Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- MH370: Tiada letupan di Laut China Selatan - Pentagon
- Pasport palsu: Siasatan dalaman dibuat
- MH370: Kerajaan nafi lambat salur maklumat
MH370: Tiada letupan di Laut China Selatan - Pentagon Posted: 09 Mar 2014 03:07 AM PDT NEW YORK 9 Mac - Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Pentagon mencadangkan pesawat Malaysia Airlines yang hilang, tidak meletup di Laut China Selatan semalam. Menurut akhbar The New York Times yang memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS), satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia, tidak mengenal pasti sebarang tanda letupan. - Agensi |
Pasport palsu: Siasatan dalaman dibuat Posted: 09 Mar 2014 01:54 AM PST Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD PUTRAJAYA 9 Mac - Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan satu siasatan dalaman ekoran pembolosan dua pasport palsu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dikesan berikutan misteri kehilangan pesawat MH 370 pagi semalam. Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan tersebut akan menyentuh pelbagai aspek dan ia akan diketuai oleh Ketua Pengarah Imigresen, Aloyah Mamat. - UTUSAN ONLINE |
MH370: Kerajaan nafi lambat salur maklumat Posted: 09 Mar 2014 01:50 AM PST SEPANG 9 Mac - Kerajaan menafikan lambat menyalurkan sebarang berita dan maklumat terkini berhubung kehilangan pesawat MH370 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing sejak awal pagi semalam. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, setiap maklumat yang diperolehi perlu ditapis terlebih dahulu dan hanya maklumat tepat boleh disalurkan kepada orang ramai. "Tiada guna sekiranya kita beri maklumat dengan cepat tetapi tidak benar dan hanya berbentuk spekulasi. "Perkara ini hanya menyebabkan ada ahli keluarga yang sakit hati kerana mereka benar-benar memerlukan maklumat," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pusat media di Hotel Sama-Sama di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |