Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Kehilangan MH370 terungkaiNAJIB (tengah) ketika mengumumkan perkembangan terkini pesawat MH370 pada sidang akhbar di ibu negara malam tadi. KUALA LUMPUR - Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sejak 17 hari lalu akhirnya terjawab apabila pesawat tersebut disahkan terhempas di tengah Lautan Hindi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pesawat malang itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal terhempas di kawasan barat Perth, Australia di Lautan Hindi. Menurut beliau, pengumuman tersebut dibuat berdasarkan rumusan Cawangan Siasatan Udara United Kingdom (AAIB). "Malam tadi saya telah diberi penerangan oleh wakil AAIB bahawa syarikat pengendali satelit Inmarsat telah membuat perkiraan terhadap data menggunakan kaedah analisis yang pertama kali dilakukan. "Berdasarkan analisis tersebut, AAIB dan Inmarsat telah membuat kesimpulan bahawa MH370 telah terbang melalui Koridor Selatan dan lokasi terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi yang tidak memungkinkan ia mendarat kerana tidak terdapat sebarang landasan kapal terbang. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Posted: MH370 dikesan di Lautan HindiNORMAH (tengah) terpaksa ditenteramkan oleh ahli keluarganya selepas mengetahui pesawat dinaiki anaknya ditemui di Lautan Hindi semalam. KUALA LUMPUR - Kehilangan pesawat MH370 selama 17 hari sebelum disahkan terhempas di tengah Lautan Hindi malam tadi akhirnya menamatkan penantian keluarga dan spekulasi daripada pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat paling canggih itu. Dalam tempoh 17 hari itu, kehilangan MH370 secara tiba-tiba itu diakui paling misteri dalam sejarah penerbangan moden kerana tidak ada satu pakar aviasi atau negara di dunia ini mampu menjelaskan apakah yang berlaku ke atas pesawat malang itu. Sejak mula hilang, pelbagai teori dikemukakan daripada pesawat dirampas, sabotaj, masalah teknikal, pesawat dibom sehinggalah berlaku masalah peribadi anak kapal termasuk penumpang. Teori pesawat dirampas mula tercetus apabila dua penumpang Iran dikatakan menggunakan pasport palsu. Bagaimanapun, tiada sebarang bukti dapat mengaitkan mereka dengan kehilangan MH370. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan di Laut China Selatan sejak hari pertama pesawat dilaporkan hilang. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Generator pesawat tidak berfungsi Posted: Generator pesawat tidak berfungsiPESAWAT MAS Airbus A330-300. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR - Penerbangan Malaysia (MAS) semalam mengesahkan pesawat MH066 syarikat penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan malam kelmarin terpaksa dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi. Kejadian berlaku ketika pesawat Airbus A330-300 itu dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dengan membawa 271 penumpang. Ini kali ketiga nasib malang menimpa MAS dalam tempoh 17 hari setelah pesawat Boeing 777-200ER hilang di perairan Vietnam bersama 239 penumpang dan kru pada 8 Mac lalu. Pada Jumaat lepas, sebuah lagi pesawat MAS MH144 yang membawa 180 penumpang dirempuh sekumpulan itik ketika ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Katmandu, Nepal yang mengakibatkan penutup lensa lampu mendarat pesawat itu pecah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |