Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT Anne Hathaway bergambar ketika dipatuk burung kakak tua dalam majlis perasmian Walk of Fame di Miami, Amerika Syarikat, baru-baru ini. - AGENSI LOS ANGELES - Aktres Hollywood, Anne Hathaway dipatuk burung kakak tua di bahagian kepalanya ketika dia bergambar dengan burung itu dalam sebuah majlis perasmian Walk of Fame di Miami, baru-baru ini. Menurut laman web, webpronews.com, burung kakak tua berkenaan diletakkan di bahu Hathaway ketika haiwan itu mula mengutil rambut dan kulit kepalanya dengan paruh, namun aktres tersebut bersikap profesional dan terus bergambar dengan burung itu. Burung kakak tua itu kemudian dibawa pergi dan digantikan dengan tenggiling putih sebelum haiwan itu menyondol telinga aktres itu dan menyebabkan Hathaway berteriak. Beberapa aktor filem animasi, Rio 2 turut berada di tempat kejadian antaranya Jamie Foxx, Kristen Chenoworth dan Jemaine Clement. Hathaway turut meminjamkan suaranya untuk filem animasi tersebut untuk watak Jewel yang merupakan burung kakak tua. |
Posted: 27 Mar 2014 11:17 PM PDT Oleh IFQDAR RAHMAN MARCELL sangat profesional dalam kerjayanya dan ia membuatkan Dayang serasi dengannya. STATUS sebagai salah seorang penyanyi lama yang masih bertahan dalam industri muzik tempatan sedikit pun tidak melunturkan semangat Dayang Nurfaizah, 33, untuk terus memberi saingan kepada puluhan artis wanita baharu sedia ada. Malah, senario tersebut lebih membuatkan semangatnya berkobar-kobar untuk terus bersaing sekalipun di pentas pertandingan seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) yang diterbitkan oleh TV3, mahupun program realiti televisyen. Berkesempatan bertemu dengan penyanyi bertubuh genit itu ketika dia sibuk menjalani latihan vokal sempena konsert Pesona Cinta baru-baru ini, Dayang berkata, pentas pertandingan menjadikan dirinya lebih matang, sekali gus mampu menimba pelbagai ilmu berkaitan muzik. Walaupun 15 tahun saya berada dalam industri ini, tidak bermakna saya boleh mendabik dada dengan penyanyi muda. Malah, masih banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari demi meningkatkan kredibiliti sebagai penyanyi. Tidak semestinya penyanyi lama itu hanya boleh menimba ilmu daripada penyanyi yang lebih berpengalaman, akan tetapi ia juga boleh diperoleh daripada penyanyi baharu. Ini kerana, setiap orang mempunyai pandangan berbeza terhadap muzik kerana ia bersifat universal. Tambahan pula, dengan kecanggihan teknologi yang sentiasa berubah-ubah dan segala maklumat berada di hujung jari, kadang kala pendapat anak muda lebih informatif berbanding yang tua," katanya. Menyentuh mengenai tindakan beberapa artis lama yang menarik diri daripada AJL, Dayang tidak mahu mengulas lanjut perkara tersebut dan beranggapan mungkin penyanyi yang dimaksudkan mempunyai alasan mereka yang tersendiri. Setiap penyanyi mempunyai strategi tersendiri dalam merangka perjalanan seni masing-masing. Mungkin mereka ada sebab tertentu berbuat demikian dan ia haruslah dihormati. Bagi saya, selagi ada pertandingan yang membenarkan saya menyertainya, insya-Allah saya akan cuba," ujarnya yang pernah memenangi kategori balada pada AJL16 menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta dan kategori etnik kreatif pada AJL19 menerusi lagu Erti Hidup. Dayang rindu Marcell Empat tahun lalu, peminat pernah disajikan persembahan bertenaga gabungan penyanyi dua negara iaitu Dayang berserta pasangan duetnya menerusi lagu Sayang iaitu Marcell Siahaan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Penangan lagu duet yang begitu catchy itu ditambah pula dengan kredibiliti kedua-dua penyanyi hebat berkenaan, ternyata persembahan mini tersebut berjaya mendapat reaksi positif daripada para peminat mereka. Walaupun dianjurkan dalam skala kecil, Dayang amat berpuas hati dengan penganjurannya kerana dapat menghiburkan hampir 300 pengunjung yang memenuhi pusat hiburan terbabit. Sejak itu, Dayang mula menyedari keserasiannya bekerjasama dengan Marcell dan mendambakan agar momen indah itu dapat berulang untuk ke sekian kalinya jika ada rezeki. Tanpa diduga, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, tawaran untuk kembali beraksi sepentas dengan penyanyi kelahiran Bandung, Indonesia itu dimakbulkan apabila Jag Event selaku penganjur konsert Pesona Cinta, tampil menawarkan peluang tersebut kepada penyanyi bersuara gemersik itu. Malah, pemilihan Panggung Sari Istana Budaya sebagai lokasi konsert itu juga amat mengujakan Dayang kerana tidak menduga impian untuk mengadakan persembahan di situ tercapai walaupun hakikatnya dia terpaksa berkongsi pentas dengan Marcell. Sebelum ini saya pernah mengadakan persembahan di Istana Budaya tetapi sebagai penyanyi undangan sahaja. Berlainan dengan konsert ini di mana saya adalah bintangnya," kata Dayang berseloroh. Justeru, Dayang amat berharap agar peminatnya dan Marcell dapat meluangkan masa pada Sabtu ini untuk hadir menyaksikan persembahan mereka berdua di pentas berprestij dunia itu. Saya akan menyampaikan sekurang-kurangnya 10 lagu popular nyanyian saya dan begitu juga dengan Marcell. Kami juga sudah pasti akan mendendangkan lagu hit kami iaitu Sayang dan juga akan berpadu suara menerusi lagu Hanya Memuji. Walaupun hanya sehari sahaja, saya bersyukur kerana ia lebih menyenangkan, kurang tekanan dan tidak memenatkan berbanding konsert yang memakan masa dua tiga hari. Tetapi, jika diberi peluang untuk menjayakan konsert dengan skala yang lebih besar, pastinya ia tidak akan dilepaskan," tambah Dayang yang kini sedang popular dengan lagu Di Pintu Syurga. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |