{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Krisis kepimpinan jika Anwar menang DUN Kajang - TPM

Posted: 03 Mar 2014 03:08 AM PST

Oleh HUSSAINI AMRAN dan FAIZAH IZZANI

HULU LANGAT 3 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangka Selangor bakal dilanda krisis sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pelbagai isu dan masalah akan timbul berikutan hasrat Anwar ingin menjadi Menteri Besar Selangor.

"Jelas terbukti inilah tujuan sebenar pilihan raya itu diadakan," katanya ketika berucap merasmikan Jentera Jalinan Rakyat Wanita Barisan Nasional (BN) PRK DUN Kajang di Taman Saujana Impian, Kajang di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel; Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas; Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Timbalan Pengerusi Wanita BN, Datuk Azizah Mohd. Dun; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan calon BN bagi PRK DUN Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun. - UTUSAN ONLINE

Jadikan air barang kawalan - MCA

Posted: 03 Mar 2014 01:46 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Mac - Tindakan tegas perlu diambil terhadap peniaga tidak bertanggungjawab yang menjual air pada harga tinggi sebagai pencegahan dan amaran kepada peniaga lain yang cuba mengaut keuntungan ekoran pelaksanaan catuan air ketika ini.

Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, sekiranya keadaan itu tidak dapat ditangani, pihak berkuasa perlu menimbangkan menjadikan air minuman sebagai barang kawalan harga buat sementara waktu dengan menetapkan harga siling bagi mencegah kenaikan harga.

"Adalah penting untuk memastikan tidak berlaku kenaikan harga dan terdapat bekalan air minuman mencukupi di pasar raya dan pasar raya besar.

"Oleh itu, pihak berkuasa perlu memantau pasar dan melakukan pemeriksaan mengejut dengan lebih kerap untuk memastikan harga minuman kekal dijual pada harga berpatutan," katanya yang juga Ahli Parlimen Labis dalam kenyataan di sini hari ini - BERNAMA

Ikan kembung RM6 sekilogram di Pulau Pinang

Posted: 03 Mar 2014 01:37 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Mac - Ikan kembung saiz sederhana dijual serendah RM6 sekilogram di Pasar Basah Jalan Kuantan, Pulau Pinang hari ini.

Menurut portal www.1pengguna.com, ikan tersebut dijual RM7 sekilogram di Pasar Besar Alor Setar dan pada harga RM7.40 di Econsave Sitiawan, Perak.

Portal tersebut turut memaklumkan harga ikan cencaru bersaiz sederhana pada harga RM2.99 sekilogram boleh didapati di pasaraya Econsave Cash & Carry di Butterworth.

Sementara itu, bagi sayur-sayuran pula pasar raya Tesco di Kuala Selangor, meletakkan harga RM1.98 bagi setiap kilogram tomato manakala kobis bulat tempatan berharga RM1.20 sekilogram di Aeon Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Portal kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu turut menyenaraikan harga tembikai merah tanpa biji pada 79 sen sekilogram di pasaraya Hero di Wangsa Maju di sini dan 90 sen di pasar raya Econsave, Bukit Mertajam.

Orang ramai juga boleh merujuk portal www.1pengguna.com kendalian kementerian itu yang dapat membimbing mereka bagi mendapatkan barangan pada harga kompetitif dalam menangani kos sara hidup.

- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat