Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT Kasut TomRich boleh didapati dalam dua pilihan iaitu boots atau siri 'designer' yang direka oleh Fairuz Ramdan yang merupakan pereka fesyen terkemuka untuk koleksi pakaian lelaki. Kasut merupakan aspek terpenting dalam penampilan kerana ia akan mencerminkan peribadi dan personaliti si pemakainya. Tidak seperti golongan wanita yang selalunya memiliki banyak koleksi kasut untuk pelbagai majlis atau aktiviti sama ada majlis makan malam, bersukan, santai, mengembara atau sebagainya. Namun tidak bagi lelaki kerana sepasang kasut boleh dijadikan pelbagai fungsi, tidak kira untuk apa tujuan sekalipun asalkan ia selesa dan bersesuaian dengan acara. Kali ini ruangan Trend memaparkan koleksi kasut khas untuk jejaka yang ingin tampil ranggi, lasak dan bergaya daripada koleksi Tom Rich. Kasut yang 100 peratus buatan tangan itu menggunakan kulit sepenuhnya dan dijahit kemas bagi memastikan kualiti yang terjamin. Seakan kasut buatan negara barat, kasut itu sebenarnya lahir dari Nusantara yang direka oleh dua rakan kongsi dari negara berbeza, Malaysia dan Indonesia. Penggunaan kulit daripada pelbagai jenis seperti crazy horse, nubuck, full grain, raugh out dan lain-lain memberikan identiti menarik kepada kasut jenama Tom Rich ini. Bagi peminat kasut kulit, sudah pasti kamu akan obses dengan kasut kulit yang ditawarkan dalam koleksi ini, lebih-lebih lagi 100 peratus kasut yang dihasilkan menggunakan kulit asli, mempunyai corak yang menarik dan buatan tangan. Buat masa ini, kasut Tom Rich boleh didapati dalam dua pilihan iaitu boots atau siri 'designer' yang direka oleh Fairuz Ramdan yang merupakan pereka fesyen terkemuka untuk koleksi pakaian lelaki. 'Untuk mereka yang berani' merupakan antara moto kasut ini. Ia sememangnya ditujukan khas buat mereka yang meminati custom culture seperti mengubah suai motosikal, penunggang motosikal atau kereta dan sealiran dengannya. Sudah pasti mereka yang menggunakannya akan tampak maskulin dan berbeza dengan identiti kasut kulit yang menonjolkan ciri-ciri lelaki sejati. - AMIRUL/NOOR AZLINA JAAFAR |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |