Kosmo Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Pemotoran |
Posted: Crossover unik dua benuaOleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
MODEL crossover sedikit demi sedikit mula mendapat tempat dalam hati peminat kenderaan tempatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jenama-jenama seperti Subaru XV, Suzuki SX4, Mitsubishi ASX, Renault Koleos dan Peugeot 2008 merupakan antara crossover yang bersaing dalam pasaran tempatan. Beberapa tahun lalu, kenderaan seperti Jeep atau Pajero hanya digunakan oleh individu yang terbabit dalam industri pembinaan. Tetapi kini, kenderaan itu sudah mula digunakan untuk ke pejabat. Pun begitu, crossover dengan rekaan menarik dan kedudukan tempat duduk yang agak tinggi berbanding kereta sedan mendorong minat pembeli untuk kelihatan lebih mantap. Baru-baru ini jenama premium dari Perancis, Renault memperkenalkan model Koleos versi pacuan roda hadapan. Sebelum ini, model pacuan empat roda itu diperkenalkan pada tahun 2010. Debut pertama versi pacuan roda hadapan ini dipertontonkan semasa International Buenos Aires Motor Show kali keenam pada tahun lalu. Model ini sebenarnya merupakan hasil kerjasama Nissan dan Renault yang berasaskan platform Nissan X-Trail. STERENG Koleos yang dibalut dengan kulit memberikan ciri-ciri mewah di ruang kabinnya. Pemilihan Nissan X-Trail itu berikutan enjin dan transmisi model berkenaan yang sudah terbukti kualitinya. Rekaan luaran dan dalaman dihasilkan Renault. Kombinasi dua jenama gergasi ini sudah pasti memberikan hasil yang terbaik untuk sebuah crossover premium bernama Koleos itu. Baru-baru ini Renault melalui pengedar rasminya TC Euro Cars Sdn. Bhd. (TCEC) melancarkan Koleos versi pacuan dua roda dengan harga RM185,888 atas jalan dengan insurans. Koleos baharu ini masih menggunakan enjin 2.5 liter dan transmisi CVT enam kelajuan yang menghasilkan kuasa maksimum 170hp dan tork maksimum 226Nm. Apa yang menariknya pada Koleos 4X2 ini ialah sistem multimedia R-Link yang merupakan sistem audio dengan fungsi navigasi serta sambungan telefon bimbit. Sistem multimedia ini dilengkapi dengan skrin sentuh 7 inci serta sistem audio dari jenama Bose. Fungsi itu juga turut disertakan dengan kamera undur. R-Link boleh dikawal menggunakan butang kawalan yang terletak di belakang tombol gear. Selain itu, Koleos ini juga dilengkapi dengan Blind Spot Warning (BSW) atau amaran titik buta dengan paparan secara visual di skrin R-Link. Ruang kabin Koleos ini kelihatan mewah dengan material yang berkualiti dan selesa ketika disentuh. Tambahan pula Koleos ini dilengkapi dengan bumbung suria bermotor. Menyentuh aspek rekaan luaran, Koleos tampil agak unik dengan gaya dan ciri-ciri yang tersendiri. Sebagai contoh, bonet belakangnya boleh dibuka secara dua peringkat. Antara perbezaan Koleos versi pacuan empat roda ialah, bampar hadapan baharu, gril dan logo Renault lebih besar. Koleos yang diimport sepenuhnya ini kelihatan lebih menawan kerana menggunakan rim bersaiz 17 inci dengan dua tona warna.
Sebagai rekod, TCEC telah membawa masuk 10 unit model ini untuk dijual. Antara ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada Koleos ialah ABS, EBD, EBA, ESC, understeer control dan enam beg udara keselamatan. Renault Koleos ditawarkan dalam tiga warna seperti hitam, putih dan kelabu. TCEC menawarkan jaminan tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer atau yang mana tiba dahulu. Sementara itu, TCEC telah membuka cawangan bilik pameran keempatnya di Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini. Menurut Pengarah TCEC, Kuan Kim Luen, pembukaan cawangan itu adalah untuk dijadikan bilik pameran untuk model yang laris seperti, Renault Megane RS265 Red Bull Racing RB8, Koleos dan akan datang Fluence serta Clio RS. "TCEC berharap pembukaan kemudahan bilik pameran baru di Glenmarie akan terus mengembangkan perniagaan kami di kawasan ini. "Kami percaya pelanggan kami perlu menerima komitmen yang serius daripada kami apabila mereka membeli kenderaan Renault," katanya. | ||
Talaan M7Mitsubishi Lancer Evolution VII Posted: Mitsubishi Lancer Evolution VII Talaan M7 | ||
Posted: Gaya hidup KawasakiOleh SHAWKATH AZDE MODEL Z1000 terbaharu Kawasaki mampu mengubah persepsi produk keluaran negara Jepun di kaca mata negara Barat. APABILA menatap dari jauh, keunikan paras Kawasaki Z1000 mengundang satu persoalan dalam fikiran penulis. Mengapa pengeluar motosikal Jepun itu tampil dengan produk sebegini? Ia sudah menyimpang jauh daripada binaan konvensional Kawasaki sebelum ini. Model naked itu nampak seperti sebuah jentera ciptaan pengeluar-pengeluar motosikal terkemuka di negara Barat. Penulis berasakan Kawasaki mahu menjual motosikal untuk gaya hidup baharu. Rembesan hormon Tafsiran itu selari dengan falsafah sugomi yang dilaungkan oleh Kawasaki Heavy Industries Ltd. (KHI) sewaktu debut model itu di Pameran Motor Milan (EICMA) di Itali, November lalu. Pendek kata, sugomi mendokong objektif mengaitkan keseluruhan aspek gayaan dan pendekatan terperinci kejuruteraan motosikal untuk dinikmati sepenuhnya oleh para penunggang. Baru-baru ini, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (Kawasaki Malaysia) membuka ruang untuk Garaj mengadakan satu sesi tunggang uji Z1000 baharu. Sesi itu merangkumi laluan jalan lama Gombak-Genting Highlands -Batang Kali-Kuala Kubu Bahru-Tanjung Malim sebelum berakhir di Slim River, Perak. Kawasaki Z1000 berjaya merangsang rembesan hormon dalam tubuh penulis sehingga lahirnya rasa khuatir, yakin, takut dan seronok. Satu kepuasan di akhir sesi tunggangan yang berjaya membuatkan penulis tersenyum. Mungkin ini yang dimaksudkan sebagai nikmat oleh KHI. Motosikal satu liter itu sememangnya sedikit berat bagi penulis namun tidak mendatangkan masalah untuk mengemudinya. Perkara itu disebabkan paras ketinggian pelana yang membolehkan tapak kaki memijak bumi tanpa sebarang masalah. Badan terpaksa dilentur sedikit ke hadapan untuk mencapai hendal yang rendah. Kedudukan perehat kaki menyokong postur tunggangan dan mengurangkan rasa tidak selesa. Pelana nampak nipis tetapi banyak memberi kelegaan pada punggung penulis. Instrumen meter sememangnya cantik namun ia tidak banyak membantu penulis sewaktu tunggangan. Paparan maklumat sukar dibaca kerana posisi kedudukan meter rendah ditambah pula saiznya yang kecil. Hanya satu jari Z1000 akan bertindak balas mengikut kemahuan penunggang. Semuanya bergantung pada cara memulas pendikit minyak. Setiap kali pendikit dipulas, respons enjin sememangnya jelas terasa. Kuasa tarikan ditala untuk julat pusingan enjin rendah sehingga sederhana. Tafsiran penulis, motosikal ini tidak sesuai bagi penunggang amatur. Ia tidak didatangkan dengan sebarang pilihan mod tunggangan mahupun ciri kawalan cengkaman. Malah penunggang juga tidak boleh memadamkan sistem brek antikuncinya. Biarpun begitu, kadar kelembutan tuil brek menjadi nilai tambah bagi para penunggang. Anda boleh menarik tuil brek dengan menggunakan satu jari sahaja dan pad brek cakera akan memperlahankan kelajuan jentera tanpa sebarang masalah. Prestasi fork hadapan dan penyerap hentak tunggal bahagian belakang disifatkan sebagai cemerlang sewaktu tunggangan kelajuan tinggi. Cuma apabila menunggang dalam keadaan perlahan pada permukaan jalan tidak rata, ia kurang memuaskan. Apapun, kadar rendaman dan prabeban boleh dilaras mengikut cita rasa sendiri. Pada awalnya, penulis agak skeptikal terhadap set lampu hadapan yang dipasang pada perumah yang kelihatan seperti kepala ikan keli. Rasa ragu-ragu itu hilang sejurus sahaja selesai menunggang selama beberapa jam sebelum matahari terbit. Kadar pencahayaan putih cukup terang biarpun hanya menggunakan dua unit lampu LED. Apabila butang lampu tinggi diaktifkan, rata-rata pemandu kereta di hadapan penulis mula gelisah dan membuka laluan untuk Z1000 meluncur ke hadapan. Mungkin kerana pantulan itu terlalu terang sehinggakan pemanduan mereka terganggu. Bagi penulis, Kawasaki Z1000 berjaya menyatupadukan teknologi motosikal Jepun dengan gaya Eropah. Jika KHI meneruskan momentum binaan sebegini, sudah pasti ada pengeluar motosikal Eropah tidak senang duduk. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |