Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Briged Combi 1Malaysia dilancar di PPR Pantai Ria
- 10 sekolah di Semporna terima bantuan komputer
- 1,000 penduduk Klang terima BR1M secara tunai
Briged Combi 1Malaysia dilancar di PPR Pantai Ria Posted: Briged Combi 1Malaysia dilancar di PPR Pantai Ria
PERANGI DENGGI. Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan Briged Combi 1Malaysia untuk membanteras wabak denggi yang semakin meningkat di Kuala Lumpur. Combi atau Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku diwujudkan di pelbagai lokasi berkepadatan tinggi dengan terbaru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam. Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr. Hayati Abdullah melahirkan kebimbangan apabila di PPR Pantai Ria sahaja, pihaknya sudah merekodkan 11 kes denggi pada tahun ini. "Dengan adanya program seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat mendidik masyarakat terutamanya supaya membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya pada program Gotong-royong dan Pelancaran Briged Combi 1Malaysia baru-baru ini. | |
10 sekolah di Semporna terima bantuan komputer Posted: 10 sekolah di Semporna terima bantuan komputerNASIR (belakang tiga dari kanan) bergambar dengan guru sekolah dan pelajar yang menerima sumbangan komputer menerusi program Komputer 1Malaysia di SK Pekan Semporna II, Sabah baru-baru ini. PRIHATIN. Sebanyak 10 buah sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang, Semporna, Sabah menerima bantuan Komputer 1Malaysia baru-baru ini. Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tampi-Tampi, SK Kabogan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabogan 1, SMK Kabogan 2 dan SMA Tun Sakaran. Tidak ketinggalan SMK Datuk Panglima Abdullah, SK Ladang Segaria, SK Bukit Lalang, SK Pekan Semporna dan SK Pekan Semporna II. Majlis penyampaian dilakukan wakil rakyat Senallang, Datu Seri Nasir Tun Sakaran pada satu majlis di SK Pekan Semporna II. Beliau yang merupakan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah berkata, bantuan tersebut adalah bagi memastikan semua pelajar di negeri itu memiliki pengetahuan dalam bidang teknologi dan maklumat. | |
1,000 penduduk Klang terima BR1M secara tunai Posted: 1,000 penduduk Klang terima BR1M secara tunaiNASARRUDDIN (depan tiga dari kiri) beramah mesra dengan penerima BR1M pada Majlis Penyampaian BR1M peringkat Parlimen Klang di pejabat UMNO Bahagian Klang, Selangor baru-baru ini. BANTUAN. Seramai 1,000 penduduk sekitar daerah Klang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 secara tunai di pekarangan Pejabat UMNO Bahagian Klang, Pelabuhan Klang, Selangor baru-baru ini. Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Nasarruddin M. Zin berkata, penerima tersebut merupakan sebahagian daripada 25,000 penerima bantuan tersebut dari sekitar daerah Klang yang dikesan tidak mempunyai atau mengemaskini akaun bank. Beliau berkata, baki penerima BR1M terbabit bakal mendapat bantuan secara berperingkat-peringkat yang akan dihantar ke alamat rumah masing-masing secara pos. "Rata-rata rakyat dari pelbagai kaum yang menerima BR1M 2014 berterima kasih dengan Kerajaan Persekutuan yang sentiasa menunaikan janji membantu mengurangkan beban sara hidup," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |