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang 3 hari berjalannya Program Bakti Siswa oleh para mahasiswa/i bersama keluarga angkat FELDA masing-masing adalah; merasai pengalaman sebagai peneroka, sukaneka, tazkirah, BBQ, malam seni budaya, diskusi masyarakat dan motivasi pelajar UPSR dan lain-lain.

Selepas perasmian program, mereka telah dibawa ke ladang kelapa sawit FELDA Sungai Tengi untuk merasai kehidupan sebagai peneroka FELDA.

Mereka telah diberikan pendedahan pelbagai maklumat tentang ladang kelapa sawit di FELDA serta operasi perladangan.

Para siswa dan siswi UPSI turut merasai pengalaman berada di ladang untuk mengenal buah kelapa sawit dan berkongsi teknik memunggah buah kelapa sawit ke dalam lori.

Jelas, pengalaman kali pertama berada di ladang kelapa sawit memberikan banyak maklumat dan pendedahan baru kepada bakal-bakal pendidik ini.

IMG-20140214-WA0027

IMG-20140214-WA0028

IMG-20140214-WA0029

IMG-20140214-WA0030

IMG-20140214-WA0031

Lain-lain gambar di Galeri.

Wartawan: Mohd Radzi & Nizar Hisham

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada February 15, 2014 - 10:32 pm oleh Shazuein Azmaini

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat