Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Tiga beranak disamun empat lelaki bersenjatakan parang
- Pengawal keselamatan wanita maut dirempuh lori
- PPDNKK P. Pinang rampas pelbagai barangan tiruan bernilai RM16,000
Tiga beranak disamun empat lelaki bersenjatakan parang Posted: Tiga beranak disamun empat lelaki bersenjatakan parang22/03/2014 9:37pm KUANTAN - Tiga beranak berdepan dengan detik cemas apabila disamun oleh empat lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di kedai runcit milik mereka di Kampung Huma, Pekan Awah, Maran malam tadi. Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Sulaiman A. Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu si suami, 58, dan isterinya, 56, bersama seorang anak lelaki mereka berusia 15 tahun turut diugut untuk dicederakan dengan parang sebelum mereka diikat. "Ketika sedang berada di dalam kedai itu, empat lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba meluru masuk dan terus mengacukan senjatan itu ke arah mereka. "Suspek kemudian bertindak mengikat kaki dan tangan tiga beranak tersebut sebelum menggeledah kedai mangsa," katanya kepada Bernama hari ini. Menurutnya antara barang yang dilarikan termasuk barang kemas milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM5,000 dan wang tunai RM300. Kata Sulaiman, polis kini sedang mengesan kesemua suspek terlibat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama |
Pengawal keselamatan wanita maut dirempuh lori Posted: Pengawal keselamatan wanita maut dirempuh lori22/03/2014 9:35pm KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan wanita maut dirempuh sebuah lori mengangkut tanah ketika menunggang motosikalnya di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini hari ini. Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rosli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira 11.45 pagi tadi, ketika Siti Rokiah Md Yit, 54, dipercayai dalam perjalanan pulang dari pasar. "Siasatan awal mendapati lori tersebut gagal berhenti dan terus melanggar mangsa dari arah belakang ketika mangsa berhenti di lampu isyarat berhadapan Kondo Setia Sky dan menyebabkan mangsa maut ditempat kejadian," katanya. Sementara itu, saksi kejadian yang enggan dikenali memberitahu Bernama, pemandu lori tersebut tidak sempat menekan brek lalu merempuh mangsa ketika lampu isyarat bertukar merah. Pemandu lori berkenaan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai/merbahaya hingga menyebabkan kematian. - Bernama |
PPDNKK P. Pinang rampas pelbagai barangan tiruan bernilai RM16,000 Posted: PPDNKK P. Pinang rampas pelbagai barangan tiruan bernilai RM16,00022/03/2014 8:36pm GEORGE TOWN - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang berjaya merampas pelbagai barangan berjenama tiruan antaranya jersi, beg dan aksesori wanita serta cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) dalam satu serbuan di sebuah gerai penjaja di Batu Feringghi, dekat sini malam tadi. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abdul Rosik Yakub berkata, dalam serbuan pada pukul 10 malam yang disertai sembilan anggota penguatkuasa itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 30-an iaitu pemilik gerai berkenaan. "Antara barangan yang dirampas adalah jersi pasukan bola sepak antarabangsa jenama Adidas, 24 unit beg dan aksesori wanita jenama Channel dan Loius Vuitton bernilai kira-kira RM6,000. "Selain itu kita turut merampas 2,000 keping VCD dan DVD pelbagai tajuk termasuk lucah bernilai kira-kira RM10,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata, pihaknya sering menghadapi kesukaran melakukan serbuan di Batu Feringghi kerana tonto mengawasi kawasan itu dan akan memberitahu peniaga supaya menutup gerai masing-masing sekiranya terdapat operasi oleh pihak berkuasa. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |