Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- 122 objek baharu di Lautan Hindi
- Kos cari pesawat MAS MH307 mungkin cecah RM132 juta
- Malaysia, China terus kerjasama
122 objek baharu di Lautan Hindi Posted: 122 objek baharu di Lautan Hindi
KUALA LUMPUR - Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) kini sedang mengenal pasti imej 122 objek baharu yang dikesan di selatan Lautan Hindi oleh syarikat Airbus Defence & Space yang berpangkalan di Perancis yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, imej-imej tersebut dicerap dalam lingkungan 400 kilometer persegi oleh satelit milik syarikat pertahanan itu pada 23 Mac lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Kos cari pesawat MAS MH307 mungkin cecah RM132 juta Posted: Kos cari pesawat MAS MH307 mungkin cecah RM132 jutaKUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk meneruskan pencarian kotak hitam dan pesawat MH370 yang disahkan terhempas di perairan Lautan Hindi bakal memaksa kerajaan mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi. Menurut seorang pakar pertahanan, kos untuk mencari kotak hitam tersebut dijangka mencecah atau melebihi kos operasi mengesan bangkai pesawat Air France 447 di Lautan Atlantik pada tahun 2009 yang menelan belanja AS$40 juta (RM132 juta). Katanya, situasi kali ini berbeza berbanding insiden Air France 447 kerana Perancis mempunyai pelbagai peralatan yang canggih serta keupayaan teknikal mencukupi untuk operasi tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Malaysia, China terus kerjasama Posted: Malaysia, China terus kerjasamaNAJIB (kiri) menerima kunjungan hormat Yesui di pejabatnya di Parlimen, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Malaysia dan China akan terus bekerjasama rapat dalam usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang laluan penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam tulisan terbaharunya melalui Facebook, Najib berkata, beliau mengadakan perjumpaan dengan Naib Menteri Hal Ehwal Luar China, Zhang Yesui di Parlimen semalam untuk berbincang tentang tindakan seterusnya mengenai usaha mengesan pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |