Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: China beri harapan baharu
PERTH – Usaha antarabangsa bagi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini mendapat nafas baharu apabila China menyiarkan satu imej satelit menunjukkan sebuah objek besar terapung di selatan Lautan Hindi dipercayai ada kaitan dengan pesawat berkenaan. Imej yang menunjukkan objek berukuran panjang 22.5 meter dan lebar 13 meter itu dirakam pada 18 Mac lalu. Ia disiarkan oleh Pentadbiran Negara Teknologi, Sains dan Industri China semalam. Imej objek tersebut terletak kira-kira 120 kilometer dari objek yang dikesan sebuah lagi satelit pada 16 Mac lalu yang didedahkan Australia. Ia terletak kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth. Imej baharu itu dirakam menerusi satelit pemerhatian Bumi beresolusi tinggi iaitu Gaofen-1. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Transkrip komunikasi tidak sahih Posted: Transkrip komunikasi tidak sahihHISHAMMUDDIN (tengah) pada sidang akhbar pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di Sepang semalam. Turut hadir Azharuddin (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya (kanan). SEPANG - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan transkrip komunikasi antara juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan menara kawalan trafik udara Malaysia yang didedahkan The Telegraph adalah tidak tepat. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, laporan yang didedahkan portal dari United Kingdom itu adalah sesuatu yang tidak benar. "Saya mengesahkan transkrip komunikasi yang dilaporkan di dalam The Telegraph adalah tidak sahih, tidak tepat," katanya pada sidang akhbar harian berhubung pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di sini semalam. The Telegraph dalam satu pendedahan semalam mendakwa transkrip tersebut adalah laporan komunikasi pada 54 minit terakhir sebelum pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan. Menurut laporan itu, transkrip komunikasi juruterbang bersama menara kawalan itu bermula ketika pesawat MH370 terbabit berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di ketinggian yang mencecah puluhan ribu kaki di atas Laut China Selatan. Transkrip yang didakwa bermula pada pukul 12.25 tengah malam memaparkan arahan daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat itu termasuk pertukaran dari satu lokasi. Azharuddin ketika diminta untuk mendedahkan butir perbualan antara juruterbang dan menara kawalan trafik udara, beliau menjelaskan: "Oleh kerana telah menjadi amalan standard dalam siasatan seperti ini, transkrip itu tidak boleh didedahkan kepada umum pada peringkat ini." | |
Lamborghini dipandu pelajar remuk Posted: Lamborghini dipandu pelajar remukKEADAAN kereta Lamborghini yang terbabit dalam kemalangan di Gua Musang, Kelantan semalam. GUA MUSANG - Sebuah kereta Lamborghini yang dipandu seorang pelajar kolej swasta remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 38, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pukul 4 petang semalam. Kemalangan itu dipercayai berlaku akibat kegagalan pemandu kereta mewah berkenaan, Ng Euken, 25, memotong sebuah lori yang berada di hadapannya. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Saiful Bahri Abdullah berkata, semasa kejadian sebuah lori dari arah bertentangan pula gagal mengelak menyebabkan kenderaan terbabit bergesel dengan kereta Lamborghini yang bernilai kira-kira RM1.2 juta itu. "Lori tersebut berpusing sebelum melanggar sebuah teksi di laluan bertentangan. Bagaimanapun hanya pemandu Lamborghini dan seorang penumpang di dalamnya mengalami cedera ringan," katanya. Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |