Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 116 peserta menyertai kayuhan santai
- Matt Cafe rai 100 anak yatim
- Warga SMK PPPTR anjur program di Ulu Tembeling
116 peserta menyertai kayuhan santai Posted: 116 peserta menyertai kayuhan santaiISKANDAR (dua dari kiri) melepaskan para peserta program Kayuhan Santai melibatkan 116 peserta di Setiu, Terengganu baru-baru ini. KAYUHAN. Seramai 116 peserta menyertai program Kayuhan Santai sejauh 32 kilometer anjuran Majlis Belia Daerah Setiu (MBDS), Terengganu serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu di Setiu, Terengganu baru-baru ini. Program tersebut yang turut mendapat kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga disempurnakan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Iskandar Jaafar. Pengerusi MBDS, Zokri Othman berkata, para peserta terbabit memulakan kayuhan basikal di Bandar Permaisuri, Setiu sehingga Kampung Rhu sebelum berpatah balik ke Perpustakaan Awam di bandar itu. "Program yang diadakan bertujuan merapatkan hubungan semua lapisan masyarakat selain menjadi aktiviti riadah memberi manfaat kepada mereka," ujarnya. |
Posted: Matt Cafe rai 100 anak yatimMOHAMAD menyampaikan sumbangan makanan kepada sebahagian daripada 100 anak yatim Asrama Anak Yatim Darul Falah, Bukit Payung, Marang, Terengganu baru-baru ini. DIRAI. Seramai lebih 100 anak-anak yatim Asrama Anak Yatim Darul Falah, Bukit Payung, Marang dirai oleh Matt Cafe di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini. Pengarah Operasi Matt Cafe, Mohamad Harun berkata, program itu diadakan sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat pihaknya terhadap masyarakat setempat termasuk anak yatim. "Pada program itu, kita menghidangkan makanan ayam goreng dan salad Matt Cafe kepada anak-anak yatim ini ujarnya. |
Warga SMK PPPTR anjur program di Ulu Tembeling Posted: Warga SMK PPPTR anjur program di Ulu TembelingWARGA Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak bergambar bersama penduduk Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling, Pahang baru-baru ini. MESRA. Seramai 33 warga Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (SMK PPPTR) berkampung selama dua hari di Kampung Mat Daling, Jerantut, Pahang baru-baru ini. Pengetua sekolah berkenaan, Abdul Razak Ismail berkata, program tersebut diadakan bagi memberi peluang kepada warga SMKPPPTR terdiri daripada guru dan kakitangannya merasai kehidupan masyarakat pedalaman Ulu Tembeling."Kita berpeluang melalui pengalaman perjalanan menggunakan bot selama empat jam dari Kuala Tahan dengan pelbagai cabaran termasuk tiga kali menolak bot kerana air cetek berikutan musim kemarau," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |