Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- RAAF gagal kesan serpihan di Lautan Hindi
- Suzuki Assemblers lancar empat model motosikal berkuasa tinggi
- Pengawal keselamatan didakwa bunuh isteri warga Indonesia
RAAF gagal kesan serpihan di Lautan Hindi Posted: RAAF gagal kesan serpihan di Lautan Hindi20/03/2014 9:48pm KUALA LUMPUR - Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) melaporkan cuaca buruk menyebabkan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berdepan masalah mengesan objek yang dicerap satelit di selatan Lautan Hindi yang boleh dikaitkan dengan pesawat Malaysia yang hilang. Dalam tweetnya, AMSA menyatakan kepulan awan dan hujan mengehadkan jarak penglihatan anak kapal pesawat P-3 Orion RAAF dalam usaha mencari objek itu yang dicerap satelit kira-kira 2,500km dari barat daya bandar raya Perth di Australia. Hari ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, imej satelit itu mencerap dua objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370. Pesawat Boeing 777-200ER itu yang membawa 239 orang, berlepas ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lepas dan hilang sejak itu yang kini masuk hari ke-13. Pesawat itu dicari di Laut China Selatan namun kawasan pencarian diperluaskan dengan merangkumi sebahagian besar kawasan barat Malaysia termasuk Lautan Hindi, apabila pesawat itu dipercayai melencong daripada laluan asal penerbangannya setelah seseorang secara sengaja mematikan sistem komunikasi pesawat dan pesawat itu terbang untuk beberapa jam selepas itu. Pencarian kini ditumpukan ke dua koridor iaitu koridor utara yang merangkumi Kazakhstan, Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan yang merangkumi Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi. - Bernama |
Suzuki Assemblers lancar empat model motosikal berkuasa tinggi Posted: Suzuki Assemblers lancar empat model motosikal berkuasa tinggi20/03/2014 8:08pm KUALA LUMPUR - Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. hari ini melancarkan empat model motosikal berkuasa tinggi baharu untuk pasaran tempatan di Hard Rock Cafe, petang tadi. Empat model itu ialah Hayabusa GSX1300R, GSX1250FA, GSX-R1000 dan V-Strom 1000. Keempat-empat model itu dijual dengan harga di antara RM102,697 sehingga RM75,958. - KOSMO! |
Pengawal keselamatan didakwa bunuh isteri warga Indonesia Posted: Pengawal keselamatan didakwa bunuh isteri warga Indonesia20/03/2014 7:45pm SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh isterinya, seorang rakyat Indonesia, di sebuah flat di Seksyen 7 di sini minggu lepas. M. Raman, 46, didakwa membunuh Rasiyah Tawil, 44, di 4-11, Blok 53, Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Jalan Plumbum 7/100, Seksyen 7, antara pukul 4.30 pagi dan 6 pagi, 13 Mac lepas. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam Bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan. Majistret Ellyana Razali menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes selepas Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima laporan bedah siasat. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |