{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Lagi 323,941 premis terlibat dalam catuan peringkat ketiga

Posted: 07 Mar 2014 02:02 AM PST

Oleh Normairah Yuhanis Jamaludin

KUALA LUMPUR 7 Mac - Sebanyak 232,941 premis lagi di Lembah Klang akan terlibat dalam catuan air peringkat ketiga mulai Isnin sehingga 31 Mac ini.

Catuan peringkat ketiga itu melibatkan lebih 508 kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam/Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, penambahan sebanyak 248 kawasan lagi.

Penjadualan catuan air peringkat ketiga itu merupakan lanjutan daripada peringkat kedua yang dimulakan Ahad lalu yang melibatkan 260 kawasan dengan 413,617 pintu rumah.

Antara kawasan catuan yang mempunyai jumlah premis terbanyak ialah di Seluruh Seksyen 17 hingga Seksyen 19, Seksyen 20 dan Seksyen 24, Shah Alam iaitu 24,914, seluruh Puncak Alam di Kuala Selangor 11,759 pintu rumah, Berjaya Park (Seksyen 32) di wilayah Klang/Shah Alam/Kuala Langat/Subang Jaya 10,648 dan Mah Sing di Petaling 10,578. - UTUSAN ONLINE

Hidangan RM1,500: pemilik restoran diminta beri penjelasan

Posted: 06 Mar 2014 11:42 PM PST

Oleh HAKIMI ISMAIL

PUTRAJAYA 7 Mac - Sebuah restoran di Temerloh diminta memberi penjelasan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berhubung juadah harga ikan kelah yang agak mahal iaitu RM726 bagi dua ekor.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati restoran tersebut tidak melanggar sebarang peruntukan di bawah Perintah Penandaan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993.

Beliau berkata, pihaknya juga mendapati tanda harga ada dipamerkan di dalam restoran berkenaan dan pengguna juga mempunyai akses kepada harga ikan kelah, patin buah dan udang galah sebelum membuat tempahan.

"Namun kita berpendapat harga itu mahal dan notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sudah dikeluarkan bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada pemilik restoran berkenaan harga ikan berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 4 Mac lalu, pemilik restoran di Temerloh itu menjadi perbualan hangat di laman sosial kerana mengenakan harga RM1,500 bagi hidangan makan tengah hari untuk lapan orang pelanggannya. - UTUSAN ONLINE

Kementerian Sumber Manusia lancar portal MyPLWS

Posted: 06 Mar 2014 11:25 PM PST

PUTRAJAYA 7 Mac - Majikan, kesatuan sekerja dan pekerja kini boleh mengakses portal MyPLWS bagi mendapatkan maklumat mengenai PLWS atau sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, portal itu mengandungi pelbagai maklumat interaktif berkaitan PLWS termasuk faedah pelaksanaan, kaedah membangunkan model PLWS dan contoh model asas PLWS.

Portal juga mengandungi kemudahan e-pembelajaran iaitu kalkulator produktiviti dan i-PLWS yang boleh diguna oleh majikan untuk mengukur produktiviti organisasi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya portal turut memuatkan kisah kejayaan majikan melaksanakan PLWS serta keputusan mahkamah berkaitan pertikaian PLWS sebagai panduan kepada majikan dan kesatuan sekerja memilih model PLWS yang bersesuaian.

Riot berkata, MyPLWS boleh diakses menerusi pelbagai peranti dan dibangunkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

"Diharapkan portal MyPLWS ini menjadi satu medium dalam usaha kerajaan mempromosikan PLWS secara meluas dan menjadi pintu gerbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi," katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat