Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Pemilik kolam ikan dakwa jadi mangsa tipu Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT TENGKU Azman Tengku Jaafar menunjukkan laporan polis mengenai kes penipuan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini. - UTUSAN/HASHIM P. MAMAT KUALA KANGSAR 23 Mac - Seorang pemilik kolam ikan di Kampung Kledang di sini, mendakwa ditipu seorang lelaki yang mengajaknya untuk menganjurkan satu pertandingan memancing secara bersama, tetapi sebenarnya tidak wujud. Sebaliknya, suspek menghilangkan diri selepas mengutip semua bayaran yuran pertandingan daripada peserta. Pemilik kolam tersebut, Tengku Azman Tengku Jaafar, 57, berkata, dia didatangi lelaki itu bulan lalu yang mengajaknya menganjurkan pertandingan memancing dengan hadiah wang tunai RM3,000 dan sebuah enjin bot kepada pemenang. Katanya, dia yang percaya kerana lelaki itu menggunakan nama pemimpin tempatan, bersetuju setelah berbincang tentang pembahagian keuntungan antara mereka. "Namun selepas mengutip yuran penyertaan daripada para peserta, lelaki itu menghilangkan diri dan sehingga kini tidak dapat dihubungi lagi. "Hasil siasatan, lelaki itu tidak pernah mendapat kerjasama daripada pemimpin seperti didakwa," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di sini kelmarin. Berikutan itu, Tengku Azman berkata, dia terpaksa membatalkan pertandingan memancing berkenaan yang dijadualkan pada 29 Mac ini kerana tidak mampu menyediakan hadiah tersebut. "Saya berharap peserta yang telah membayar yuran pertandingan tidak menyalahkan saya ekoran pembatalan itu kerana saya juga menjadi mangsa penipuan. "Mereka yang telah membayar yuran diminta datang jumpa saya supaya tindakan lanjut boleh dibuat," jelasnya. |
PGA rampas 14,800 biji pil kuda Posted: 23 Mar 2014 11:17 AM PDT Haliludin Rahim (tengah) bersama pegawainya menunjukkan pil kuda yang dirampas dalam Op Cantas Khas pada sidang akhbar di Pasir Mas, Kelantan, semalam. PASIR MAS 23 Mac - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ke-7 merampas sejumlah 14,800 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM296,000 dalam Op Cantas Khas di Taman Sri Rantau, Rantau Panjang dekat sini Rabu lalu. Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, pasukan tersebut turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dan warga Thailand berusia 42 tahun selain merampas wang kertas seringgit berjumlah RM90,000 serta dua motosikal bernombor pendaftaran Thailand. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, jumlah keseluruhan rampasan tersebut dianggarkan mencecah RM396,000. "Berdasarkan siasatan awal, pil berkenaan dipercayai untuk diedarkan ke pasaran tempatan dan kita percaya, penahanan dua lelaki itu berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran pil kuda di Pasir Mas. "Hasil ujian air kencing mendapati hanya suspek warga tempatan positif dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini hari ini. Yang hadir sama Pegawai Pemerintah PGA Batalion Ke-7, Supritendan Norizan Murad. Haliludin memberitahu, wang kertas seringgit bernilai RM90,000 yang dirampas dalam serbuan tersebut dipercayai adalah hasil urusan jual beli pil kuda tersebut. "Rampasan pil tersebut merupakan yang terbesar setakat ini dan kita akan terus berganding bahu dengan pihak PGA dalam usaha membanteras pengedaran pil kuda di daerah ini," katanya. Menurut Haliludin, kedua-dua suspek itu direman selama tujuh bermula Rabu lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |