Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Peniaga mahu MPSP pasang CCTV elak kecurian daging di pasar Posted: 28 Mar 2014 02:24 AM PDT BUKIT MERTAJAM 28 Mac - Peniaga di Pasar Awam Sama Gagah di Permatang Pauh di sini berharap Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dapat memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar pasar berkenaan bagi mengatasi masalah kecurian bekalan daging ayam dan lembu yang di simpan dalam peti simpanan di situ. Wakil peniaga Ahmad Asyraf Sanusi, 26, berkata, lapan peniaga terpaksa menanggung kerugian sehingga RM500 setiap kali bekalan barangan mereka dicuri. "Boleh dikatakan selang sehari mesti ada peniaga yang bekalan ayam atau daging mereka dicuri dari peti simpanan di pasar dan terbaharu awal pagi semalam peti simpanan milik saya dipecahkan. Ia menyebabkan kira-kira lima kilogram daging yang sepatutnya dijual hilang. "Kejadian ini kerap kali berlaku sejak kebelakangan ini malah bulan lepas pun mangga besi diumpil bagi membolehkan daging dan ayam yang diletakkan di dalam peti ini dicuri sehingga peniaga kerugian RM500," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya, boleh dikatakan semua peniaga di sini pernah terkena dan pencuri itu seperti telah menyasarkan peti simpanan gerai yang mana akan dipecahkan. - BERNAMA |
Lori bawa bahan kimia terbabas Posted: 28 Mar 2014 02:21 AM PDT Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN TEMERLOH 28 Mac - Sebuah lori membawa muatan tong berisi bahan kimia dipercayai dari sebuah kilang di Gebeng terbabas mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga tong cecair itu tumpah di bahu jalan di Batu 8,Lanchang di sini hari ini. Insiden itu menyebabkan laluan sekitar Mentakab dan Lanchang ditutup untuk semua kenderaan. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |