Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Mayat lelaki ditemui di laluan pejalan kaki
- Lelaki warga emas maut selepas bergaduh
- Juruteknik rugi RM18,000 terpedaya dengan peluang perniagaan kerusi urut
Mayat lelaki ditemui di laluan pejalan kaki Posted: Mayat lelaki ditemui di laluan pejalan kaki11/03/2014 9:46pm KOTA BHARU - Mayat seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental ditemui tertiarap di laluan pejalan kaki berhampiran bangunan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semalam. Kejadian disedari oleh seorang pelajar perubatan yang melalui blok bangunan berkenaan pada pukul 11 malam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd. Rafar ketika dihubungi hari ini berkata, pelajar berkenaan melihat susuk tubuh lelaki di kawasan itu selepas pulang dari bilik X-ray untuk ke asrama. "Pelajar itu nampak seorang lelaki lengkap berpakaian tertiarap sebelum memanggil pegawai perubatan wad kecemasan hospital itu untuk memeriksa keadaan lelaki terbabit sebelum mengesahkan kematian mangsa," kata Idris. Beliau berkata, pihaknya mendapati yang mangsa merupakan pesakit psikiatri yang menerima rawatan di HUSM sejak 20 Julai 2011 sehingga 8 Januari lalu serta telah menerima rawatan sebanyak enam kali. - Bernama |
Lelaki warga emas maut selepas bergaduh Posted: Lelaki warga emas maut selepas bergaduh11/03/2014 9:06pm GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga emas maut hari ini akibat cedera parah di kepala selepas dilapor terlibat dalam pergaduhan di Taman Bukit Jambul di sini semalam. S. Savalingam, 63, yang dikatakan Pengerusi Persatuan Penduduk taman berkenaan mati pada pukul 10 pagi, selepas dirawat kira-kira 15 jam di Hospital Pulau Pinang. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sehubungan itu polis menahan seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 40-an bagi membantu siasatan berhubung kes itu. "Ahli perniagaan itu dikatakan bertemu dengan warga emas itu berhampiran sebuah kedai dobi di taman berkenaan untuk membincangkan masalah penduduk di situ. "Ketika perbincangan berlaku ketegangan antara dua lelaki terbabit dan mereka juga tolak menolak antara satu sama lain sebelum kaki warga emas itu tersadung lalu jatuh," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama |
Juruteknik rugi RM18,000 terpedaya dengan peluang perniagaan kerusi urut Posted: Juruteknik rugi RM18,000 terpedaya dengan peluang perniagaan kerusi urut11/03/2014 8:06pm MELAKA - Seorang juruteknik kilang kerugian RM18,000 kerana terpedaya dengan peluang perniagaan kerusi urut yang ditawarkan sebuah syarikat pembekal barang yang beralamat di Ipoh, Perak. Mustakim Moolish, 32, berkata, pada mulanya beliau menerima panggilan telefon daripada syarikat berkenaan pada 31 Nov tahun lepas yang menjemputnya untuk menghadiri majlis yang diaturkan syarikat itu di sebuah hotel di sini. Katanya, syarikat terbabit menyatakan majlis itu hanya untuk kajian dan turut menawarkan hadiah antaranya tiket penerbangan, baucar makan malam di hotel dan pakej pelancongan. "Setelah berada di sana, syarikat berkenaan sebaliknya menawarkan pakej perniagaan kerusi urut," katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka di sini hari ini. Katanya, syarikat itu akan membekalkan kerusi urut berharga RM18,000 sebuah dan kerusi urut berkenaan akan diletakkan di lokasi yang dipilih syarikat. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |