Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- China minta Malaysia beri maklumat pencarian MH370
- Kapal tentera Amerika Syarikat diarah ke Lautan Hindi
- Enam buah kapal tentera India ke Laut Andaman
China minta Malaysia beri maklumat pencarian MH370 Posted: China minta Malaysia beri maklumat pencarian MH370
BEIJING - Kerajaan China semalam mendesak Malaysia mengeluarkan sebarang maklumat yang diperoleh pihak berkuasa negara itu berhubung kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) bagi membantu mengecilkan kawasan carian. Rayuan Kementerian Luar China tersebut menggambarkan para pegawai China semakin kecewa berhubung kekeliruan maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu. Operasi carian kini diperluaskan sehingga ke Selat Melaka di barat Malaysia selepas radar milik Tentera Udara Malaysia mengesan pesawat tersebut kemungkinan berpatah balik. "China merayu kepada kerajaan Malaysia mengeluarkan semua maklumat yang mereka ada berhubung misi mencari ini," kata jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei. "Maklumat itu bukan sahaja membantu China dalam usaha mencari tetapi membantu semua pihak yang terlibat mencari dengan lebih efektif dan lebih tepat," tambahnya. Sebanyak lapan buah kapal milik China kini menyertai usaha mencari yang disertai beberapa buah lagi negara. Sehingga kini operasi mencari pasukan dari China itu telah meliputi kawasan lautan seluas 52,000 kilometer persegi dan bakal meluaskan kawasan carian. - AP | |
Kapal tentera Amerika Syarikat diarah ke Lautan Hindi Posted: Kapal tentera Amerika Syarikat diarah ke Lautan Hindi REUTERS WASHINGTON - Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) kelmarin diarahkan ke Lautan Hindi bagi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) selepas terdapat laporan pesawat berkenaan menghantar isyarat pada sebuah satelit selepas terputus hubungan dengan radar. Fokus usaha pencarian pesawat itu beralih dari Laut China Selatan selepas White House berkata, terdapat maklumat terbaru yang menunjukkan pesawat itu mungkin terhempas di Lautan Hindi. Kapal pemusnah tersebut yang turut dilengkapi dengan sistem peluru berpandu sebelum ini menyertai usaha mencari di Teluk Siam. Sebuah lagi pesawat pemantau AS, P-8 Poseidon juga dihantar bagi menyertai sebuah lagi pesawat AS, P-3 Orion membantu usaha mencari berkenaan. Seorang pegawai tentera laut AS berkata, langkah itu diambil selepas terdapat laporan sistem komunikasi pesawat jenis Boeing 777 berkenaan terus menghantar isyarat kepada sebuah satelit beberapa jam selepas ia terputus hubungan dengan radar. Menurut akhbar Wall Street Journal dan ABC News, isyarat itu datang daripada sistem pengurusan kesihatan pesawat' yang menyediakan aliran data berhubung operasi penerbangan itu. - AFP | |
Enam buah kapal tentera India ke Laut Andaman Posted: Enam buah kapal tentera India ke Laut AndamanDUA anggota tentera wanita Tentera Udara Diraja Malaysia berbincang di dalam pesawat CN235 semasa misi mencari pesawat MH370 di Selat Melaka semalam. NEW DELHI - Tentera Laut India semalam memberitahu, pihaknya telah menggandakan jumlah kapal dan pesawat yang dihantar ke Laut Andaman bagi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu. Jurucakap Tentera Laut India, sebanyak enam kapal dan lima pesawat kini berada di kawasan itu bagi mencari sebarang tanda pesawat itu di Laut Andaman yang mengelilingi Kepulauan Andaman serta Kepulauan Nicobar di tenggara negara itu. "Kami mahu meliputi kawasan ini dan ia sepatutnya dilakukan secara serius," katanya. India sebelum ini telah pun menghantar tiga kapal dan tiga pesawat bagi membantu mencari pesawat MH370 yang hilang sejak seminggu yang lalu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |