{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Suami cetus minat perniagaan bakeri

Posted: 20 Mar 2014 11:15 PM PDT

Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar Wahidin Salim

Kerja-kerja membuat kek kini dibantu oleh pekerjanya.

apa juga pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh tumpuan, serta tidak mudah menyerah kalah pasti akan membuahkan hasil yang cukup manis.

Prinsip tersebut turut menjadi azimat kepada Noor Afizah Mohd. Salleh, 42, dan suaminya, Bahtiar Abdul Kassim, 42, dalam memastikan kejayaan perniagaan bakeri mereka.

Pasangan pemilik The Baker Places itu mengakui, perjalanan sejak 10 tahun lalu untuk mengecapi kejayaan bukanlah mudah seperti disangka, kerana banyak onak dan duri yang ditempuhi terutama di peringkat awal perniagaan.

Ditambah lagi ketika itu mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam dunia bakeri.

Segalanya bermula apabila saya memutuskan untuk berhenti kerja di sebuah syarikat guaman kerana mahu mengikut suami yang berpindah kerja di Seremban, Negeri Sembilan.

Sambil duduk di rumah menjaga dua anak kami, timbul keinginan untuk berniaga bagi memiliki wang sendiri memandangkan ketika itu semua kewangan dan keperluan rumah ditanggung oleh suami.

Kebetulan suami pula memang minat dan mengikuti kelas membuat roti kerana katanya, ingin mencari pengalaman serta persediaan bagi memiliki perniagaan sendiri," kata Noor Afizah yang berasal dari Tapah, Perak.

Menurutnya, segala ilmu membuat roti yang dipelajari suaminya kemudian dikongsi dengannya.

Bagi menunjukkan lagi sokongan dan kesungguhan, suaminya turut membeli mesin penguli dan ketuhar bersaiz kecil bagi memudahkan Noor Afizah mencuba membuat roti.

Biasanya suami akan menghadiri kelas bakeri pada sebelah petang selepas habis waktu kerja. Apabila pulang ke rumah dia akan mengajar saya pula.

Pada permulaan memang sedikit sukar tetapi rutin tersebut diteruskan berulang-ulang sehingga kami berdua berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.

Ketika itu tiga jenis roti sahaja yang berjaya dihasilkan iaitu roti piza, roti sardin dan roti kacang merah," katanya mengimbas pengalaman lalu.

Noor Afizah berkata, selepas mahir menghasilkan tiga jenis roti tersebut, dia memberanikan diri menghasilkan roti dalam perbagai rasa untuk jual oleh suaminya di tempat kerja.

Rutin harian saya selepas itu, selain menjadi suri rumah turut membantu suami menambahkan pendapatan dengan membuat tiga jenis roti setiap hari.

Suami turut menjual roti dari rumah ke rumah di sekitar tempat tinggal lama kami di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Subang setiap kali habis kerja. Dia akan masukkan roti tersebut dalam troli dan memicit hon tangan bagi menarik perhatian penghuni rumah.

Awalnya, sambutan agak tidak memuaskan menyebabkan kami mengambil keputusan untuk berpindah jualan ke kawasan perumahan ibu bapa saya di Cheras," katanya.

Di tempat baharu, jualannya lebih menggalakkan sehingga mereka mengambil keputusan mencari rumah teres untuk disewa berdekatan dengan kawasan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, bagi dijadikan bengkel membuat roti dan tempat jualan.

Selepas menyewa di sana, mereka telah membeli mesin penguli dan pembakar roti lebih besar hasil daripada duit jualan dan wang simpanan yang dikumpul.

Atas cadangan suami, kami turut membuka sebuah gerai kecil untuk jualan roti berdekatan dengan stesen LRT Bandar Tun Razak.

Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakkan kerana lokasinya yang strategik dan ramai orang lalu-lalang bagi menggunakan perkhidmatan LRT," ujarnya.

Ujar Noor Afizah lagi, selepas melihat permintaan yang tinggi, suaminya sekali lagi mencadangkan supaya mereka membuka The Backer Place yang kini beroperasi di Pusat Komersial Bandar Tun Razak.

Kedai tersebut mula di buka pada tahun 2006 dan merupakan satu-satunya kedai bakeri milik bumiputera yang beroperasi di kawasan tersebut.

Ketika mula beroperasi, The Baker Places hanya menjual beberapa jenis roti sahaja dan pelanggan yang datang pula sering bertanyakan tentang kek.

Bagi memastikan pelanggan tidak terus kecewa, saya mengambil kek daripada rakan-rakan yang dikenali untuk dijual di kedai. Melihat keuntungan yang tidak seberapa, saya mengambil langkah menghadiri kursus membuat kek bagi mempertingkatkan produk jualan di sini.

Bagi menambah kek mahupun roti kami banyak membuat pemerhatian melalui kunjungan ke bakeri lain dan pembacaan melalui majalah serta internet.

Bagi memastikan rasa kek yang kami hasilkan mempunyai rasa yang sama dan kualiti yang terjaga, setiap kali ia siap saya atau suami akan merasa terlebih dahulu sebelum dijual kepada pelanggan.

Ketika ini The baker Places mempunyai hampir 20 jenis produk kek dan roti. Tiga jenis kek yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan ialah kek coklat, red velvet dan indulgence," katanya yang dibantu lima pekerja.

Ditanya perancangan masa hadapan perniagaan, Noor Afizah mengakui mereka sedang berusaha untuk memiliki dapur berpusat (central kitchen) sendiri buat masa terdekat bagi memudahkan proses pemprosesan dan penghasilan produk.

Selain menjual produk kek dan roti, The Baker Places juga menerima tempahan kek kahwin, kek hantaran dan kek harijadi. Maklumat lanjut layari www.the bakersplace.biz.

Hari Wanita mencetus perubahan

Posted: 19 Mar 2014 11:17 PM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar KAMAL BASIR

Tuanku Zara Salim bersalaman dengan sebahagian wanita OKU pada sambutan Hari Wanita Sedunia 2014, anjuran Gleneagles Kuala Lumpur, baru-baru ini.

SIAPA sangka takdir menentukan individu yang normal menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) dengan pelbagai sebab yang mungkin sama sekali tidak pernah difikir atau diduga. Di negara ini, statistik menunjukkan kebanyakan individu lingkungan usia 20 hingga 30-an menjadi OKU setelah terbabit dalam kemalangan.

Ada juga yang menjadi OKU akibat serangan penyakit dan juga faktor usia. Hakikatnya bilangan mereka yang tergolong sebagai individu kurang upaya semakin meningkat setiap tahun.

Kenyataan ini dikongsikan oleh Pakar Perunding Perubatan Pemulihan Gleneagles, Datin Paduka Dr. Tunku Taayah Tunku Zubir pada sambutan Hari Wanita Sedunia 2014 anjuran Gleneagles Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.

Menurut Dr. Tunku Taayah, masih banyak perubahan yang perlu berlaku di peringkat komuniti dan tempat kerja bagi memudahkan golongan OKU melalui kehidupan yang lebih mesra OKU.

Kehidupan menjadi amat mencabar kepada mereka bukan sahaja untuk melakukan aktiviti harian, malah turut terpaksa berhadapan dengan komplikasi penyakit lain seperti diabetes, darah tinggi, jantung dan kanser.

Malah ada juga di antara mereka yang menjadi OKU berhadapan dengan masalah kemurungan yang jika tidak dirawat boleh membawa kepada pelbagai masalah lain," jelasnya.

Apa yang lebih mengharukan apabila hampir 80 peratus daripada pesakit yang mengalami kehilangan upaya masih sukar diterima dalam komuniti terutamanya di tempat kerja.

Justeru kami berharap melalui platform ini lebih ramai akan sedar bahawa golongan OKU tidak memerlukan simpati masyarakat tetapi perlunya memahami bahawa golongan ini mampu membawa perubahan dan menyumbang kepada negara," ujar beliau.

Sementara itu satu forum menarik bersama wanita OKU berjaya dalam bidang masing-masing untuk memberi inspirasi kepada wanita OKU lain turut diadakan.

Antara ahli panel OKU yang dijemput termasuk seniwati tanah air, Ida Nerina; Senator Bathmavathi Krishnan; atlet paralimpik negara, Norisah Bahrom; aktivis OKU, Christine Lee dan Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Dr. Naziaty Mohd. Yaacob.

Forum telah dikendalikan oleh Dr. Tunku Taayah dan Dr. Naziaty sebagai moderator, berkongsi pengalaman suka duka insan bergelar OKU pengkhususan dalam aksesibiliti melibatkan OKU.

Bagi Ida Nerina yang mengalami lumpuh setelah terjatuh tangga di kediamannya, Jun 2010, semenjak berkerusi roda dia tidak merasakan perbezaan layanan sekeliling pada dirinya.

Wanita yang sentiasa positif ini, dia tetap meneruskan aktiviti seninya dan kini turut bergiat aktif dalam produksi seni.

Saya terus terang sejak berkerusi roda empat tahun lalu saya tidak pernah rasa seperti orang yang kurang upaya," katanya yang begitu bersemangat dan ceria.

Ida tidak mematahkan cita-cita dan minatnya dalam bidang seni setelah berkerusi roda, malah dia mengakui segala impiannya untuk menjadi insan di belakang tabir produksi seni kini menjadi kenyataan.

Saya ambil keputusan membuat apa yang saya mahu seperti mengarah dan jadi orang di belakang tabir. Terkini saya bersama projek Ikal Mayang satu produksi di bawah pertubuhan bukan kerajaan Golden Girls.

Pertubuhan ini membina satu platform untuk wanita menyuarakan pendapat dan hak mereka terutamanya wanita OKU. Kami percaya wanita OKU atau tidak sebenarnya mempunyai peluang yang sama untuk menjana ekonomi di negara ini," jelas Ida.

Norisah Bahrom pula mengakui pengalaman pahitnya semenjak menjadi OKU ialah ketika hendak membuat pasport di jabatan imigresen.

Saya berkerusi roda sejak berusia 18 tahun, pada tahun 1999 saya perlu ke luar negara, saya tiada kerusi roda bersesuaian untuk ke pejabat imigresen, jadi saya terfikir untuk mendapatkan papan roda lungsur dan selipar untuk tangan.

Kaunter agak tinggi dan lebih menyedihkan kaunter yang saya tuju diberitahu adalah di kaunter lain yang pastinya amat menyukarkan saya," katanya.

Christine Lee yang berkerusi roda sejak usianya dua tahun akibat menghidap polio, merasakan kehidupannya ketika zaman kanak-kanak begitu sukar.

Mulanya saya ke kelas yang mempunyai tangga, guru besar memberitahu saya dipindahkan ke kelas bawah.

Di sekolah, saya langsung tidak mempunyai peluang ke tandas. Bayangkan saya ke sekolah tanpa minum setitik air pun kerana takut akan rasa mahu buang air kecil. Ketika tamat belajar pula saya dipanggil untuk temuduga tapi akhirnya setelah bakal majikan tahu saya menaiki kerusi roda dia tidak mahu menerima saya," imbasnya.

Christine bagaimanapun tidak menafikan ada majikan yang bagus seperti Maybank yang telah menerimanya bekerja di syarikat perbankan itu di bahagian pelaburan selama 20 tahun.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat