{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Hiburan


Bimbang terkena lagi

Posted: 01 Mar 2014 10:06 AM PST

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my

KETIKA ini Stacy Angie Anam menerima reaksi dan komen yang pelbagai.

Semua itu berpunca daripada kenyataanya mengenai kesediaan memeluk agama Islam apabila ramai yang membuat spekulasi bahawa memang benar dia menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Akim.

Kata Stacy, dia bersedia untuk memeluk agama Islam andainya takdir membawanya ke arah itu pada satu masa nanti.

Namun entah bagaimana hal itu menjadi satu masalah lain apabila ada sesetengah pihak termasuk keluarga yang kurang senang dengan kenyataan Stacy mengenai hal itu.

Seperti lazimnya yang perlu ditelan oleh mana-mana individu yang bergelar artis, Stacy terpaksa menerima pandangan mereka yang menghentam dirinya tanpa rasional.

Mengaku bahawa ada silapnya di situ, Stacy tidak menyalahkan orang lain dalam belenggu masalah yang secara tak sengaja diciptanya itu.

"Mungkin sepatutnya dari awal saya tak perlu menyuarakan hal itu. Memang silap saya. Kadangkala bila ditanya, yang kita jawab dan yang ditulis dan dipaparkan tak sama. Bukan bermaksud saya tak percaya atau menyalahkan orang.

"Kadangkala mungkin apa yang saya cakap orang lain tak faham, lalu jadi pula hal lain. Tipulah kalau saya cakap saya okey saja apabila ada yang menyuarakan rasa kurang senang dengan kenyataan saya itu.

"Sungguhpun apa yang saya suarakan itu satu perkara yang baik tapi dari satu sudut, tentu sekali akan ada pihak yang tak selesa dengannya," katanya jujur.

Begitu longlai Stacy menyusun katanya agar tetap berada di landasan. Cukup berhati-hati. Mengiyakan keadaan itu, kata wanita berusia 24 tahun ini, dia terpaksa mengambil langkah berwaspada dalam berkata-kata kerana bimbang akan terkena sekali lagi.

Dalam tenang, Stacy berkongsi rasa mengenai isu agama yang baginya satu perkara yang serius untuk diperkatakan.

"Ini bukan hal main-main. Betul, ramai yang menyokong dan ada juga yang sebaliknya. Ramai yang memberikan reaksi yang berbagai. Jadi keadaan itu membuatkan saya tertekan seolah-olah saya menjadi mangsa.

"Kadang-kadang timbul juga rasa menyesal sebab buat kenyataan itu secara terbuka. Sedangkan hal belum benar-benar terjadi.

"Rasanya lebih baik saya berdiam diri saja. Itu jalan yang terbaik," katanya.

Bosan soal jodoh

Mengaitkan hubungan cintanya dengan Akim, Stacy tidak dapat mengelak daripada pertanyaan yang berulang-ulang ini.

Seringkali menjadi sasaran media mengenai hal itu, Stacy mengaku tidak kisah ditanya hal begitu meskipun kadangkala sudah muak dan bosan dengannya.

Sedar bahawa dirinya seorang artis dan perlu sentiasa bersedia dengan soalan mengacu hal peribadi, Stacy bagaimanapun tidak mahu dilabel enggan memberi kerjasama.

"Memang selalu sangat orang bertanya soal cinta. Bagi saya sudah lumrah untuk saya menjawab semua itu. Saya tak kisah pun. Cuma kebelakangan ini saya rasa ada sesetengah perkara saya perlu simpan untuk diri sendiri.

"Ramai yang mahu kesahihan mengenai hubungan saya dengan Akim. Balik-balik mesti digosip dengan dia walaupun saya sudah katakan yang saya memang rapat dengan dia tapi sebagai kawan.

"Kadangkala terfikir juga, kenapalah orang tak cuba kaitkan saya dengan orang lain. Tapi nanti orang cakap saya ini playgirl pula. Serba tak kena," katanya yang mempunyai anak angkatnya yang comel, Bella De Luna Velentine yang kini berusia dua tahun.

Mengaku bukan mahu menjadi seorang yang perahsia Stacy menjelaskan, diam adalah perkara terbaik yang wajar dilakukan olehnya buat masa ini jika ada yang bertanya mengenai soal cinta dan perkahwinan.

Kata anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini, banyak yang dipelajarinya apabila muncul soal sebegini.

Bagi Stacy selagi belum benar-benar pasti atau terjadi sama ada soal cinta, perkahwinan atau soal agama, dia tidak akan lagi membuka mulut mengenainya.

"Cukuplah apa yang sudah disebut sebelum ini. Saya harap orang tidak akan bertanya lagi melainkan hal itu pasti. Apa yang berlaku pada masa depan kita tak tahu. Jadi saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh juga sebab banyak hati dan perasaan yang perlu saya jaga apatah lagi apabila melibatkan hal-hal yang sensitif.

"Contohnya macam hal kahwin, saya tak tahu jodoh saya dengan siapa. Macam sebelum ini, saya pernah cakap yang saya mungkin tak akan kahwin sebab tak ada lelaki yang berani nak dekati saya.

"Pada masa akan datang mana tahu saya jumpa jodoh saya dan berkahwin. Bagi saya perkahwinan juga penting. Saya tak letak had umur pun. Kalau ditakdirkan saya kahwin di usia tua, saya terima saja," katanya lagi.

Rossa masih eksklusif

Posted: 01 Mar 2014 10:06 AM PST

Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL

BUKAN sekali dua penyanyi seberang ini muncul membuat persembahan di Malaysia. Jika dihitung mungkin Rossa merupakan penyanyi Indonesia yang paling kerap diundang ke sini sejak bertahun-tahun dahulu.

Meskipun Rossa sering ke sini, itu tidak membuatkan penyanyi ini hilang serinya. Jika dilihat pada kebanyakan persembahan peminat masih dahagakan sensasi yang dibawa olehnya.

"Saya tidak datang dan hilang seperti penyanyi lain sebaliknya saya menjadikan Malaysia sebagai tempat mengembangkan bakat dan kerjaya seni saya.

"Yang paling bertuah apabila orang masih sudi mengundang saya. Pendek kata setiap kali saya datang pastinya akan diberi perhatian oleh khalayak di sini," jelas ibu kepada Rizky Langit Ramadan ini.

Tidak kisah dengan apa juga persepsi peminat terhadap dirinya, Rossa yakin dia tidak datang dengan tangan kosong. Buktinya setiap kali muncul di sini pasti ada lagu baru untuk dipromosikan.

Kecintaan Rossa terhadap peminat di sini turut dibuktikan apabila menghasilkan single baru khusus untuk khalayak tempatan seperti lagu Salahkan duetnya bersama Hafiz.

Lagu itu hanya untuk pasaran negara ini tetapi tidak di Indonesia. Sama juga seperti lagu Aku Bersahaja yang dinyanyikan berduet dengan Taufik Batisah yang hanya ada di Singapura.

Bukan bertujuan untuk melebihkan mana-mana negara tetapi bagi Rossa ini sebahagian daripada percaturannya untuk meneruskan kelangsungan karier seninya semata-mata.

Bagi wanita yang berusia 36 tahun ini, dia menganggap resipi kejayaan seseorang penyanyi tidak terletak kepada kekuatan vokal semata-mata.

"Jatuh bangun saya sudah pasti bersama orang sekeliling yang banyak membantu. Saya beruntung kerana syarikat rakaman dan pengurusan banyak mencurahkan bakti kepada saya.

"Untuk sukses seperti hari ini bukan satu jalan yang mudah. Banyak perkara perlu dikorbankan," jelasnya ketika ditemui sempena sidang media Minggu Setiausaha - Atas Nama Cinta anjuran Hotel The Royale Chulan, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Turut hadir Pengarah Jualan dan Pemasaran hotel, Badrul Rezal Baharudin dan Pengurus Perhubungan Awam, Dang Suria Zainurdin.

Rai setiausaha

Seperti yang diketahui umum, bulan April merupakan bulan untuk meraikan setiausaha. Buat julung kalinya pihak hotel tersebut sanggup mengeluarkan belanja besar untuk membawa penyanyi genit ini ke sini.

Acara makan tengahari yang bakal diadakan pada 9 April itu merupakan acara santai tetapi eksklusif memandangkan beliau akan menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu popularnya.

"Sejujurnya ini merupakan kali kedua saya diundang untuk acara sebegini. Bukan tidak ada undangan sebelum ini tetapi kebanyakannya tidak kena masa.

"Apa yang boleh saya janjikan adalah persembahan ini lebih intim dan dekat dengan tetamu yang hadir nanti. Ini bukan acara konsert dan pastinya pendekatan yang digunakan juga berbeza," jelasnya lagi.

Sebelum ini Rossa pernah terlibat dalam acara yang sama bersama Mawi pada tahun 2007.

Walaupun begitu melihatkan harga tiket yang sedikit mahal menimbukan banyak persoalan. Harga untuk seorang bermula RM500, RM1,000 dan RM1,500 dianggap tinggi untuk sebuah persembahan minggu setiausaha.

Hal tersebut dinafikan oleh Badrul Rezal yang menganggap harga berkenaan berbaloi dengan apa yang bakal dipersembahkan oleh Rossa dan pihak hotel secara keseluruhannya.

"Kita yakin peminat Rossa tidak akan mempersoalkan harga tersebut memandangkan beliau merupakan penyanyi antarabangsa yang hebat. Kredibiliti Rossa sudah diketahui umum dan itu tidak menjadi halangan.

"Paling tidak pihak kami yakin memandangkan tiket-tiket sudah mula dibeli oleh pelanggan korporat hotel. Jadi minggu setiausaha Rossa akan berjalan dengan jayanya," jelasnya.

Selain Rossa, penyanyi Hafiz Suip juga bakal terlibat sama pada acara ini sebagai penyanyi jemputan.

Bagi mereka yang ingin turut serta boleh menghubungi talian 03-7959 9000 atau e-mel kepada ticket@trcd.com.my.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat