Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Ali Mamak meninggal dunia kerana leukemia Posted: 26 Mar 2014 08:07 PM PDT KUALA LUMPUR 27 Mac - Pelawak dan penyanyi veteran, Datuk Ali Mamak meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 4.20 pagi ini akibat penyakit leukemia. Ali Mamak atau nama sebenarnya Jantan Osman, 63, mengalami pelbagai komplikasi dua hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya. Selain melawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa. Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Dusun Tua, Batu 16, Hulu Langat dekat sini dan akan dikebumikan sebelum solat zuhur. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 26 Mar 2014 10:29 PM PDT Oleh GARRET DAWUM Baru-baru ini, nama pelakon Anzalna sedikit tercalar dihimpit isu terkini. Dilaporkan, dia dan pelakon Izzue Islam tidak berpuas hati antara satu sama lain sewaktu berlakon bersama di lokasi, sehingga bermasam muka. Ini gara-gara sikap Anzalna yang dikatakan agak berlebih-lebihan dalam menghayati watak sebagai Mya Arlissa ketika penggambaran drama Aku Isterinya, beberapa bulan sudah. Sikap Anzalna itu telah menyebabkan Izzue yang melakonkan watak sebagai Mikail kurang selesa. Keadaan lebih panas apabila isteri kepada Izzue, Awin Nurin turut cemburu, gara-gara sikap Anzalna. Enggan terus menambahkan duka dalam dada, Anzalna memberitahu dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut lagi. Ini kerana dibimbangi akan menjatuhkan semangatnya untuk berlakon selepas ini. Memang apa yang diperkatakan dan dilaporkan media sebelum ini adalah benar, kami memang mempunyai masalah ketika dalam set. Tetapi ia tidak berlanjutan, habis begitu sahaja," katanya, menjelaskan duduk perkara. Tidak mahu meneruskan permusuhan, Anzalna bersungguh-sungguh mempertahankan kelakuannya sewaktu di depan kamera. Apa yang dilakukan tidak keterlaluan dan mengikut kehendak etika kerjanya semata-mata. Setiap tindakan saya di lokasi adalah atas tuntutan skrip. Tidak ada istilah saya berlebih-lebih dalam lakonan termasuklah dengan Izzue. Saya juga mempunyai cara tersendiri bagaimana untuk menghayati sesuatu watak yang diberi," katanya, yakin. Menurut Anzalna, isu seperti yang didakwa sepatutnya tidak perlu dipanjangkan kerana itu adalah perkara remeh dan bersifat kebudak-budakan. Sekali lagi ingin saya tegaskan, apa yang diperkatakan bukan berpunca daripada diri saya. Saya tidak pernah timbulkan apa-apa masalah dengan dia (Izzue) atau sesiapa sahaja di lokasi, saya bekerja dan bukan mencari musuh dengan sesiapa," tegasnya. Cukup matang berdepan situasi seperti itu, Anzalna mengakui tidak berhasrat untuk bersemuka dengan Izzue atau isteri pelakon itu ekoran perselisihan faham tersebut. Tiada sebab untuk saya berbuat demikian dan melayan perkara yang kebudak-budakkan. Tambahan pula ia isu kecil dan telah pun selesai," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |