Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Lapan penuntut USM gagal turun Gunung Jerai
- Perak hanya kutip satu mata
- Chong Wei mara ke final All England 2014
Lapan penuntut USM gagal turun Gunung Jerai Posted: Lapan penuntut USM gagal turun Gunung Jerai08/03/2014 11:16pm YAN - Seramai lapan penuntut lelaki dari Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan gagal turun daripada Gunung Jerai di sini selepas salah seorang rakan mereka cedera dalam kejadian petang tadi. Kesemua mereka dikatakan mula mendaki kira-kira pukul 10 pagi tadi bagaimanapun gagal turun apabila seorang daripada pelajar itu mengalami kecederaan. Kesemua mereka berusia antara 23 hingga 26 tahun tersebut dikatakan naik ke Gunung Jerai untuk berkhemah dan difahamkan ia tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri menerima laporan tentang kejadian pada pukul 8.13 malam tadi dan kini operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan. - KOSMO! |
Posted: Perak hanya kutip satu mata08/03/2014 11:00pm IPOH - Perak terpaksa berpuas hati dengan mengutip satu mata selepas seri 1-1 menentang PKNS FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di sini malam tadi. Pemain import dari Brazil, Eliel da Cruz menceriakan kira-kira 10,000 penyokong Seladang apabila berjaya memperoleh gol pertama perlawanan seawal minit keenam. Gol yang berpunca daripada gerakan cantik pasukan tuan rumah diperoleh selepas pertahanan lawan gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan disudahkan oleh Eliel da Cruz. Kealpaan benteng skuad The Bos Gaurus menghadiahkan gol penyamaan yang dicari-cari pasukan pelawat menerusi Karlo Primorac pada minit ke-40. Hantaran silang depan gol daripada kapten pelawat, Mohd. Fauzan tidak disia-siakan Primorac yang dengan tenang menyudahkan gol. - KOSMO! |
Chong Wei mara ke final All England 2014 Posted: Chong Wei mara ke final All England 201408/03/2014 10:42pm KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa bekerja keras untuk meneruskan cabaran ke final Kejohanan Badminton All England 2014 di National Indoor Arena, Birmingham, England. Pada perlawanan separuh akhir hari ini, Chong Wei menerima tamparan awal apabila tewas pada set pertama 14-21 kepada pemain bukan pilihan Son Wan Ho dari Korea Selatan sebelum bangkit pada set kedua 21-19. Chong Wei turun selaku pemain pilihan utama meraih kemenangan 21-15 pada set ketiga dalam perlawanan yang berlangsung selama 1 jam 11 minit, menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport. Menanti Chong Wei pada final esok ialah juara bertahan Chen Long dari China selepas menyingkirkan rakan sepasukannya Wang Zheming, 21-17 dan 21-14 dalam satu lagi perlawanan. Chong Wei merangkul kejuaraan All England pada 2010 dan 2011 kemudian Lin Dan dari China merampas kejuaraan itu pada 2012. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |