Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Pakar persoal pertahanan udara Malaysia
- India nafi MH370 diguna untuk serang negara itu
- Pesawat MH370 mungkin dibawa ke kubu kuat Taliban
Pakar persoal pertahanan udara Malaysia Posted: Pakar persoal pertahanan udara Malaysia
LONDON - Kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu menimbulkan persoalan berhubung kemampuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam menangani ancaman dari udara. Siaran berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, maklumat terbaru bukan sahaja menimbulkan misteri berhubung kehilangan pesawat MH370 tetapi persoalan mengapa TUDM tidak bertindak selepas menyedari kapal terbang tersebut berpatah balik. Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan, radar tentera mengesan sebuah pesawat tidak dikenali yang kemudian disahkan pesawat MH370 berpatah balik dan melintasi semenanjung negara itu. Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil oleh tentera udara negara itu. "Di mana tentera udara ketika semua ini berlaku?" kata bekas juruterbang Tentera Udara Britain dan penganalisis aeroangkasa, Andrew Brookes. "Sejak serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 semua pertahanan udara di seluruh dunia sentiasa berjaga-jaga dengan kejadian rampasan pesawat yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang sasaran tertentu. "Di Malaysia terdapat bangunan penting seperti Menara Berkembar Petronas yang mungkin menjadi sasaran kumpulan pelampau," tambahnya. Ujar Brookes, ketika pesawat MH370 dikesan berpatah balik semasa dalam penerbangan dan mengubah ketinggian secara mendadak ia sepatutnya mencetuskan amaran kepada pihak tentera yang mengendalikan radar. Akhbar The Telegraph melaporkan seorang pakar berkata, kebanyakan negara yang mempunyai pertahanan udara yang canggih akan mengesan pesawat musuh pada jarak beratus-ratus kilometer dan menghantar pesawat untuk memintasnya. TUDM mempunyai beberapa jet pejuang canggih seperti Sukhoi S30, MiG-29N dan F18 serta sering mengadakan latihan bersama tentera udara dari negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand dan Singapura. Di negara di Amerika Utara dan Eropah terdapat kerjasama rapat antara pihak tentera udara dan menara kawalan trafik. Sekiranya radar tentera mengesan satu objek tidak dikenali atau mencurigakan, prosedur normal adalah berhubung dengan menara kawalan untuk pengesahan pesawat. Jika pesawat itu tidak dikenali pihak tentera akan membuat hubungan radio dan sekiranya gagal jet pejuang dengan segera akan dihantar bagi memintas kapal terbang tersebut.- Agensi | |
India nafi MH370 diguna untuk serang negara itu Posted: India nafi MH370 diguna untuk serang negara itu REUTERS NEW DELHI - Kerajaan India menolak laporan kononnya pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu dihalakan ke negara itu untuk tujuan seperti serangan terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001. Menteri Luar India, Salman Khurshid berkata, negara itu tidak menerima sebarang petunjuk tentang serangan seumpama itu. "Saya tak fikir kita pergi sejauh itu. Namun agensi keselamatan akan mengkaji segala kemungkinan," katanya kepada saluran CNN-IBN. Bagaimanapun, beliau menegaskan agensi-agensi keselamatan akan mengkaji segala sudut, dan memberi jaminan India akan berusaha sedaya upaya membantu operasi menyelamat. "Kami akan beri mereka apa yang perlu termasuk sokongan dari segi sumber tenaga, kapal dan kelengkapan. "India membekalkan bilangan terbesar kapal dan kami akan terus berbuat demikian sedaya upaya kami," ujarnya. India merupakan satu daripada beberapa negara yang diminta oleh Malaysia untuk membantu dalam operasi mencari pesawat MAS yang hilang itu. Negara itu terletak di koridor Utara, laluan kemungkinan dilalui pesawat MH370 tersebut selepas ia hilang daripada radar pada 8 Mac lalu. - Bernama | |
Pesawat MH370 mungkin dibawa ke kubu kuat Taliban Posted: Pesawat MH370 mungkin dibawa ke kubu kuat TalibanREUTERS LONDON - Para penyiasat kini menyiasat kemungkinan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu berjaya melepasi sistem radar beberapa negara dan kini berada di sempadan Afghanistan yang merupakan kubu kuat pejuang Taliban, lapor akhbar The Independent kelmarin. Pesawat berkenaan yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China di percayai dilencongkan oleh seseorang yang mahir mengendalikan kapal terbang jenis Boeing 777-200 tersebut. Pihak berkuasa Malaysia difahamkan membuat permohonan diplomatik bagi menyiasat teori bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal tersebut terbang ke salah satu kubu kuat Taliban di sempadan Afghanistan berhampiran barat laut Pakistan. Para pegawai yang terlibat dalam siasatan berkenaan memberitahu permohonan diplomatik penuh diminta kerajaan Malaysia bagi memastikan kebenaran teori pesawat itu diterbangkan ke kawasan tersebut yang tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan. Sebahagian besar selatan Afghanistan dan barat laut Pakistan dikuasai oleh pejuang Taliban. Seorang jurucakap MAS berkata, wilayah berkenaan melibatkan bidang kuasa tertentu di mana pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Penerbangan Awam perlu mendapatkan kebenaran. "Wilayah ini terletak di Pakistan dan Afghanistan dan kami tidak boleh menyiasat dakwaan tersebut tanpa mendapat kebenaran daripada kedua-dua negara itu,'' katanya. Wilayah tersebut mempunyai pertahanan udara yang ketat dan turut mempunyai beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain. Bagi sesebuah pesawat komersial melintasi kawasan itu tanpa dikesan radar memerlukan satu peralatan navigasi yang canggih selain kemahiran tinggi juruterbang. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |