{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Kalis provokasi

Posted:

Kalis provokasi

Kalis provokasi

SABTU lalu, suasana meriah di dalam Auditorium 1, Universiti Antarabangsa UNITAR, Kelana Jaya, Selangor bertukar sedikit bungkam tatkala kelibat pelakon tinggi lampai, Diana Danielle masuk ke ruang acara sambil diiringi oleh adik iparnya, Fadzil Zahari.

Tidak hanya tampil berdua, ekor mata puluhan tetamu yang hadir pada majlis tayangan amal filem animasi SuperSquad anjuran Netcarbon Sdn. Bhd. itu tertancap kemas pada susuk tubuh bayi lelaki yang sedang dikendong erat oleh Fadzil.

Bayi kecil itu ialah Muhammad, anak sulung Diana dan suaminya, pelakon Farid Kamil yang kini berusia sembilan bulan. Itu merupakan kali pertama Diana membawa cahaya mata kesayangannya menghadiri majlis rasmi yang melibatkan kehadiran pihak media.

Namun begitu, apabila menyedari lampu denyar jurufoto mula menyimbah untuk merakamkan detik-detik kehadiran mereka, Fadzil dilihat bergegas membawa Muhammad keluar meninggalkan auditorium tersebut sebelum majlis yang dihadiri mereka tamat.

Ketika meminta untuk bergambar bersama Muhammad usai majlis itu, Diana, 23, memohon maaf kerana dia belum bersedia untuk membuka ruang kepada anaknya muncul di mana-mana media.

Tidak selesa

"Minta maaf banyak-banyak. Saya bukan membawa Muhammad 'lari' daripada media. Saya cuma tidak selesa apabila jurufoto mula merakamkan gambar kami bertiga sebentar tadi," ujarnya sambil tersenyum.

"Apabila tiba masa yang sesuai, saya dan Farid pasti akan mengumumkannya kepada pihak media," kata pelakon yang pernah popular menerusi filem muzikal Magika itu.

Ditanya mengapa membawa Muhammad bersama ketika menghadiri majlis rasmi sedangkan dia enggan untuk mempertemukan anaknya itu dengan pihak media, jawab Diana, dia terpaksa berbuat demikian kerana tiada sesiapa yang dapat menjaga anaknya ketika itu.

"Saya terpaksa membawa Muhammad bersama kerana pengasuhnya sedang bercuti.

FIGURA jelita ini menghidupkan karakter Elly dalam filem animasi, SuperSquad.


"Sepatutnya Farid yang mengambil alih tugas penjagaan tetapi kebetulan dia diserang demam.

"Justeru, saya terpaksa membawanya bersama bagi menghadiri majlis tayangan amal filem SuperSquad," kata Diana yang turut menjadi salah seorang pelakon yang meminjamkan suara bagi filem animasi tersebut.

Kehidupan seimbang

Sejak bergelar ibu, kehidupan wanita berdarah kacukan Melayu-Amerika ini ternyata jauh berubah.

Lebih menumpukan perhatiannya pada Muhammad, Diana mengakui dia banyak menghabiskan masanya di rumah jika tidak terlibat dengan sebarang penggambaran.

"Jika tiada sebarang tawaran berlakon atau tugasan untuk mempromosikan filem, saya lebih gemar untuk menghabiskan masa bersama Muhammad di rumah.

"Kadangkala, saya akan membawanya keluar untuk bersiar-siar. Hubungan saya dan anak saya sangat rapat.

"Saya akui, kehidupan saya dan Farid banyak berubah sejak bergelar ibu dan bapa.

"Jika kami mengalami perselisihan faham, kami tidak akan memanjangkan sengketa kerana sering memikirkan tentang anak.

"Secara keseluruhan, kehidupan kami sebagai pasangan suami isteri semakin seimbang dengan kehadiran Muhammad," jelasnya yang kehilangan berat badan kerana sibuk melayan karenah Muhammad yang semakin aktif bergerak.

Sebagai seorang ibu muda, Diana memberitahu, dia banyak membaca buku, majalah serta info-info yang terdapat di internet bagi menambah pengetahuannya tentang kanak-kanak.


LENSA kamera Kosmo! sempat merakamkan detik kandid ketika Diana baru tiba ke majlis tayangan amal filem amimasi, SuperSquad bersama anaknya dan adik iparnya, Fadzil.


"Maklumat-maklumat yang terdapat dalam buku serta majalah banyak membantu saya dalam rutin menjaga anak saya.

"Selain itu, saya ada meminta pendapat kenalan-kenalan yang lebih senior tentang cara mereka menjaga anak," katanya yang menggunakan khidmat pengasuh daripada Filipina untuk menjaga Muhammad.

Debat Twitter

Baru-baru ini, menerusi akaun Twitter peribadi miliknya, Diana ada menyatakan pendapat tentang misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Menerusi kemas kini tersebut, ujar Diana, dia tidak percaya bahawa juruterbang pesawat itu ada kaitan dengan kehilangan pesawat yang telah hilang sejak 8 Mac lalu.

Malangnya, salah seorang pengikut akaun Twitternya membidas pendapat tersebut dengan kenyataan-kenyataan yang kurang enak didengar.

Terpukul dengan kenyataan itu, Diana bertindak membalas kata- kata pengikutnya itu sehingga menimbulkan pergaduhan.

"Saya hanya menulis di Twitter bagi meluahkan pendapat saya sahaja tetapi dengan tidak semena- mena, ada segelintir individu yang marah dan tidak berpuas hati dengan pendapat itu.

"Itu hanya pendapat saya sahaja. Jika dia berasa juruterbang itu bersalah, itu adalah hak dia. Jangan pula memaksa saya untuk bersetuju dengan pendapatnya," katanya.

Tambah Diana, pengikut akaun Twitternya itu bersikap biadab dan kedengaran seperti mahu menjatuhkan hukuman kepada juruterbang tersebut.

"Saya berasa tercabar apabila membaca kenyataan-kenyataan tersebut.

"Bayangkan perasaan ahli keluarga juruterbang itu jika mereka membaca tentang berita-berita dan kenyataan yang kurang sahih berkenaan tragedi ini. Ia pasti menyedihkan.

"Selain itu, sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berasa terkesan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh media Barat terhadap juruterbang kita.

"Jadi, tidak menjadi suatu kesalahan bagi saya untuk mempertahankan maruah negara sendiri daripada diperkotak-katikkan," katanya lagi.

Pinjam suara

Melanjutkan perbualan pada petang itu, Diana berkata, filem animasi yang meminjam suaranya, SuperSquad merupakan sebuah projek yang belum pernah dicubanya sebelum ini.

Katanya, selain pertama kali menjadi pelakon suara, dia turut mempelajari beberapa perkara baharu sepanjang proses pembikinan filem animasi tersebut.

"Filem animasi terbitan Netcarbon Sdn. Bhd. ini mula dibikin pada tahun 2011.

"Pada waktu itu, proses memasukkan suara (dubbing) dilakukan terlebih dahulu sebelum proses melukis watak-watak animasi.

"Ia merupakan perkara yang baharu buat saya dan para pelakon yang lain.

"Sebelum ini, kita akan berlakon terlebih dahulu sebelum menjalani proses memasukkan suara.

"Namun, untuk filem SuperSquad, kami perlu merakamkan suara terlebih dahulu bagi memudahkan pelukis animasi mencipta watak berdasarkan dialog yang dilontarkan," kata Diana yang meminjamkan suara untuk watak Elly.

Walaupun industri perfileman negara ketika ini masih tidak serancak dahulu, namun Diana yakin bahawa filem ini mampu menarik perhatian penonton, terutamanya daripada golongan kanak-kanak.

"Sebelum dibikin untuk tayangan di pawagam, SuperSquad terlebih dahulu telah diterbitkan dalam bentuk siri yang disiarkan di televisyen berjudul Supertots.

"Justeru, dengan adanya kehadiran suara-suara pelakon popular seperti Aaron Aziz, Radhi Khalid dan Dafi serta ditambah dengan penonton yang sedia ada, filem ini mampu untuk berdiri dengan sendirinya," ujar Diana positif.

Filem arahan Mohd. Rashdan Ramlee yang menelan belanja sebanyak RM6 juta ini dijangka menemui penonton pada 5 Jun depan.

Impian Britney untuk kahwin di Graceland

Posted:

Impian Britney untuk kahwin di Graceland

Impian Britney untuk kahwin di Graceland


BRITNEY (kiri) dan kekasihnya, David bakal mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang meriah.


JIKA sudah bergelar penyanyi ternama, apa sahaja yang diinginkan pasti mampu menjadi kenyataan. Portal hiburan RadarOnline melaporkan, penyanyi pop sensasi, Britney Spears, 33, dikatakan mahu mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasihnya, David Lucado di Graceland, sebuah hartanah mewah milik Elvis Presly.

"Britney merancang sebuah majlis perkahwinan yang mewah kerana dia mahukan perhatian daripada orang ramai, sama seperti apa yang dia lakukan sebelum ini.

"Sebab itu dia mahu bertemu dengan Lisa Marie Presley, iaitu anak perempuan Elvis bagi membincangkan tentang impiannya itu," kata sumber kepada portal berkenaan.

Menurut sumber itu lagi, selain mahukan perhatian daripada pihak media, tempat itu juga dipilih kerana boleh menempatkan saudara-mara penyanyi itu yang kebanyakannya berasal dari kawasan berdekatan.

"Mengikat tali perkahwinan dalam sebuah majlis bertemakan selatan Inggeris di rumah mendiang Elvis pasti membuatkan banyak pihak bercakap mengenainya. Pasti syarikat-syarikat penerbitan berebut-rebut mahu menjadikan cerita perkahwinannya sebagai cerita muka depan.

"Selain berdiri cantik, Graceland yang kini dijadikan salah satu lokasi tarikan pelancong juga cukup luas untuk menampung kehadiran sanak saudara- nya yang bakal memeriahkan majlis tersebut," ujar sumber itu lagi.

Sumber itu menambah, jika Lisa Marie memberikan persetujuan, Britney akan mula merancang majlis perkahwinannya secepat mungkin.

Jamal Abdillah letak sempadan

Posted:

Jamal Abdillah letak sempadan

Jamal Abdillah letak sempadan

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

PENYANYI berusia 54 tahun ini mengaku menjaga nilai eksklusifnya bagi kekal relevan dalam industri.


PENYANYI terkenal Datuk Jamal Abdillah, 54, mengaku dirinya cukup menjaga nilai eksklusif untuk terus kekal popular dan relevan sehingga hari ini.

Selain kurang muncul di tempat awam, Jamal juga tidak terlalu ghairah untuk memuat naik sebarang status mahupun gambar dalam akaun laman sosialnya.

Bukan buta IT mahupun teknologi tetapi tegas pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Ali itu, dia harus meletakkan sempadan antaranya dan peminat, tidak seperti artis sekarang yang dilihat terlalu mudah untuk didekati.

Kata bapa kepada Osama Yamani, 12, dan Ahmad Zaki Yamani, 8, itu, keghairahan artis untuk terlalu dekat dengan peminat membuatkan nilai eksklusif artis tersebut jatuh.

Selain itu, Jamal juga menegur ramai penyanyi muda hari ini tidak ikhlas untuk menjadi penyanyi seperti penyanyi yang lahir pada zamannya.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Jamal yang ditemui pada majlis sidang akhbar Minggu Setiausaha Antarabangsa bersama Datuk Jamal Abdillah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Kosmo!: Mengapakah Jamal meletakkan sempadan dengan peminat?

JAMAL: Saya letak sempadan untuk kekal popular dan sentiasa relevan dengan pasaran walaupun saya sudah berusia. Bukanlah saya sombong dengan peminat tetapi bagi saya sempadan itu perlu apabila kita tinggal di dunia tanpa sempadan, sekarang menerusi telefon pun semuanya boleh dilihat.

Maknanya Jamal menolak kewujudan laman sosial?

Bukanlah menolak sebab saya sendiri pun ada akaun laman sosial cuma diuruskan oleh orang yang saya percayai. Laman sosial bagus untuk saya mempromosikan persembahan dan peminat mengetahui perkembangan saya.

Namun, jika artis buat silap, laman sosial itu akan memakan diri apabila menjadi medan orang ramai mengutuk artis itu. Jika sudah bersedia dengan segala kemungkinan bolehlah tetapi saya tidak mahu ambil risiko.

Bagaimanapun, saya percaya kalau peminat jarang bertemu artis pujaannya, mereka lebih teruja apabila berjumpa atau menonton persembahannya.


JAMAL bakal beraksi bersama pelawak terkenal, Dee di PWTC pada 22 April depan.


Adakah itu rahsia Jamal popular sehingga kini?

Ya, kerana sudah lama saya amalkan. Sebagai penyanyi lama, saya harus menjaga nilai eksklusif. Saya jarang keluar rumah jika tiada persembahan, jarang mengambil persembahan yang boleh ditonton secara percuma, jarang muncul dalam program televisyen dan juga jarang memuat naik status atau gambar di laman sosial. Apabila peminat tidak dapat berinteraksi atau menonton persembahan saya di tempat lain secara percuma, mereka tidak ralat membayar untuk menyaksikan persembahan saya. Alhamdulillah, tawaran persembahan pentas tidak pernah putus.

Mengapakah Jamal mengatakan penyanyi sekarang tidak ikhlas apabila menyanyi?

Disebabkan terlalu banyak program realiti nyanyian sejak kebelakangan ini, ramai penyanyi realiti yang muncul. Ada yang benar-benar bagus tetapi ramai yang menyanyi tidak ikhlas. Apabila muncul di atas pentas mereka menyanyi untuk kamera, juri dan penonton bukannya untuk diri mereka sendiri. Jika menyanyi dengan ikhlas untuk diri sendiri secara tidak langsung cara nyanyian itu akan menyentuh perasaan semua yang mendengar.

Apakah nasihat Jamal untuk penyanyi baharu?

Jangan buat kerja sambil lewa dan selalu buat kajian sebelum persembahan. Apabila menyanyi tidak kiralah di mana sahaja, menyanyilah dengan ikhlas dan penuh perasaan. Harus diingat kita mungkin akan dipanggil menyanyi oleh salah seorang penonton yang sedang menonton persembahan kita. Jadi, menyanyi dengan bersungguh bukan semata-mata untuk wang sahaja.

Khabarnya Jamal sangat sibuk pada bulan April sempena Minggu Setiausaha?

Alhamdulillah, saya mempunyai tiga persembahan untuk Minggu Setiausaha dan satu persembahan Hari Ibu. Setiap persembahan saya adalah berbeza. Di Kuala Lumpur, saya akan adakan persembahan Minggu Setiausaha bersama Dee di Dewan Merdeka, PWTC pada 22 April depan.

Meja dijual antara RM2,000 sehingga RM5,000 ke atas. Sebarang tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-2614 6701 atau layari laman web www.pwtc.com.my.

Bagaimana pula dengan kehidupan peribadi?

Kehidupan saya seperti biasa, masih selesa dengan status duda selama 10 tahun. Sebelum ini gosip yang mengaitkan saya dengan Nas Adila itu tidak betul kerana dia terlalu muda untuk saya. Jika ditakdirkan bertemu jodoh sekali lagi, saya terima tetapi buat masa sekarang biarlah saya sibuk dengan kerja dan anak-anak.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat