Kosmo Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Hunny sanggup ambil risiko
ENAM tahun bagi Hunny Madu sudah cukup untuk menggalas tugasan sebagai penyampai radio Fly FM dan Hot FM. Hunny atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd. Hatim, 29, akhirnya melepaskan tugasannya itu pada 31 Disember lalu. Ia adalah bagi menumpukan perhatiannya pada bidang nyanyian dan syarikat produksi milik keluarga, MTertain Sdn. Bhd. "Saya bermula sebagai penyampai radio dan ia tempat yang bagus untuk mengasah bakat. Kalau tak jadi penyampai radio, mungkin saya tiada peluang jadi hos program seperti Nasi Lemak Kopi O dan Versus. "Bagaimanapun, sebelum umur 30 tahun, saya buat keputusan untuk fokus menyanyi, dan ia lebih baik jika saya tidak terikat dengan mana-mana stesen radio. "Kalau kita menyanyi dan juga menjadi penyampai radio, muzik kita akan mati. Jadi, saya korbankan kerjaya radio untuk jadi penyanyi," ungkapnya ketika ditemui pada majlis pelancaran suatu jenama barangan kemas di KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini Memilih untuk menyanyi daripada menjadi penyampai radio, Hunny mengakui risikonya. Namun, dalam hidup dia perlu mengambil risiko itu. "Ada orang cakap lebih baik saya jadi penyampai radio daripada menyanyi. Saya ambil sebaris bait lagu Oh Chentaku sebagai kekuatan iaitu 'baik mati mencuba, jangan mati kecewa'. "Semua benda saya buat kerana minat tetapi apabila kita sudah kurang minat, baik undur diri daripada beri kesan kepada pasukan," akuinya yang mencintai dunia nyanyian lebih daripada dunia penyampaian radio. Selama ini, Hunny tidak berpeluang serius dengan nyanyian sebab sibuk dengan komitmen pada radio. Jadi, dia korbankan kerjaya di radio demi mencapai impiannya untuk bergelar penyanyi. "Selain tu, saya juga kini bergelar penerbit bagi syarikat produksi milik keluarga iaitu MTertain Sdn. Bhd. yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu. "Kami menghasilkan program-program untuk stesen-stesen TV. Setakat ini kami sudah terbitkan dua program iaitu Raikan Cinta dan Destinasi Ria," kongsinya lagi. Anak Sheila Majid Bakal melancarkan album mixtape pada April depan, Hunny memilih untuk berkolaborasi bersama anak penyanyi hebat, Sheila Majid iaitu Kayda Aziz. "Album mixtape ini dibuat untuk promosi sahaja. Maksudnya ia percuma. Album yang berjudul Go Hard Or Go Stan ini menampilkan dua penyanyi rap wanita iaitu saya dan Kayda. Ia akan dilancarkan pada bulan April depan. "Di Malaysia, belum ada penyanyi rap wanita terutama sekali yang bergabung dalam satu album yang sama. "Kayda merupakan seorang penyanyi rap wanita yang berbakat dan kebetulan, sambutan hari jadi kami berdua pada bulan April. Jadi, sangat sesuai album ini dilancarkan pada bulan April," jelas ibu kepada seorang anak perempuan yang kini berusia setahun, Eva Medina. Selain menyanyi dan bertindak sebagai penerbit syarikat produksi keluarga, Hunny juga masih menjadi pengacara TV untuk program Nasi Lemak Kopi O dan Hip TV. Kata Hunny, dia suka menjadi pengacara TV kerana sentiasa didedahkan dengan maklumat baharu. "Saya sentiasa berminat menjadi pengacara TV. Menerusi Nasi Lemak Kopi O, saya didedahkan dengan intipati mengenai Malaysia. "Ia membuatkan saya tahu banyak perkara yang saya tidak tahu selama ini," hujahnya yang kini sudah tiga tahun bersama Nasi Lemak Kopi O dan setahun bersama Hip TV. Hati hancur Terlanjur berkongsi cerita mengenai kerjaya, Hunny turut ditanya mengenai anak perempuannya, Eva. Tidak menolak Eva juga menjadi salah satu punca dia meninggalkan kerjayanya di radio, kata Hunny, baru-baru ini hatinya hancur kerana buat pertama kalinya Eva dimasukkan ke hospital kerana demam virus. "Anak saya baru lepas baik daripada demam virus. Sebagai ibu, hati saya memang hancur melihat anak saya dimasukkan ke hospital buat pertama kalinya," ujarnya. Menguis rasa sedihnya yang tiba-tiba hadir itu, kongsi Hunny lagi mengenai Eva, anaknya itu sudah peka dengan persekitaran dan petah berbicara sepertinya. | |
Posted: Eina diikat tanpa kontrakOleh KHAIRUL AMRI HASSAN
SUASANA ketika sesi temu bual Eina Azman bersama media berlangsung sedikit tegang. Dia ditemui ketika sidang akhbar tayangan perdana filem Zombi Kilang Biskut di 1Utama, Petaling Jaya, Selangor, Selasa lalu. Eina lebih banyak mengunci mulut daripada melatah, tambahan dia didampingi oleh kakak-kakaknya serta dua wanita lain sebelum dia memberikan 'lampu hijau' butir bicara yang boleh diperkatakan. Menurut laporan beberapa buah akhbar mingguan Ahad lalu, Eina didakwa nekad melarikan diri dari set penggambaran filem Kuntilanak Ciliwung di Jakarta, Indonesia. Menurut penerbit Sheunik Sdn. Bhd., Richard Ung, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 19, dijadualkan berada di Jakarta dari 19 Februari hingga 4 Mac. Bagaimanapun, pelakon muda itu mendesak untuk pulang ke Kuala Lumpur bagi mempromosi filem lakonannya, Zombi Kilang Biskut pada 4 Mac lalu. Tanpa persetujuan pihak produksi, Eina telah pulang ke Kuala Lumpur pada 24 Februari lalu dan mendiamkan diri walaupun dia dihubungi banyak kali. Apakah penjelasan Eina berhubung perkara itu? Ikuti temu bual Eina bersama Kosmo!. Kosmo!: Adakah benar dakwaan Eina lari dari set penggambaran filem Kuntilanak Ciliwung di Jakarta tanpa sebab yang masuk akal? EINA: Sedikit yang saya boleh katakan, saya tidak diberi kontrak. Bayangkan, bagaimanakah saya mahu meneruskan penggambaran. Saya bekerja di negara orang, kalau apa-apa terjadi, siapa yang mahu bertanggungjawab dan apakah jaminan saya? Selain itu, saya juga disuruh berlakon aksi-aksi (panas) di atas katil. Berdasarkan skrip, saya perlu melakonkan babak-babak tersebut. Khabarnya, Eina dimaki hamun di set penggambaran sehingga membabitkan pelbagai isu dua buah negara. Benarkah? Saya bukan tak mahu cakap apa-apa tapi saya belajar daripada kesilapan lepas dan saya memang perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Takut tersalah cakap nanti saya yang kena teruk. Buat masa sekarang saya mendiamkan diri dulu dan biarkan perunding saya yang akan bercakap. Bilakah Eina sendiri yang akan mengeluarkan kenyataan bagi memperbetulkan keadaan? Bukan sekarang. Saya akan aturkan sebuah sidang akhbar untuk menjelaskan semua perkara yang telah terjadi. Nanti nampak macam semua perkara salah saya yang buat, macam kes sebelum ini. Walaupun perkara betul sekalipun orang akan nampak buruknya pada saya. Apakah yang boleh Eina simpulkan dalam masa terdekat ini sebelum tibanya hari sidang akhbar? Saya sudah melantik abang Usop Wilcha sebagai perunding saya. Saya tidak suka orang cakap macam-macam pasal saya dan selepas timbul isu itu, ramai produser menghubungi saya bertanyakan hal sebenar. Selama 13 tahun saya berlakon, sampai hari ini saya tidak pernah melarikan diri dari set penggambaran dan tidak akan bising tanpa sebab. | |
Posted: Aidid tinggalkan TV3Oleh IZWAN MOHD. ISA AIDID kini menubuhkan syarikat penerbitan iklan. TANGGAL 17 Mac 2014 bakal membawa perubahan yang besar dalam diri pengacara dan personaliti TV3, Aidid Marcello, 34, apabila dia mengambil keputusan untuk meninggalkan stesen televisyen tersebut setelah 16 tahun berkhidmat di sana. Ketika ditemui pada majlis pelancaran program Terima Kasih Sayang di Restoran Talent Lounge, Damansara Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini, bapa kepada empat orang cahaya mata itu ternyata sudah bersedia untuk meletakkan jawatan Eksekutif Produser Pemasaran Kreatif TV Networks yang disandangnya di TV3. Katanya, walaupun berat hati untuk meninggalkan TV3, namun ini merupakan masa yang paling sesuai bagi memberikan nafas baharu dalam perkembangan kariernya. Dalam temu bual yang diadakan, Aidid turut berkongsi perancangan masa hadapan dan cerita di sebalik sokongan yang diterima daripada isteri tercinta, Norzie Pak Wan Chek. Kosmo!: Mengapa Aidid mengambil keputusan untuk meninggalkan TV3? AIDID: Pada pendapat saya, sudah tiba masanya untuk saya berubah angin dan bergerak secara sendiri setelah 16 tahun berkecimpung dalam bidang penyiaran. Selain faktor umur, saya turut mengambil kira aspek karier dan menginginkan perubahan dalam kerjaya saya. Apakah perasaan Aidid sebelum membuat keputusan yang drastik ini? Sejujurnya, saya berasa sungguh berat hati untuk meninggalkan TV3. Dari zaman belajar (bersama Akademi TV3) sehinggalah saya sudah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, hampir separuh perjalanan hidup saya dihabiskan bersama TV3. Lagipun, saya memang minat dalam bidang pernyiaran tetapi apabila difikirkan tentang masa hadapan, saya harus berpegang pada keputusan saya. Bagaimanakah reaksi isteri apabila dia mendapat tahu yang Aidid ingin meninggalkan TV3? Pada mulanya dia begitu keberatan untuk membenarkan saya meletakkan jawatan kerana saya mempunyai kerja dan pendapatan yang tetap. Namun, lama kelamaan dia mulai faham dan menyokong keputusan saya. Bagaimanakah pula hubungan Aidid dengan Media Prima selepas ini? Alhamdulillah, hubungan saya dengan Media Prima masih berjalan dengan baik. Kontrak pengacaraan untuk rancangan Hip TV di TV9 masih berjalan hingga akhir tahun ini. Dalam tahun ini juga, saya masih akan muncul sebagai pengacara untuk rancangan Soccer Kids untuk TV3. Jadi, Aidid masih bebas untuk muncul di mana-mana stesen televisyen di bawah Media Prima sebagai pengacara? Ya, jika khidmat saya sebagai pengacara masih diperlukan, saya akan menerimanya dengan hati terbuka. Apa perancangan Aidid selepas meninggalkan TV3? Menerusi syarikat produksi saya, Mindques Productions Sdn. Bhd., saya akan menerbitkan iklan-iklan bagi siaran di televi- syen serta video- video korporat untuk syarikat tempatan. Iklan pertama yang diterbitkan oleh syarikat saya ialah iklan untuk syarikat tudung Fareeda. Selain menerbitkan iklan untuk siaran televisyen, apakah perancangan lain untuk syarikat Aidid? Saya berminat untuk menerbitkan rancangan dokumentari berbentuk majalah. Kebanyakan stesen televisyen di Malaysia kurang menyiarkan rancangan-rancangan sedemikian. Justeru, apa salahnya untuk mencuba sesuatu yang baharu bagi pasaran dunia penyiaran tempatan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |