Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Keluarga puas hati perkhidmatan Malaysia Airlines
- Polis dilihat masuk ke rumah kapten pesawat MH370
- Enam maut, tiga kritikal, disyaki mengambil dadah di sebuah konsert
Keluarga puas hati perkhidmatan Malaysia Airlines Posted: Keluarga puas hati perkhidmatan Malaysia Airlines15/03/2014 9:47pm BEIJING - Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan syarikat penerbangan itu untuk mereka. "Mungkin ada sanak-saudara yang tidak puas hati, tapi kami berpuas hati dengan apa yang disediakan MAS," kata Wen Wan Cheng dari wilayah Shandong, timur China kepada media di Hotel Lido di sini hari ini. Bapa kepada seorang daripada penumpang penerbangan itu berkata, beliau dan isterinya ingin terus berada di sini untuk menunggu berita tentang anak lelaki mereka. Sementara itu, Pengarah Komersial MAS, Dr. Hugh Dunleavy memberitahu, anggota keluarga penumpang terbabit bahawa syarikat penerbangan itu akan memaklumkan kepada mereka tentang khidmat sokongan lain yang bakal disediakan. Sejak pesawat itu hilang pada 8 Mac, MAS menanggung semua perbelanjaan keluarga terbabit. - Bernama |
Polis dilihat masuk ke rumah kapten pesawat MH370 Posted: Polis dilihat masuk ke rumah kapten pesawat MH37015/03/2014 9:14pm SHAH ALAM - Polis dilihat tiba di rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pada 2.42 petang tadi selepas sidang akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu. Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman Laman Seri di Seksyen 13 di sini, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu. Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang. Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan itu, tidak dibenarkan memasukinya pengawal keselamatan. Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi pada Sabtu lepas. -Bernama |
Enam maut, tiga kritikal, disyaki mengambil dadah di sebuah konsert Posted: Enam maut, tiga kritikal, disyaki mengambil dadah di sebuah konsert15/03/2014 8:14pm KUALA LUMPUR - Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas ketika menghadiri sebuah konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal. Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi. Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd. Wazir, 27,. Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |