Kosmo Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Hiburan |
- Harapan baharu Sarimah Ibrahim
- Big Bang kekal popular
- Ajai terpilih cipta lagu World Cup Brazil 2014
Harapan baharu Sarimah Ibrahim Posted: Harapan baharu Sarimah Ibrahim
PENGALAMAN kadang kala merupakan guru yang terbaik dalam membentuk diri kita menjadi seorang yang matang mengharungi liku-liku kehidupan. Itulah ungkapan kata-kata emas yang dilontarkan oleh selebriti berdarah kacukan Irish-Melayu, Sarimah Ibrahim. Walaupun pernah gagal melayari bahtera kehidupan rumah tangga sekitar lima tahun dahulu, ia bukan menjadi penghalang untuk Sarimah menerima orang baharu dalam kehidupannya. Mengakui perasaan sedikit cemas dan serik untuk berpasangan, Sarimah bagaimanapun cuba memberanikan diri untuk menerima Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra disapa Jamie dalam kehidupannya. Tempoh perkenalan yang singkat iaitu tiga bulan sudah mampu membuat pasangan ini serasi bagaikan sudah lama bersama. Pertemuan mereka berlaku secara kebetulan. Sarimah berkata, ada sedikit kelainan pada diri Jamie yang membuatkan dirinya terbuka hati untuk menerima kembali cinta lelaki. "Ada sedikit kelainan pada diri Jamie. Dia merupakan seorang yang penyayang dan memahami. Dia cukup lengkap bagi saya. Kami juga banyak berkongsi persamaan bersama dan persamaan itulah yang membibitkan perasaan cinta antara kami berdua. "Namun, pada masa yang sama juga masih dalam proses saling mengenali antara satu sama lain. Kami tidak ingin terlalu gopoh bila berbincang mengenai hal ini kerana ia melibatkan banyak pihak termasuk ibu bapa kami," ujar Sarimah yang ditemani Jamie ketika segmen khas Desperately Seeking Sarimah (#DSS) bersama Mix FM di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. Mengambil masa lima tahun untuk mencari pengganti, Sarimah mengakui dia agak takut dan serik untuk bercinta lagi. Baginya, pengalaman bersama bekas suami, Andrew Browning Abdullah menjadikan dia berhati-hati mengatur langkah terutamanya melibatkan teman hidup. "Saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai teman hidup apatah lagi untuk berkahwin lagi. Saya rela mengambil anak angkat sebagai peneman hidup. Namun, segalanya berubah selepas kedatangan Jamie. "Dia memberi harapan baharu dan merubah pemikiran serta perspektif saya mengenai kehidupan dan saya senang bersamanya. Berkongsi minat dan hobi yang sama buat saya lebih rapat dengannya," ujar pelakon yang pernah membintangi filem Janji Diana itu. Dedah kekasih Mengulas mengenai sebab pelantun lagu Kini Kau Tiada itu ingin mendedahkan kekasihnya, Sarimah berkata, dia ingin mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Baginya biarlah dia jujur sebelum spekulasi tidak baik timbul. "Biarlah saya uar-uarkan perkara ini sebelum ia menjadi fitnah, saya tidak mahu orang ramai menyalah ertikan hubungan kami selepas ini. Apabila semua sudah jelas, Insya-Allah segalanya akan menjadi baik. "Saya sedar risiko apabila mendedahkan hubungan kami kerana ia begitu singkat, namun adakalanya risiko itu perlu dihadapi untuk mengecapi masa depan yang diingini," ujarnya. Sarimah menambah, pada mulanya dia ingin merahsiakan perhubungannya namun memandangkan dia merupakan selebriti, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan demi menjaga hati semua pihak terutamanya kekasihnya, Jamie.
Bercerita mengenai titik tolak kepada pendedahan kekasihnya yang juga cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Sarimah berkata, Desperately Seeking Sarimah (#DSS) di Mix FM merupakan antara sebab utama dia mendedahkan kekasihnya itu. Segmen DSS yang dikendalikan oleh Deejay Rod Monteiro itu telah merangka sebuah program untuk mencari teman kepada Sarimah dan pemenang akan berpeluang untuk makan malam bersama selebriti itu. Segmen tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada peminat apabila disertai lebih 400 penyertaan daripada seluruh dunia. Empat finalis yang telah terpilih menampakkan kesungguhan mereka untuk menawan hati Sarimah dan daripada situ segalanya berubah. "Ketika program tersebut berlangsung, saya berada di Hong Kong, China. Setelah pulang, saya amat terkejut apabila Rod memberitahu saya supaya memilih finalis yang telah disenarai pendekkan. "Saya tidak sangka, pada masa yang sama saya mulai sedar perkara ini bukannya main-main dan saya terpaksa meminta maaf secara baik kepada finalis itu dan mendedahkan bahawa hati saya telah berpunya," katanya. Serik bersuamikan orang putih. Sarimah memberitahu, dia kini sudah serik berkahwin dengan lelaki warga asing. Perbezaan budaya dan kehidupan merupakan antara elemen yang penting baginya kini. "Pada mulanya saya tidak kisah siapapun yang akan menjadi suami saya kerana saya percayakan jodoh, tetapi pada masa yang sama pengalaman bersuamikan orang luar sememangnya mengajar saya. "Persamaan budaya sangat penting dalam memastikan kebahagiaan dan kefahaman dalam perhubungan suami isteri terjalin dengan penuh harmoni," ujarnya. Sarimah menambah, kekasih baharunya, Jamie merupakan seorang lelaki Melayu dan sudah biasa dengan kehidupan dan sosiologi di Malaysia. Permasalahan seperti silang budaya tidak menjadi masalah kepadanya. "Saya bersyukur akhirnya saya ditemukan dengan jejaka Melayu, ramai orang mengatakan bahawa saya hanya memilih lelaki berkulit putih sahaja untuk dijadikan suami, tapi pandangan mereka salah. "Saya lebih selesa sebenarnya jika bakal suami saya terdiri daripada orang Melayu sahaja," ujarnya yang bakal muncul dengan sebuah single berjudul You On My Mind. bersama penyanyi dan penulis lirik terkenal Eropah, Simon J Bailey. Jamie bersedia Dalam pada itu, kekasih Sarimah yang setia menemaninya di sisi, Jamie tersenyum ketika ditebak dengan persoalan kesediaannya untuk menerima selebriti dalam kehidupannya. Jamie sebelum ini mengaku dia tidak pernah mengenali Sarimah secara peribadi, namun dalam masa singkat dia cuba untuk memahami hati kekasihnya itu. "Memandangkan saya sudah lama berada di luar negara untuk menamatkan pengajian di sebuah Universiti di West Sussex, United Kingdom, saya tidak tahu menahu pasal perkembangan dia apatah lagi dunia hiburan. "Namun setelah mula mengenalinya, saya mula membuat kajian mengenai latar belakangnya dan cuba memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni. "Dia merupakan selebriti, saya perlu faham dia bukan milik saya sahaja dia milik semua orang terutamanya peminatnya. Saya juga cuba untuk memahami kerjaya dia," ujar jejaka yang berusia 42 tahun itu. | ||
Posted: Big Bang kekal popularOleh HARYATI KARIM
HUJUNG minggu lalu, dalam keadaan Kuala Lumpur menghadapi masalah jerebu dan hujan renyai, bukan satu halangan untuk peminat setia kumpulan terkenal Korea Selatan, Big Bang untuk berkumpul di Sunway Surf Beach, Sunway Lagoon, Selangor hanya untuk menyaksikan konsert Thinking of You Fan Meeting Show. Meskipun hanya tiga orang anggota kumpulan Big Bang iaitu G-Dragon, Taeyang dan Seungri yang datang membuat persembahan, peminat sudah mula berbaris di hadapan pintu masuk sejak tengah hari lagi. Apabila pintu masuk dibuka pada pukul 6 petang, peminat sudah berpusu-pusu masuk untuk berebut tempat di hadapan pentas meskipun konsert hanya bermula pada pukul 7 petang. Seramai lima ribu peminat bersorak sebaik G-Dragon, Taeyang dan Seungri muncul di pentas pada pukul 7 petang. Persembahan dimulakan dengan sesi permainan antara mereka bertiga dan peminat yang terpilih. Dalam permainan yang dinamakan Dress Up itu, mereka digandingkan dengan peminat wanita dan harus memakaikan peminat dengan kostum dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Ramai peminat menjerit dan tidak kurang ada yang cemburu apabila Taeyang memeluk mesra peminatnya ketika mengambil gambar di atas pentas. Seungri juga mencuri tumpuan apabila dia menyanyikan lagu Happy Birthday untuk peminatnya. TAEYANG memberi sebuah persembahan bertenaga. Sebaik sesi permainan tamat, peminat terus dihiburkan oleh Taeyang dengan barisan lagu Superstar, I Need A Girl, Only Look At Me dan Ringa Linga sambil diiringi sorakan gembira dari pengunjung yang hadir. Sebelum mengakhiri persembahannya, Taeyang sempat menyatakan perasaan terujanya kerana berpeluang bertemu semula dengan peminatnya di sini selepas konsert besar Big Bang yang diadakan pada tahun 2012. "Saya berharap akan kembali ke Malaysia dalam masa terdekat,"ujar Taeyang. Sejujurnya persembahan daripada Taeyang tidak pernah mengecewakan. Vokalnya yang mantap dan persembahan yang penuh energetik sentiasa menarik perhatian peminat. Usai Taeyang meninggalkan pentas, giliran Seungri pula mengambil alih segala tumpuan. Meskipun suaranya serak kerana sakit tekak dan terdapat beberapa lagu yang dinyanyikan kelihatan seperti miming, peminat terus bersorak tanpa mempedulikan mutu vokal Seungri. Antara lagu yang didendangkan Seungri ialah Let's Talk About Love, Gonna Talk To U, Strong Baby, GGBE dan What Can I Do. Sudah pasti bintang yang paling dinanti adalah G-Dragon yang muncul selepas itu. Aura dan kehangatan yang dibawakan G-Dragon sangat berbeza, memulakan persembahan dengan lagu One Of A Kind, Michigo, Crayon dan Crooked, G-Dragon cukup bijak dalam membuat persembahan. SEGMEN Dress Me Up yang menyaksikan tiga peminat bertuah tampil di atas pentas bersama tiga anggota Big Bang. Peminat tidak berganjak sedikipun walaupun ketika persembahan G-Dragon hujan turun dengan lebatnya. Mereka tidak peduli andai pakaian mereka basah kerana fokus mereka hanya pada G-Dragon yang lihat menyanyi dan menari di atas pentas. Selesai persembahan solo masing-masing, Taeyang, Seungri dan G-Dragon kemudiannya meneruskan persembahan bertiga dengan lagu Let's Talk About Love dan Bad Boy manakala lagu berhantu mereka Fantastic Baby dinyanyikan pada akhir persembahan. Walaupun tanpa kehadiran dua lagi ahli iaitu Top yang sibuk menjalani penggambaran filem dan Daesung yang sibuk membuat persiapan untuk album dan konsert solonya di Jepun, tetapi ketiga-tiga mereka tetap bertenaga hingga ke akhir konsert. Aura kumpulan Big Bang tidak berkurangan dan persembahan ini benar-benar mengubat kerinduan peminat terhadap Big Bang. | ||
Ajai terpilih cipta lagu World Cup Brazil 2014 Posted: Ajai terpilih cipta lagu World Cup Brazil 2014Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA AJAI gembira menyambut ulang tahun kelahiran ke-39 bersama keluarga dan rakan-rakan. AHAD lalu, penyanyi dan komposer popular, Ajai mengadakan sambutan ulang tahun ke-39 di restoran Subak, Kuala Lumpur. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |