Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Misi 'memanusiakan' manusiaOleh NADIA SHAIFUL BAHARI
LAPANGKAN masa, jangan tunggu masa lapang. Itulah prinsip yang dipegang Pahrol Mohamad Juoi, 53, berkenaan minatnya terhadap bidang penulisan. Beliau yang merupakan Pengarah Penyelidikan Modul, Pengurus Besar Fitrah Angkasa, Ketua Pengarang Kumpulan Telaga Biru Sdn. Bhd. dan penceramah bebas yang giat menyampaikan dakwah kepada masyarakat terutama bagi mereka yang beragama Islam. Kecintaannya kepada dakwah dan penulisan digabungkan bagi mendekati golongan sasaran secara lebih berkesan. Bakat penulisannya mula dicungkil sewaktu di bangku sekolah iaitu melalui penerbitan majalah sekolah. "Perkara utama yang mendorong saya adalah minat untuk membaca yang seterusnya menimbulkan minat untuk menulis pula. "Selepas itu, saya mula komited dengan gerakan dakwah dan timbul keinginan untuk berdakwah melalui penulisan," katanya yang berasal dari Ipoh, Perak. Selain itu, Pahrol melihat pergolakan dalaman dan luaran yang dihadapi masyarakat ketika berhadapan dengan sesuatu isu dan cabaran menimbulkan rasa tanggung jawab dalam dirinya untuk memperbaiki diri sekali gus menyelesaikan masalah masyarakat. Tambahnya, beliau akan meluangkan masa untuk menulis terutamanya selepas solat Subuh sehingga waktu Dhuha sebelum menyambung kembali sehingga pukul 11 pagi. "Jika dahulu saya boleh menghabiskan masa antara empat hingga lima jam menulis tanpa rehat, tetapi kini masalah kesihatan pada bahagian bahu membuatkan saya hanya mampu menulis selama dua jam tanpa henti," ujarnya yang melapangkan masa untuk menulis pada minggu ketiga dan keempat setiap bulan. Setakat ini, Pahrol sudah menghasilkan 24 buah buku yang merangkumi pelbagai topik seperti motivasi dakwah, pendidikan, antalogi sajak, kumpulan cerpen dan lirik lagu nasyid. PAHROL gemar terlibat dalam aktiviti dakwah melalui ceramah motivasi dan penulisan buku. Hamba Menerusi buku antalogi cerpen Revolusi ditulis dengan misi 'memanusiakan' manusia. Menurutnya, apabila manusia sudah buta mata hati kerana meminggirkan agama, mereka akan menjadi lebih hina daripada haiwan. Kerakusan manusia, bukan sahaja mampu menghancurkan orang lain malah membinasakan diri sendiri. "Tidak kira setinggi mana ilmu, sebanyak mana harta atau kuasa, tanpa berpegang kepada prinsip Islam, umat Islam sendiri akan menjadi hamba kepada fahaman sekular. "Fahaman itulah yang ingin 'diperangi' melalui penghasilan cerpen dalam antologi ini. Ia memaparkan bagaimana ulama berfikiran sekular rela menjahanamkan agama atas nama agama sehingga sanggup menggadaikan prinsip teras dan nilai asas Islam atas alasan toleransi dan bersifat sederhana," jelasnya. Buku Revolusi yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu itu boleh didapatkan pada harga RM15 senaskhah di kedai-kedai buku utama seluruh negara. Buku tersebut cuba mengupas masalah besar yang dihadapi oleh umat Islam akibat meninggalkan tuntutan agama. Apabila Islam diperalatkan untuk tujuan kuasa dan harta oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, umat Islam menjadi lemah dan tidak berdaya. Cengkaman terhadap perkara kebendaan dan fahaman sekular melahirkan individu yang berpura-pura dalam perjuangan agama dan bangsa. Justeru, setelah lama terhimpit dalam kekeliruan, umat Islam harus dikembalikan kepada pangkal jalan. | |
Harungi cabaran dengan minda positif Posted: Harungi cabaran dengan minda positifOleh SHAHRULANOOR ISHAK KEMPEN Take Charge dimeriahkan dengan acara promosi di tempat awam di hadapan Lot 10 Bukit Bintang, Kuala Lumpur. MENGHADAPI pelbagai jenis tekanan dalam menguruskan cabaran kehidupan seharian boleh menyebabkan seseorang mengalami penurunan motivasi serta mengekang keyakinan diri untuk terus bersemangat. Faktor keletihan minda akibat terlalu memikirkan halangan yang bakal ditempuhi juga boleh menyebabkan seseorang itu beralih kepada cara berfikir yang negatif dan akhirnya mengalah dalam mengharungi segala cabaran. Mental yang mengalami keletihan melampau juga boleh menjejaskan kualiti kesihatan dan menyebabkan seseorang itu tidak berupaya untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan hidup. Sebagai usaha mengajak orang ramai sentiasa memulakan hari dengan bersikap positif dalam mengharungi pelbagai cabaran, Brand's melancarkan kempen Take Charge. Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd. (Cerebos), Koh Joo Siang berkata, kempen tersebut bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencapai kecemerlangan hidup. "Bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup, seseorang perlu memberi tumpuan kepada fikiran positif yang boleh mencetuskan kuasa bertindak. "Pemikiran positif membantu menguruskan tekanan dan mengawal kesihatan diri, seterusnya membantu seseorang itu terus gigih mencapai kecemerlangan," kata beliau. Joo Siang berkata demikian semasa merasmikan pelancaran kempen Take Charge di kompleks beli-belah Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu. Selain itu, Cerebos melantik penyanyi, Michael Wong sebagai duta Brand's bagi kempen berdurasi enam bulan tersebut untuk menyampaikan mesej kepentingan mempunyai fikiran positif dalam menghadapi cabaran hidup. Cerebos mengeluarkan barisan produk jenama Brand's di Malaysia sejak 1982 dan kini memasarkan beberapa paten terkenal pelbagai variasi minuman kesihatan berasaskan pati ayam. ORANG ramai tidakmelepaskan peluang bergambar bersama kakitangan Brand's. Minuman kesihatan Antara produk tersebut ialah Pati Ayam Brand's dan variasi campuran bersama ekstrak herba tangkwei, ginseng serta kordisep. Penggunaan pati ayam sebagai minuman kesihatan bermula pada era 1820-an apabila Raja England, Raja George IV mengalami gangguan kesihatan akibat terlalu banyak tekanan. Ia kemudian memberi inspirasi kepada tukang masak istana ketika itu, Henderson William Brand mengekstrak pati ayam sebagai minuman kesihatan istimewa untuk raja tersebut. Selepas bersara dari istana pada tahun 1835, Brand kemudian membuat ekstrak pati ayam yang sama untuk tujuan komersial apabila mendapati kualiti kesihatan Raja George IV bertambah baik. Ujar Joo Siang lagi, kekerapan pengambilan ekstrak pati ayam berupaya membantu meningkatkan keyakinan diri kerana mengandungi nutrien yang menggalakkan perkembangan mental dan fizikal. "Sari pati ayam yang diminum secara kerap dapat membantu meningkatkan prestasi mental. Brand's mengeluarkan pati ayam yang sangat baik untuk tujuan itu. "Nutrien yang terdapat dalam pati ayam boleh menolong meredakan tekanan dan campuran khasiat ekstrak herba pula membantu menambah peningkatan kualiti kesihatan fizikal," katanya. Tambah beliau, keyakinan diri yang dipengaruhi kualiti mental serta fizikal amat diperlukan dalam menguruskan tekanan dan seterusnya berupaya mengawal sebarang keadaan dengan lebih berkesan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |