{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Jerebu boleh dielakkan jika pihak berkuasa kuat kuasa undang-undang

Posted:

Jerebu boleh dielakkan jika pihak berkuasa kuat kuasa undang-undang

Jerebu boleh dielakkan jika pihak berkuasa kuat kuasa undang-undang

13/03/2014 10:30pm

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di kawasan-kawasan tertentu di negara ini hari ini semakin tidak sihat akibat jerebu tebal dan keadaan itu tidak sepatutnya berlaku jika pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang sedia ada, kata seorang aktivis sosial tempatan.

Datuk Seri Ang Lai Soon, yang digelar kumpulan alam sekitar sebagai 'green crusader', berkata, kesihatan dan kebajikan rakyat Malaysia tidak sepatutnya terjejas atas nama kemajuan dan kemakmuran.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Pelabuhan Klang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebagai tidak sihat dengan bacaan 203 pada 1 tengah hari manakala 12 kawasan lain di Lembah Klang, Perak, Megeri Sembilan dan Melaka terus merekodkan bacaan IPU tidak sihat.

Dalam satu kenyataan, Ang berharap pihak berkuasa bertindak untuk memastikan keadaan kualiti udara, yang kini agak membimbangkan, terkawal.

JAS menyenaraikan sumber utama pencemaran di Malaysia berpunca daripada kegiatan industri, aktiviti pembangunan, kenderaan bermotor, pembukaan tanah dan pembakaran terbuka dan kebakaran hutan. - Bernama

Penumpang tunggal warga Taiwan penerbangan MH370 ada hubungan dengan rakyat Malaysia

Posted:

Penumpang tunggal warga Taiwan penerbangan MH370 ada hubungan dengan rakyat Malaysia

Penumpang tunggal warga Taiwan penerbangan MH370 ada hubungan dengan rakyat Malaysia

13/03/2014 10:28pm

KUALA LUMPUR - Penumpang warga Taiwan dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 merupakan isteri kepada seorang rakyat Malaysia.

Abang wanita berkenaan Chuang Ching-chiang dipetik oleh Taiwan's Central News Agency berkata, adik perempuannya, suaminya dan anak sulungnya adalah penumpang dalam penerbangan itu.

Abangnya berkata, adiknya, suaminya rakyat Malaysia keturunan Cina dan tiga anak mereka menetap di Malaysia dan mereka dalam perjalanan ke Beijing untuk urusan perniagaan.

Menurut senarai penumpang MAS, wanita itu ialah Chuang Hsiu-ling, 45.

Beliau merupakan penumpang tunggal warga Taiwan dalam pesawat Boeing 777-200 ke Beijing. - Bernama

Vietnam perluas operasi cari MH370 ke kawasan hutan, gunung

Posted:

Vietnam perluas operasi cari MH370 ke kawasan hutan, gunung

Vietnam perluas operasi cari MH370 ke kawasan hutan, gunung

13/03/2014 10:25pm

BANDAR HO CHI MINH - Vietnam memperluaskan operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang, ke kawasan hutan dan gunung tatkala operasi melibatkan pelbagai negara masih belum menemui sebarang petunjuk pada hari keenam selepas kehilangan misteri pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu.

Wartawan Malaysia bersama-sama rakan sejawat mereka dari Vietnam serta dari China turut serta dalam operasi mencari itu dengan menaiki satu daripada pesawat berkenaan yang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Briged 918 di sini.

Pesawat itu meninjau di kawasan Laut China Selatan di kawasan selatan hala barat di selatan Vietnam tetapi operasi selama tiga jam itu tidak menemui apa-apa yang boleh membantu mengesan lokasi MH370 yang hilang itu.

Beberapa pesawat mencari dan menyelamat turut berlepas dari pangkalan tentera udara itu pagi ini dan tengah hari, namun masih tiada sebarang berita positif.

Pencarian di kawasan selatan Vietnam diperluaskan ke kawasan hutan dan gunung berikutan laporan mungkin MH370 berpatah balik dan tersasar keluar daripada laluan biasa. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat