{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Dua kawasan hutan di Bukit Gambir terbakar

Posted:

Dua kawasan hutan di Bukit Gambir terbakar

Dua kawasan hutan di Bukit Gambir terbakar

10/03/2014 8:14pm

GEORGE TOWN - Dua kawasan hutan di atas Bukit Gambir, iaitu di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul dan kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di sini terbakar semula hari ini.

Hutan itu dilapor terbakar pada pukul 3 petang semalam dan berjaya dipadam lewat malam tadi tetapi api kembali marak pagi ini dengan asap tebal boleh dilihat dari jarak kira-kira lima kilometer.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Azmi Tamat berkata, dua kawasan hutan yang terbakar itu terletak kira-kira satu kilometer antara satu sama lain.

"Kami menerima maklumat yang hutan itu terbakar semula kira-kira pukul 8 pagi ini. Tujuh anggota terlibat dalam operasi memadam kebakaran di kawasan seluas 1.2 hektar itu manakala 14 anggota lagi ditugaskan memadam kebakaran di hutan belakang kampus USM seluas lebih 2.8 hektar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tambah Azmi, kebakaran di dua kawasan hutan itu melibatkan kawasan yang agak luas dan pihaknya akan menambah anggota menjelang malam ini bagi memastikan kebakaran dapat dipadam secepat mungkin.

Anggota bomba terpaksa membawa bekalan air dari bawah untuk memadam kebakaran di dua lokasi berkenaan berikutan tiada bekalan air di kawasan itu, katanya. - Bernama

Banduan lari penjara Pulau Pinang ditangkap

Posted:

Banduan lari penjara Pulau Pinang ditangkap

Banduan lari penjara Pulau Pinang ditangkap

10/03/2014 8:10pm

GEORGE TOWN - Seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pulau Pinang Rabu lepas, ditahan semula di Machang Bubuk, Bukit Mertajam dekat sini awal hari ini.

Lelaki yang dikenali sebagai Phang Ruey Shang, 42, itu ditahan pukul 2.15 pagi di rumah anggota keluarganya, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah.

"Banduan yang lari ketika melakukan tugas pembersihan di luar kawasan penjara itu, difahamkan bersembunyi di beberapa lokasi sebelum pulang ke rumah anggota keluarganya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Tambahnya, lelaki itu yang menjalani hukuman penjara sejak Januari atas kesalahan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi kini direman selama lima hari.

Lelaki yang juga dikenali sebagai Ah Beng itu dilapor hilang selepas membersih longkang dengan lima lagi rakan banduan lain kira-kira pukul 12 tengah hari dan tindakannya hanya disedari ketika warden mahu mengumpul semula banduan untuk dibawa pulang ke penjara. - Bernama

PM Najib umum dana RM200j bantu syarikat bumiputera

Posted:

PM Najib umum dana RM200j bantu syarikat bumiputera

PM Najib umum dana RM200j bantu syarikat bumiputera

10/03/2014 8:06pm

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Dana Pengembangan Perniagaan Bumiputera sebanyak RM200 juta untuk membantu syarikat bumiputera berteraskan teknologi memperluas perniagaan di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri berkata buat permulaan, dana sebanyak RM25 juta telah diperuntukkan kepada Unit Peneraju Agensi Bumiputera (TERAJU), dan akan dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

"Dana ini menyediakan pinjaman bersifat fleksibel, tanpa cagaran dan tempoh bayaran balik enam tahun bermula pada tahun kedua selepas pembiayaan dikeluarkan.

"Namun begitu, setiap projek yang dicadangkan perlu mempunyai prospek keuntungan, dan kertas cadangan mestilah tertumpu kepada aktiviti pengembangan perniagaan," katanya.

Najib berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) di Parlimen hari ini. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat