Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Solat ghaib tidak perlu setakat ini
- Usaha mencari MH370 tertumpu di koridor selatan
- Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan mengenai pencarian pesawat MH370
Solat ghaib tidak perlu setakat ini Posted: Solat ghaib tidak perlu setakat ini25/03/2014 9:29pm PUTRAJAYA - Muzakarah Jawankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan solat ghaib ke atas penumpang MH370 beragama Islam tidak diperlukan buat masa sekarang. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, ia berikutan pihak berkuasa yang menjalankan kerja mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang mayat, sebahagian mayat atau cebisan mayat berhubung kejadian tersebut. - KOSMO! |
Usaha mencari MH370 tertumpu di koridor selatan Posted: Usaha mencari MH370 tertumpu di koridor selatan25/03/2014 8:55pm KUALA LUMPUR - Usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kini tertumpu di koridor selatan Lautan Hindi meliputi kawasan seluas 469,407 batu nautika persegi. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berikutan penemuan analisis data terkini, operasi mencari di koridor utara telah dihentikan. "Kami sedang bekerja untuk memperincikan lagi kawasan carian, menggunakan empat kaedah yang saya nyatakan sebelum ini: mengumpulkan maklumat daripada pemantauan satelit, analisis data daripada pemantauan radar, meningkatkan aset-aset permukaan dan udara, dan meningkatkan bilangan pakar teknikal dan bidang berkaitan," katanya. Beliau berkata, demikian pada sidang akhbar mengenai perkembangan operasi mencari MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Mengenai penghantaran aset, dua pesawat Korea berlepas dari lapangan terbang Subang ke Perth pagi ini dan enam kapal China serta kapal tentera laut Australia , HMAS Success kini berada di kawasan pencarian. - Bernama |
Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan mengenai pencarian pesawat MH370 Posted: Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan mengenai pencarian pesawat MH37025/03/2014 8:24pm KUALA LUMPUR - Berikut kenyataan Menteri Pertahahan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media mengenai pencarian pesawat MH370 Pener (MAS) yang hilang, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini: "Ketika usaha mencari MH370 diteruskan, kami tetap memberi fokus untuk mengecilkan kawasan pencarian. "Hasil kerjasama kukuh daripada rakan-rakan antarabangsa, cabaran tidak lagi bersifat diplomatik. Ia sekarang tertumpu pada teknikal dan logistik. Oleh kerana skala siasatan sekarang lebih kompleks, pemberitahuan maklumat teknikal dan logistik akan dikendalikan secara berbeza. Seperti yang anda lihat hari ini, ini bermakna Malaysia Airlines menjalankan usaha untuk berkomunikasi dengan keluarga penumpang. "Ketika kawasan pencarian dikecilkan, cabaran baru timbul termasuk menguruskan sumber di kawasan mencari dan menyelamat yang terpencil. "Kami meneruskan kerjasama dengan negara-negara sahabat dan rakan ketika kami berusaha mendapatkan lebih banyak sumber bagi menyokong operasi di kawasan terbabit," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |